Wednesday, 30 November 2011

Adakah ia akan pergi?

Hidayah,
Ia milik Allah,
mutlak hanya kepunyaan-Nya,
juga Nur,
Petunjuk dan Cahaya.

Aku takut,
jika Nikmat yang empat itu,
ditarik dariku,
kerana aku lantas
akan masuk dalam golongan yang rugi.

Entah,
Siapa yang tahu melainkan Dia.

Maka, ya Tuhan,
Peliharalah hidayah dalam hatiku ini!

Mari kita sedar!

Cintan-cintun, khayal-khayal, hibur-hibur...

Selepas itu, gelak-gelak besar, nyanyi-nyayi lagi, ..

Kemudian, umpat-mengumpat, sembang-sembang kosong dan duduk-duduk tak buat apa-apa..

Inilah masalah remaja Muslim hari ini. Dan saya sangat sedih melihat mereka semua. Mereka tidak lain tidak bukan ialah sahabat saya, jiran saya, saudara saya.

Ayuhal syabab! Tidak tahukah kalian pewaris kepimpinan dunia? Tidak tahukah di bahu anda terletaknya nasib dunia masa hadapan? Tidak tahukah kalianlah harapan seluruh umat islam agar syiar agama ini dapat tertegak kembali? Tidak tahukah kalianlah yang mampu untuk menaikkan semula kemuliaan islam? Tidak tahukah kalian? Tidak tahukah kalian?!

Maka, sampai bila kita mahu melihat maruah umat Islam diinjak-injak? Sampai bila kita mahu lalai dengan hiburan dunia yang disediakan khas oleh kafirun untuk melaknat diri kita sendiri? Sampai bila kita mahu bertuhankan syaitan? Sampai bila kita mahu menghampakan harapan kaum muslimin semua? Sampai bila?!

Tanyalah diri kita. Sampai kita mampu duduk tak buat apa-apa sedangkan kaum muslimin di seluruh dunia sedang perjuang. Terutama bagi penduduk di Gaza, berjuang tidak putus-putus walaupun nyawa hanya di hujung jarum.

KIta ini muslim. Muslim hidup ada matlamat. Wawasan kita jauh, nun sampai di akhirat sana. Perjalanan kita sudah bermula, tamatnya pula sudah hampir. Entah esok, entah lusa, kita mungkin sudah bertemu Tuhan. Waktu itu, sanggupkah kita menghadap Tuhan? Kita sudah terima banyak nikmat, nyawa, makan minum kasih sayang dll, tapi apakah kita memberikan kepada agama Tuhan sesuatu? Syukur pun kita tidak. Malulah kita ketika detik pertemuan itu.

Ya, kita pernah bersyukur. Pernah mengucapkan alhamdulillah. Tapi apakah buktinya melalui perilaku? Cukupkah kesyukuran itu dinyatakan dengan lisan semata?

Maka, bangkitlah! Mari kita sama2 bangkit. Bangkit memperjuangkan agama. Kita tidak perlu terus sempurna untuk berjuang. Jika benar pejuang2 itu semuanya perlu sempurna belaka, maka tiadalah pejuang di atas muka bumi. Kita semua punya kelemahan masing-masing, punya khilaf diri. Tapi itu semua tanda Allah mahu kita bertambah dekat dengan Dia, bukan pergi jauh dari Dia.

Pemuda, jangan buang masa. Penuhkan hari dengan amal dan ibadah.

..saya bukanlah insan yang paling layak untuk mengajak kalian bangkit. Saya sendiri perlu membangkitkan diri saya. Tapi marilah kita sama-sama bangkit. Dan jika anda mahu bangkit dan tidak punya kekuatan, ingatlah saya dan ramai lagi juga sedang bangun. Kita sama-sama sedang bermujahadah dalam mehnah dan tribulasi ini. Allah ma'ana.

Monday, 28 November 2011

Khas untuk the author of dontstoreinliver.blogspot.com

Meraikan saudaraku di dontstoreinliver.blogspot.com,

Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Tuhan seluruh alam, yang menguasai langit dan bumi, juga, Dia, ialah Zat yang mempunyai hak mutlak terhadap segala sesuatu. Juga, selawat dan salam ke atas nabi junjungan besar kita, Nabi Muhammad saw, pengakhir segala nabi, uswah teragung bagi umat manusia.

Maka, inilah kita, bersaudara atas nama Islam yang dibawa oleh Muhammad saw, Muhammad yang diutuskan oleh Allah swt kepada umat manusia.

