Wednesday, 23 November 2011

Hati yang tidak terpelihara

Hati kadang kala berbisik pada diri,

Adakah aku benar-benar mengambil Islam secara keseluruhannya dalam hidupku?

Cukupkah sekadar berpakaian labuh serta longgar? Adakah pastinya hanya itu yang perlu dilakukan bagi menjadikan Islam sebagai cara hidup yang sempurna serta meraih reda Illahi? Sungguh jahil diriku jika aku mengatakan ya. Sedangkan Islam itu merangkumi semua prinsip kehidupan, daripada sudut luaran serta dalaman. Dan ini seterusnya menimbulkan persoalan kepada diriku lagi.

Adakah hatiku sentiasa tunduk kepada Allah, atau ada masanya nafsu naik bertakhta dalam hati?

Dan demi Zat yang sesungguhnya aku dan seluruh alam ini berada dalam kekuasaan-Nya, aku tidaklah pernah sesekali mahu untuk menjadikan nafsu dan dunia sebagai Tuhan.

Ya Allah, peliharalah hati-hati kami daripada perkara yang merosakkan hati, jagalah tali kami dengan-Mu. Moga kami, ya Allah, termasuk dalam golongan yang Kaupelihara dan kasihi.

No comments:

Post a Comment