Friday, 4 November 2011

Dalam hati ada rasa

Lagi. Perihal dakwah. Aku terfikir sendirian, sejauh mana aku membawa bebanan dakwah ini. Aku tidak punya kekuatan, malah pengalamanku juga sedikit. Bila kuminta pedoman, ramai yang membisu. Mungkinkah mereka tidak bersedia berkongsi ilmu? Sahabat, bila kau bersedia, beritahulah aku. Aku insan tidak berilmu. Ku menanti untuk menadah ilmu.

Allah. Lemahnya insan. Sedang kehidupan ini penuh dengan cabaran, diri pula tidak sekuat mana pun. Hanya Dia yang mampu membantu, namun, manusia sering kali lupa unutk kembali kepada-Nya. Dan itulah aku.

Siang malam berganti, tanda kekuasaan Tuhan Yang Agung. Masalah juga berganti-ganti. Satu selesai muncul yang lain. Tapi, itulah perihal kehidupan manusia. Juga ujian buat insan, sejauh mana kita berhusnuzon dengan Tuhan. Tapi lagi, manusia sering alpa.

Berganti-gantian memang sunnatullah. Begitu juga kejayaan. Kekadangan kita naik, kekadang kita turun. Cuma jarang-jarang ada insan yang sentiasa di atas. Sebenarnya, itu tanda istiqmahnya dia bermujahadah menempa kejayaan. Namun, tidak pula aku.

Dalam hati kita, ada sejuta rasa, semuanya berbeza, tanda Dia itu berkuasa.

No comments:

Post a Comment