Monday, 28 November 2011

Khas untuk the author of dontstoreinliver.blogspot.com

Meraikan saudaraku di dontstoreinliver.blogspot.com,

Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Tuhan seluruh alam, yang menguasai langit dan bumi, juga, Dia, ialah Zat yang mempunyai hak mutlak terhadap segala sesuatu. Juga, selawat dan salam ke atas nabi junjungan besar kita, Nabi Muhammad saw, pengakhir segala nabi, uswah teragung bagi umat manusia.

Maka, inilah kita, bersaudara atas nama Islam yang dibawa oleh Muhammad saw, Muhammad yang diutuskan oleh Allah swt kepada umat manusia.

Kenapa tiba-tiba saya rasa hendak menulis post ini untuk anda? ..kerana setiap kali saya blogwalking, saya akan menjejak blog anda, dan melihat bagaimana anda yang dulu dan sekarang, saya sendiri rasa terharu.

Entah kenapa, tetapi saya selalu rasa terharu melihat manusia-manusia yang mahu mengubah diri. Bukan bermakna saya manusia sempurna, tetapi kerana saya tahu berhijrah itu merupakan suatu kebaikan buat manusia itu sendiri. Dan jentikan hati yang mahu berhijrah itu tanda Allah sedang berhubungan dengan hamba-Nya itu, memancarkan hidayah serta nur pada hati insan.

Setiap kali saya buka blog anda, rasa mahu saja mecatatkan sesautu, tetapi takut nanti rimas pulak. Jadi, di kesempatan ini, walaupun saya pun tak tahu sama ada anda akan baca atau tidak entri ini, doa saudarmu ini untuk anda, moga Allah terima hijrah anda.

Dan apakah tandanya hijrah anda diterima Allah? Tandanya anda terus beristiqamah dengan hijrah itu, juga selalu membaiki diri. Hijrahnya tidak terhenti setakat itu saja.

Moga Allah terima hijrah kita!

6 comments:

  1. salam....nk tnya sikit...kalaulah seseorang pemimpin mengalami masalah dalaman adakah itu normal??contohnya masalah:terlalu minat kpd seseorang sehingga menganggu rutin harian,masalah suka bnyak ketawa,dan mcam2 lagi msalah dalaman... sebab x silap saya pemimpin mesti lah perfect sikit..memang la pemimpin x perfect tapi bagi saya seorang pemimpin mestilah tak hadapai masalah dalaman yg terlalu besar...sekadar biasa-biasa jew...tapi kalau jadi mcam kes yg telah saya sebutkan di atas apa pandangan anda??dan sekiranya saya menjadi pemimpin dan alami masalah sedemikian adakah anda ada solusi terbaik untuk saya??

    ReplyDelete
  2. salam there..
    syukran jazilan!
    thnks so much for such effort writing this,
    hopefully this one would be a spirit booster for me to step forward and do my best even better.
    thanks alot, dear friend.
    btw, may i know who r u?
    its a great pleasure to know u though :)

    ReplyDelete
  3. good question by the 'anonymous'.
    i'd like to know the same too :)
    looking forward for you reply.

    ReplyDelete
  4. anonymous:
    wasalam. Pada saya, masalah dalaman adalah sesautu yang semua orang hadapi dan tak kiralah siapa pun dia. Bagi seorang pemimpin masalah dalaman yang paling besar ialah melawan nafsunya, menggadaikan kepentingan dirinya untuk kepentingan pimpinannya serta menghadapi segala peperangan emosi dirinya dengan rasional akal dan iman. Tapi, bagi masalah yang disenaraikan oleh anonymous di atas tadi, mungkin pemimpin itu perlu memuhasabah diri. Sebab bagi seorang pemimpin mukmin, dia perlu mengislamkan jiwanya. Dan konflik2 tersebut membawa satu tanda bahawa adanya kepincangan iman. Dan bagaimanakah orang di bawahnya mampu menjadikan kepimpinannya sebagai teladan jika contohnya itu tidak islam sepenuhnya?
    Banyak ketawa membawa hati mati, banyak suka membawa jiwa jauh dari Illahi.
    Betullah yang anonymous katakan bahawa pemimpin harusnya sempurna. Bukan sempurna sebagai malaikat tetapi sempurna sebagai seorang manusia, iaitu dia juga melakukan kesilapan tetapi sentiasa sedar dan membaiki diri - dan dia sangat perlu SEGERA sedar dan membaiki diri.
    Jadi, bagi seorang pemimpin yang merasakan dirinya ada msalah2 berikut, perlulah segera melakukan sesuatu untuk menjaga hatinya, kerana hinalah seorang pemimpin muslim yang memimpin muslim tetapi hatinya sibuk dengan perkara2 yang menjauhkan diri daripada Ilah.
    Kerana itulah, segala syariat islam perlu dipatuhi. Hal2 IKhtilat perlu diambil berat, ibadah perlu selalu ditambah, majlis2 ilmu perlu selalu dihadiri. Yang penting sekali seorang pemimpin perlu selalu beringat dan sedar, tidak lupa dan tidak lalai daripada tanggungjawabnya sebagai seorang khalifah di muka bumi dan hamba Allah swt untuk menegakkan syiar Islam.
    Wallahua’lam. Maaflah, jika penerangan saya tidak mantap.

    ReplyDelete
  5. to Nisaa, your name always remind me to one of my friend in school. Her nama is Nisa and we call her echa. Exactly the same, eh? The first time i visited your blog , i thought it is hers.

    I'm a muslim girl, from penang. Don't think we've ever met. It's fancy befriending you here. =) Salam ukhwah fillah.*offering handshake*

    ReplyDelete
  6. haha what a coincidence. my friends here too use to call me caa. btw nice to meet ya! :)

    ReplyDelete