Kenapa tiba-tiba saya rasa hendak menulis post ini untuk anda? ..kerana setiap kali saya blogwalking, saya akan menjejak blog anda, dan melihat bagaimana anda yang dulu dan sekarang, saya sendiri rasa terharu.

Entah kenapa, tetapi saya selalu rasa terharu melihat manusia-manusia yang mahu mengubah diri. Bukan bermakna saya manusia sempurna, tetapi kerana saya tahu berhijrah itu merupakan suatu kebaikan buat manusia itu sendiri. Dan jentikan hati yang mahu berhijrah itu tanda Allah sedang berhubungan dengan hamba-Nya itu, memancarkan hidayah serta nur pada hati insan.

Setiap kali saya buka blog anda, rasa mahu saja mecatatkan sesautu, tetapi takut nanti rimas pulak. Jadi, di kesempatan ini, walaupun saya pun tak tahu sama ada anda akan baca atau tidak entri ini, doa saudarmu ini untuk anda, moga Allah terima hijrah anda.

Dan apakah tandanya hijrah anda diterima Allah? Tandanya anda terus beristiqamah dengan hijrah itu, juga selalu membaiki diri. Hijrahnya tidak terhenti setakat itu saja.

Moga Allah terima hijrah kita!

Isi-isi penting

Tiba-tibata hati tergerak untuk mencatatkan dapatan daripada kem hari itu di alam maya. Ringkas saja. Tapi moga dapat dimanfaatkan.
Tujuan khas untuk : sahabat2 yang tak pi kem tersebut, juga diriku yang selalu lupa
________________
Ibadah (wajib untuk semua peseta lakukan) :
1. Perbaharui niat setiap kali program
2. Al-Ma'thurat 1x
3. Zikir Fatimah 100x
4. Al-Quran + terjemahan 4 m/s
5. Solat Dhuha 1x
6. Qiyam 1x
7. Solat jamaah setiap waktu
8. Hafaz S. Al-Baqarah:30
9. Wuduk berkekalan
_________________
Ceramah 1 : Islam is The Way of Life

-Kita umat terbaik (S. Ali-Imran:110)
-Berusaha mencari kecermlangan (S. Al-Baqarah;148, Al-Ma'idah;48)
-Hadis nabi saw : sesungguhnya Allah sangat suka kepada seseorang yang melakukan sesuatu kerja dan lantas dia mengerjakannya bersungguh-sungguh
-Prasyarat kecemerlangan :
  -berusaha dengan rela
  -belajar ada matlamat
  -sedia lebih awal
  -usaha dengan sungguh, belejar berterusan
-Hafal Al-Quran bukan kerana spm semata, bg pemimpin, S. Yasin dan Sajadah biar mantap
-Pemimpin ialah ibda' - pengolah kpd sesuatu
-Mesti melakukan perubahan
-3 pil : -hubungan dengan Allah (eg: dgn bangun tahajud), Rasul dan manusia kena jaga
-Selalu beristighfar
-Apabila berdoa, berdoa juga untuk orang lain
-Takut dapat dilihat pada : lisan, perut, tangan, mata, telinga, kaki, hati
-Orang yang mendapat lindungan Arasy : orang yang sedekat tangan kiri x tau, dua orang yg berkasih syg krn Allah, hati yang terpahat kepada masjid (selalu ingat pd masjid)
-Pemimpin perlu mantapkan aqidah, sellau beroda, ikut sunnah

Resolusi : Kepimpinan perlu berasaskan Islam. Bagaimana itu? Dengan menjadikan pemimpin hidup berasaskan Islam. Islam yang bagaimana? Dengan islamnya matlamat (lillahita'ala), usaha kerana Allah, tuntut ilmu Al-Quran, Hadis dan sirah
_____________
Tazkirah Maghrib :

