Sunday, 20 November 2011

Jawabku 2

Mengapa agaknya apabila kita dah terlanjur..hendak kembali semula pada agama..macam2 dan pelbagai dugaan...seolah-olah susah utk kita nk beriman dan menghalang kita utk beribadah??
___
Manusia selalu terlanjur, manusia selalu melakukan dosa. Tapi, yang penting jangan pernah kita lupa untuk meminta keampunan dari Tuhan. Kenapa Allah swt mencipta manusia yang banyak nista? Kenapa tidak sahaja Allah menciptaka makluk yang tidak pernah melakukan dosa? Jawapannya ada di dalam Al-Quran dan Hadis. Saya minta maaf, tidak dapat mengemukan hadis tersebut secara jelas. Tapi, kata rasulullah saw, jika manusia tidak melakukan dosa, nescaya Allah swt akan melenyapkan mereka (yang tidak melakukan dosa) itu daripada muka bumi dan menggantikannya dengan makluk yang melakukan dosa kemudian bertaubat.

Maka, inilah hikmah penciptaan manusia. Supaya kita bertaubat.

Dan bertaubat ialah satu medan mujahadah yang payah, kerana Allah mahu melihat betapakah hati kita benar-benar mahu menyerah kepada Dia.

Bersabarlah menghadapi dugaan hidup. Mungkin saya tidak mampu untuk memahami anda, kerana andalah yang menghadapinya walaupun mungkin saya juga pernah mengalaminya. Manusia tidak memahami manusia yang lain, tapi hanya Allah swt yang memahami keadaan anda, kerana percayalah Allah yang menetapkan semua ini untuk anda.

Kerana apa? Kerana Allah mahu anda sentiasa memohon pada Dia, dekat kepada Dia? Maka, setelah Allah sendiri mahukan anda dekat pada Dia, perlulah kita lari lebih jauh daripada Tuhan? Tentunya tidak. Jadi, berterusanlah berusaha mendekati Allah swt, melalui doa.

Dan percayalah, doa itu suatu senjata yang sangat ajaib. Maka, jangan pernah berhenti berdoa walaupun doa itu masih belum dimakbulkan. Mengadu pada Tuhan bahawa anda sakit menghadapi ujian Dia, dan mintalah supaya Dia memudahkan segala kerja dan diangkat darjat anda atas ujian ini.

Siapapun anda, moga Allah bersamamu, dan mudahkan hatimu untuk melakukan mujahdah.
Allah tidak pernah meninggalkan hamba-Nya, tapi kita yang selalu meninggalkan Dia.

No comments:

Post a Comment