Friday, 18 November 2011

Jawabku

1)Bagaimana nak beristiqamah dalam maencari redha allah.... 2)Kenapa saya lihat manusia lain seolah-olah sentiasa bahagia mengaharungi hari2 mereka sedangkan mereka kurang beriman...Mereka ketawa,gurau dan riangkan hati??sedangkan mereka lemah dlm agama TLG JAWAB...PLEASE!!!
__
1) Istiqamah dalam mencari reda Allah. Satu benda yang saya sendiri masih belajar. Tapi, beberapa perkara yang mungkin saya dapat bantu ialah, cubalah mencari sahabat yang sentiasa mengingatkan anda, juga jangan lupa berdamping dengan orang berilmu. Jika tidak pun, bacalah buku2 yang islami. Jangan pernah tinggalkan buku2 seperti itu lebih daripada seminggu. Rohani kita sentiasa perlu makanan, dan makanan tersebut ialah ilmu dan peringatan.

Dan jangan pernah, JANGAN PERNAH BERHENTI MENJADI HAMBA ALLAH.

Bagaimanakah itu menjadi hamba Allah? Menjadi hamba Allah adalah sentiasa menambah ibadah kita, jadi manusia yang sentiasa memohon, berdoa kepada Allah swt. Sentiasalah berhubung dengan Allah dengan zikrullah, bercakap-cakap dengan Tuhan (maksud saya, sentiasa bercakap dalam hati seperti, Allah moga Engkau berkahi hidupku. Aku pasti setiap sesuatu yang Engkau tetapkan dalam hidupku punya hikmah seluas langit dan bumi). Dan jika kita pernah alpa dalam melakukan perkara2 dia atas,

marilah kita kembali menjadi HAMBA ALLAH swt.

2) Masya-Allah, untuk soalan kedua itu, saya baru sahaja berada di situasi melihat mereka yang seperti itu. Mereke gembira sungguh dengan dunia. Sungguh, saya melihat mereka gembira. Gelak ketawa terbahak-bahak tentang pelbagai perkara duniawi, perkara lucah dll.Tapi satu benda yang mereka tidak akan dapat rasa ialah, ketenangan yang kita dapat apabila kita dekat Allah dan apabila Allah juga sentiasa dekat pada kita, lebih dekat daripada urat yang ada di tengkuk kita.

Satu perkara yang istimewa bagi seorang islam yang benar-benar beriman ialah kesusahan dalam kehidupan ialah satu keindahan dalam hati. Tapi, bagaimana bagi mereka? Adakah mereka menghargai kehidupan sepertimana orang beriman menghargai kehidupan yang Tuhan berikan?

Dan keindahan hati itu tidak akan dapat dirasai oleh mereka yang hanya mengambil islam ala kadar, sekadar mengenakan tudung di kepala tetapi hati tidak menjadi reda terhadapa Islam sebagai Ad-Din yang sempurna.

Mereka semua mungkin akan gembira di dunia, tapi di akhirat, belum tentu lagi berat timbangannya. Adakah kita mahu gembira seperti mereka dengan mengorbankan akhirat kita semata-mata untuk dunia yang kegembiraannya hanya beberapa detik?

Fikir-fikirkanlah. Adakah itu satu keputusan yang dibuat oleh manusia yang berakal? Atau keputusan bagi mereka yang cetek akalnya lagi pendek pandangannya?

9 comments:

  1. Mengapa agaknya apabila kita dah terlanjur..hendak kembali semula pada agama..macam2 dan pelbagai dugaan...seolah-olah susah utk kita nk beriman dan menghalang kita utk beribadah??

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum, anonymous.

    Pertama-tamanya, saya ingin memohon kebenaran tuan empunya blog untuk mengemukakan jawapan saya yang tersendiri. Mungkin agak berbeza dengan jawapan Bidadari Besi. :)

    Kita berbalik semula kepada fatwa hati. Fatwa hati di sini bermaksud, kembali semula kepada iman kita. Tepuk dada, tanya iman. Kenapa kita nak berubah? Kalau kita memang betul-betul niat untuk berubah lillahi ta'ala, kenapa perlu rasa berbolak-balik untuk berubah? Kenapa perlu rasa susah? Maksud saya di sini, kenapa kita masih rasakan ada sahaja halangan dan dugaan?

    Kerana niat kita untuk berubah masih belum kuat, masih belum ikhlas lillahi ta'ala. Dan percayalah, apabila disebutkan tentang ikhlas di sini, ia boleh dipupuk. Selagi mana kita mempunyai azam dan tekad serta niat yang ikhlas untuk berubah, insya-Allah, tiada yang mustahil, dengan izin-Nya, insya-Allah.

    Dan ingatlah, Allah tidak melihat kepada hasilnya, tetapi Allah melihat kepada usahanya. Usaha yang kita laksanakan untuk berubah. Kita tidak boleh cepat melatah. Jadikan setiap ujian dan dugaan untuk berubah sebagai suatu perkara yang baik. Husnun zhon (bersangka baik) pada setiap apa yang Allah datangkan dalam hidup kita. Kadang-kadang, ujian yang lebih berat itulah yang mempunyai hasil yang lebih manis.

    Ingatlah, semakin besar setiap dugaan yang perlu ditempuh, semakin besar kemanisan iman yang menanti kita, insya-Allah :)

    Maaf andai kata saya terlanjur bicara atau terlancang bahasa. Saya juga hamba-Nya yang lemah. Masih bertatih menuju redha-Nya. Sama-samalah kita mendoakan yang terbaik untuk diri kita semua, Insya-Allah.

    ~Fi Mardhotillah, Insya-Allah~

    ReplyDelete
  3. Bidadari_besi :
    terima kasih miss. Alhamdulillah, rasanya jawapan miss lebih baik daripada saya. Terima kasih kerana berkongsi ilmu.

    ReplyDelete
  4. Bidadari besi :
    Saya minta maaf kalau saya nampak macam nak menunjuk. Saya minta maaf sangat-sangat. Saya hanya ingin berkongsi pendapat sahaja. Saya harap tuan empunya blog, Bidadari Besi sendiri tidak berkecil hati dengan saya. Aasifah jiddan! Ukhwah Lillahi Ta'ala, Insya-Allah :)

    ReplyDelete
  5. Miss: Tidak, masakan saya mahu berkecil hati. Tidak salah kita berkongsi ilmu. Jika ada yang kurang, kita menambah, jika ada yang salah, kita betulkan. terima kasih atas ilmu. Kita, muslim, hidup bebas daripda buruk prasangka. Tiada yang perlu dimohonmaafkan. Terima kasih atas perkongsian. Sangat bermakna dalam blog saya. =) Ukhwah fillah abdan.

    anonymous: terima kasih ya mengemukakan soalan. Percambahan ilmu telah berlaku kerana anda. =)

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Bidadari Besi :
    Lega bila dengar awak cakap macam tu. Saya pun masih muda lagi. Perjalanan hidup masih jauh. Awak sekolah lagi ke? Cara penulisan awak tak nampak macam pelajar sekolah. Nampak matang :) Tegur-tegurlah kalau saya ada tersilap kata. Sesungguhnya, manusia perlu sering ditegur dan diperingatkan. :)

    ReplyDelete
  9. miss: saya masih kekurangan ilmu. Juga untuk saya, nyatakanlah silapnya saya.

    miss independent: kak lah, why did u remove your comment. I wonder what u did write.?;)

    ReplyDelete