-Fazakkir, fainnaz zikra tan fa'ulil mukminin : Dan tetaplah memberi peringatan, kerana peringatan itu bermakna bagi orang beriman (S. Al-Hujurat :55)
-Kenapa kita ingat-mengingati? Untuk mendapatkan ilmu
-Maka berdirilah maka Allah akan mengangkat darjat orang beriman dan beberapa darjat orang yang berilmu (S. Al-Mujadalah)
-Hadis Rasulullah saw : Man yuridu llaha bihi khairan, yufaqqihu fiddin :Siapa yang Allah mahukan kebaikan pada dirinya, Allah akan berikan kefaqihan (kefahaman) pada agamanya
-Saidina Ali ra : siapa yang nakkan dunia kena berilmu, siapa yang nakkan akhirat kena berilmu, siapa yang nakkan dunia dan akhirat kena berilmu
-Sunnatullah - realiti akan mengalahkan ilusi
-Dalam Al-Quran, yahudi adalah seperti mana mereka sekarang ni, jadi orang yahudi ialah realiti
 dalam Al-Quran, nasrani adalah seperti mana mereka sekarang ni, jadi orang nasrani ialah realiti
 dalam Al-Quran, umat islam adalah bukan apa yang umat islam sekarang, maka umat islam sekarang   
 bukanlah realiti sebenarnya, bakal dihapuskan suatu hari nanti oleh realiti
-Yahudi ada 1100 jet pejuang, tapi umat Islam seluruh dunia ada 13 000 jet pejuang tapi tak berani pun nak serang orang Yahudi
____________________
LDK : Pengurusan Organisasi

-Pemimpin : Al-Qawiun (kuat) dan Al-Amin (boleh dipercayai)
-S. As-Saff:4, S. Al-Qasas: 26
-diri berhubung dengan seseorang melalui interaksi + hubungan yang memberi kesan = pengaruh
-Becoming a person of influence (John C. Maxwell) :
 position --> permission --> production --> people development --> personhood
-Kenpa bila masuk universiti banyak pelajar agama tak berjaya? Sebab kepimpinan di sekolah dulu adalah berasaskan jawatan dan tiada orang tolong
-Edward De Bono mengasaskan : Pros and Cons technique , Mind mapping

THINKING SKILL : PMI, 6 Thinking caps
 -- Plus, Minus, Interesting (Table, score)
 -- 6 Thinking Hats : separates ego from performance, future planning, melihat dari semua aspek
_____________
Ceramah 3 :Kepimpinan dalam Islam serta cabaran pelajar dalam era globalisasi

-Siapakah yang paling baik kata-katanya daripada manusia yang mengajak kepda Tuhannya dan melakukan kebaikan?(terjemahan)
-Khalifah : tegakkan agama dan uruskan dunia dengan agama
-Kita ialah DA'iE ILALLAH
-Tiada kepentingan peribadi diambil daripada berdakwah
-Allah yang pilih kita jadi pemimpin, jadi kepentingan utama dalam kepimpinan adalah untuk Allah
-Pemimpin :  Takhlif (tanggungjawab( bukan tashrif (kemuliaan)
                    Takziah seiring tahniah
-Cabaran pemimpin :
  - mukmin akan hasad
  -munafiq benci
  -kafir perangi
  -syaitan sesatkan
    -pesongkan niat
    -lalai dengan tugas berbanding ibadah
    -banyak cakap daripada tindakan
    -tak bahagi masa dengan baik
  -nafsu menguasai
-Pemimpin umpama berada di atas pentas : segala kesalahannya dipandang
-Ciri2 pemimpin : ada ilmu kepimpinan, amanah dengan Tuhan
-Selagi mana dia manusia, dia layak jadi pemimpin
-Manusia tidak terlepas daripada melakukan kesilapan dan kesalahan
-Ikut apa yang Allah suruh biar apa pun yang orang kata
-Jangan mengarah orang saja, kena sama-sama buat kerja
-Pemimpin kena jaga akhlak
-Pemimpin perlu sedia memimpin dan dipimpin
-Tanda kita ikhlas sebagai pemimpin:
  -khusyu' dalam solat
  -selepas solat dia akan duduk berzikir dan doa (tidak terus pergi)
-Jika cakap sesautu yang baik, selepas itu buat. Kalau tak buat selepas itu baru dikira dosa
-Setengah orang tak kongsi benda baik kerana takut diri tak buat. (Salah)
-Pemimpin kena banyak bersendiri dengan Tuhan
-Dakwah No. 1 , akademik BUKAN no. 2
-Kepimpinan melalui teladan : pemimpin kena selalu kehadapan
-Pemimpin kena bangun qiyam : jangan pernah tinggal
-Jangan tinggal solat Dhuha
-Kenapa orang tak dengar arahan?
  - Diorang tak hormat kita
  -Sebab apa tak hormat?
  - Allah tak berikan rasa tu
  Kesimpulan : pemimpin kena dekatkan diri dengan Allah supaya Allah bantu
-Jaga urusan Allah, Allah jaga urusan kita
 -Apakah urusan Allah? Al-Quran, qiyam, ma'thurat, solat di awal waktu
-Cara berhubungn antara muslimin dan muslimat:
 - jangan jumpa dua orang saja walaupun ramai orang, selalu berteman
 - jaga pandangan. bagaimana? bila ada rasa tak elok dalam hati, cepat2 jangan tengok dia
   kata ulama ' :siapa yang merelakan matanya memandang perempuan/lelaki, dia membenarkan dirinya 
   melakukan zina mata
 - bercakap apabila perlu sahaja. Contohnya : Salam, ustaz panggil nta di pejabat (betul)
                                                                      Salam, nta tengah buat apa? sibuk dak? ustaz panggil nta di  
                                                                      pejabat (salah, meleret dan bercakap ttg perkara yang tak  
                                                                      perlu)
 - Jaga ekspresi muka, jangan suka sangat senyum kat depa. Kalau nak tergelak, sekadar senyum dan
   jangan tunjuk depan2, jangan gelak besar atau kuat sangat
 - Kalau muslimin/muslimat ada masalah, jangan pi tolong dia, tapi suruh kawan dia tolong. Kalau muslimin
   yang tolong muslimat, bertambahlah masalah
-Hasan Al-Banna: bersatu atas benda yang betul lebih baik daripada berpecah atas benda yang tepat
______________________
RESOLUSI KEM :
1. Silibus usrah dibuat
2. Qiyam 1X
3. Guna kata2 islamik : ana, anta, muslimin, muslimat
4. Ikhtilat - meeting duduk dalam bentuk L
5. Liqa' Nuqaba' dijalankan secara mingguan

