Sunday, 27 November 2011

Di mana dirimu?

Bismillahirrahmanirrahim...

Mungkin, post kali ini merupakan post yang mencatatkan one of the most significant event yang terjadi dalam hidupku. Maka, jika suatu hari nanti aku melupainya, moga ini akan mengingatkanku kembali detik2 berada di sana dan bagaimana hati dan perasaan itu merasa sesuatu. Sesuatu yang sentiasa mengingatkan aku bahawa aku adalah manusia dan manusia merupakan khalifah di muka bumi. Moga semangat itu terus berkobar-kobar.

Hari pertama sampai, aku sungguh tenang. Perasaan damai dan tenang datang menyapa, berserta hati menglafazkan niat bahawa aku menjejakkan kaki ke sini untuk menuntut ilmu. Moga Allah reda.

Usai segala hal. LDK 1,bermula sesi ta'aruf.

Kemudian, ceramah 1. Dan di situ aku mula tahu, bahawa aku dan ilmu dan quran, sangatlah jauh, seperti jauhnya langit dengan bumi. Dan aku mula rasa hina. Perasaan mula tertekan-tekan. Sungguh bagaimanakaha ku layak memimpin mereka?

Petang itu, beberapa aktiviti lain, kurang kepentingannya untuk disebut di sini.

Waktu suria sudah menghilang, solat maghrib ditunaikan. Halaqah kecil dijalankan ketika itu. Kemudian, adanya tazkirah dari seorang akh tentang sejarah islam, Perang Khandak, Sultan Al-Fateh, kegemilangan Islam dulu. Itulah permulaan sejarah malam itu.

Solat Isyak ditunaikan. Ceramah 2 menuruti. Dan waktu inilah aku semakin banyak memuhasabah diri, mengenangkan diri yang terlampau, lampau banyak khilafnya dan kelemahannya yang sepatutnya mampu aku tangani, tapi aku tewas dengan syaitan dan nafsu. Aku menyedari tentang betapa Al-Quran itu jaraknya sangat jauh dari hatiku, lidahku. Dan betapa aku sedar, aku jahil ilmu agama juga penghayatannya dalam kehidupan. Bahawa aku hidup sekadar ala kadar, yang tidak wajar seorang pemimpin kaum muslim berperbuat begitu. Aku terbangun daripada tidur yang sangat lama, terjaga dengan mengetahui bahawa hakikatnya hidup aku belum muslim. Dan aku juga tersedar, bahawa jamaah itu penting dalam membawa islam ke dalam hati kita juga orang sekeliling kita. Aku tersedar.. aku tersedar... dan aku sangat sakit menyedari hakikat itu, bahawa aku, masih bukan muslim yang layak berkata, "aku sudah menyerahkan hidupku sepenuhnya kepada Tuhan." Dan hati bertambah berat bebanannya.

Aku berkumpul dengan dua sahabat itu, menggegam erat tangan mereka, lalu berkata, "Sahabat, apakah islam yang ada dalam diriku? Ada  islamkah dalam diriku?" Aku tidak mahu tahu jawapannya. Kerana ia sangat perit untuk ditelan. Cuma, biarlah genggaman erat sahabat seperjuangan dalam jalan dakwah ini mampu memberikan kekuatan. Dan aku pahit mengenangkannya.

Sebelum melelapkan mata untuk tidur, sesi muhasabah dijalankan. Di situ, dengan membawa hati yang sarat dengan perasaan berat (mengenangkan diri), kami semua berkumpul di dewan berhawa dingin itu. Soalan demi soalan diterjah satu-satu oleh ukht-ukht - solat fardu, tahajud, qiyam, ma'thurat, puasa. Dan di situlah, lagi aku tahu, aku rupa-rupanya manusia yang tidak beristiqamah. Jiwa yang sarat itu bertambah padat, ada satu perasaan yang terhimpit. Dan aku berat mengingatkannya.

Apa yang dapat ditahankan lagi, tentu sahaja air mata menderus laju. Mengenangkan diri ini, peranannya, juga tanggungjawabnya sebagai seorang khalifah. Semuanya masih tidak dijalankan dengan baik. Di manakah Allah dalam hidupku?

Program malam itu menjadikan aku tidur pada pukul 1.30 pagi. Beberapa jam lagi perlu pula kejut yang lain untuk qiyam. Dan untuk kali pertamanya dalam hidupku, aku hanya tidur 3 jam.

4.30 pagi aku bangun, mandi, kejutkan yang lain, kemudian segera bergegas ke surau. Aku bersolat tahajud. Dan betapa rindunya aku pada solat. Kerana bagaimanapun keadaannya, solat merupakan satu-satunya jambatan terbaik yang menghubungkan manusia dengan Tuhannya.

Tazkirah subuh oleh seorang akh, tentang nabi Musa a.s dan Firaun. Riadah, kemas diri, kemas barang, solat Dhuha.

Selepas semua itu, bermulalah cerama 3. Dan lagi, ceramah beliau sangat bermakna dalam hidupku. Aku berharap sahabat2ku yang lain dapat bersama, tapi sayang mereka tiada di situ, mendengar sendiri nasihat ustaz itu, sungguh bermakna, sarat dgn pengisian, menyentuh perasaan yang paling dasar dalam hati. Aku mengangguk beberapa kali, mengiyakan kata-katanya. Dan di situ aku belum habis sedar, aku masih kekurangan diri.

Beberapa kali, aku genggam lagi tangan sahabat. maafnya sahabat, ^-^, melepaskan geram pada anti. Tapi, ketika itu aku sungguh berharap sahabt2ku yang lain berada di sana mendengarkan nasihat ustaz itu.

Di tempat itulah sgl nasiha yg diberikan sepeti, buk, buk, buk. Satu-satu hentaman terkena muka sendiri. Dan aku tidak mampu berkata apa2 lagi, melainkan aku telah menjadi manusia yang sangat malu dengan kekurangan diri itu.

Dan kiranya, kau (diriku sendiri) melihat catatan ini suatu hari nanti, moga teringatlah segala memori dua hari itu.

Dan tanyalah dirikau itu,
Di mana dirimu, wahai srikandi Abu Bakr? 

No comments:

Post a Comment