~bittaufik wannajah~

Hijrah - Moga berjaya!

Masya-Allah, aku jumpa banyak sahabat, dan kebanyakan daripada mereka semua mahu berhijrah menjadi muslim yang lebih baik. Tapi, kerap kali persoalan yang timbul dalam benak mereka ialah, bagaimanakah caranya untu berubah? , nak mula dari mana?.

Kadang-kadang, yang mereka perlukan, hanyalah sedikit lagi keberanian untuk masuk ke jalan hijrah.

Moga sahabat2 aku yang semua itu, kuatkanlah diri untuk berubah. Carilah penambahan ilmu dan peringatan untuk memantapkan keyakinan, keyakinan untuk percaya bahawa berhijrah itu membawa satu keuntungan yang besar.

Moga ntum berjaya!

Sunday, 27 November 2011

Di mana dirimu?

Bismillahirrahmanirrahim...

Mungkin, post kali ini merupakan post yang mencatatkan one of the most significant event yang terjadi dalam hidupku. Maka, jika suatu hari nanti aku melupainya, moga ini akan mengingatkanku kembali detik2 berada di sana dan bagaimana hati dan perasaan itu merasa sesuatu. Sesuatu yang sentiasa mengingatkan aku bahawa aku adalah manusia dan manusia merupakan khalifah di muka bumi. Moga semangat itu terus berkobar-kobar.

Hari pertama sampai, aku sungguh tenang. Perasaan damai dan tenang datang menyapa, berserta hati menglafazkan niat bahawa aku menjejakkan kaki ke sini untuk menuntut ilmu. Moga Allah reda.

Usai segala hal. LDK 1,bermula sesi ta'aruf.

Kemudian, ceramah 1. Dan di situ aku mula tahu, bahawa aku dan ilmu dan quran, sangatlah jauh, seperti jauhnya langit dengan bumi. Dan aku mula rasa hina. Perasaan mula tertekan-tekan. Sungguh bagaimanakaha ku layak memimpin mereka?

Petang itu, beberapa aktiviti lain, kurang kepentingannya untuk disebut di sini.

Waktu suria sudah menghilang, solat maghrib ditunaikan. Halaqah kecil dijalankan ketika itu. Kemudian, adanya tazkirah dari seorang akh tentang sejarah islam, Perang Khandak, Sultan Al-Fateh, kegemilangan Islam dulu. Itulah permulaan sejarah malam itu.

Solat Isyak ditunaikan. Ceramah 2 menuruti. Dan waktu inilah aku semakin banyak memuhasabah diri, mengenangkan diri yang terlampau, lampau banyak khilafnya dan kelemahannya yang sepatutnya mampu aku tangani, tapi aku tewas dengan syaitan dan nafsu. Aku menyedari tentang betapa Al-Quran itu jaraknya sangat jauh dari hatiku, lidahku. Dan betapa aku sedar, aku jahil ilmu agama juga penghayatannya dalam kehidupan. Bahawa aku hidup sekadar ala kadar, yang tidak wajar seorang pemimpin kaum muslim berperbuat begitu. Aku terbangun daripada tidur yang sangat lama, terjaga dengan mengetahui bahawa hakikatnya hidup aku belum muslim. Dan aku juga tersedar, bahawa jamaah itu penting dalam membawa islam ke dalam hati kita juga orang sekeliling kita. Aku tersedar.. aku tersedar... dan aku sangat sakit menyedari hakikat itu, bahawa aku, masih bukan muslim yang layak berkata, "aku sudah menyerahkan hidupku sepenuhnya kepada Tuhan." Dan hati bertambah berat bebanannya.

Aku berkumpul dengan dua sahabat itu, menggegam erat tangan mereka, lalu berkata, "Sahabat, apakah islam yang ada dalam diriku? Ada  islamkah dalam diriku?" Aku tidak mahu tahu jawapannya. Kerana ia sangat perit untuk ditelan. Cuma, biarlah genggaman erat sahabat seperjuangan dalam jalan dakwah ini mampu memberikan kekuatan. Dan aku pahit mengenangkannya.

Sebelum melelapkan mata untuk tidur, sesi muhasabah dijalankan. Di situ, dengan membawa hati yang sarat dengan perasaan berat (mengenangkan diri), kami semua berkumpul di dewan berhawa dingin itu. Soalan demi soalan diterjah satu-satu oleh ukht-ukht - solat fardu, tahajud, qiyam, ma'thurat, puasa. Dan di situlah, lagi aku tahu, aku rupa-rupanya manusia yang tidak beristiqamah. Jiwa yang sarat itu bertambah padat, ada satu perasaan yang terhimpit. Dan aku berat mengingatkannya.

Apa yang dapat ditahankan lagi, tentu sahaja air mata menderus laju. Mengenangkan diri ini, peranannya, juga tanggungjawabnya sebagai seorang khalifah. Semuanya masih tidak dijalankan dengan baik. Di manakah Allah dalam hidupku?

Program malam itu menjadikan aku tidur pada pukul 1.30 pagi. Beberapa jam lagi perlu pula kejut yang lain untuk qiyam. Dan untuk kali pertamanya dalam hidupku, aku hanya tidur 3 jam.

4.30 pagi aku bangun, mandi, kejutkan yang lain, kemudian segera bergegas ke surau. Aku bersolat tahajud. Dan betapa rindunya aku pada solat. Kerana bagaimanapun keadaannya, solat merupakan satu-satunya jambatan terbaik yang menghubungkan manusia dengan Tuhannya.

Tazkirah subuh oleh seorang akh, tentang nabi Musa a.s dan Firaun. Riadah, kemas diri, kemas barang, solat Dhuha.

Selepas semua itu, bermulalah cerama 3. Dan lagi, ceramah beliau sangat bermakna dalam hidupku. Aku berharap sahabat2ku yang lain dapat bersama, tapi sayang mereka tiada di situ, mendengar sendiri nasihat ustaz itu, sungguh bermakna, sarat dgn pengisian, menyentuh perasaan yang paling dasar dalam hati. Aku mengangguk beberapa kali, mengiyakan kata-katanya. Dan di situ aku belum habis sedar, aku masih kekurangan diri.

Beberapa kali, aku genggam lagi tangan sahabat. maafnya sahabat, ^-^, melepaskan geram pada anti. Tapi, ketika itu aku sungguh berharap sahabt2ku yang lain berada di sana mendengarkan nasihat ustaz itu.

Di tempat itulah sgl nasiha yg diberikan sepeti, buk, buk, buk. Satu-satu hentaman terkena muka sendiri. Dan aku tidak mampu berkata apa2 lagi, melainkan aku telah menjadi manusia yang sangat malu dengan kekurangan diri itu.

Dan kiranya, kau (diriku sendiri) melihat catatan ini suatu hari nanti, moga teringatlah segala memori dua hari itu.

Dan tanyalah dirikau itu,
Di mana dirimu, wahai srikandi Abu Bakr? 

Friday, 25 November 2011

Oh, how man has no shame!

For every day we had succesfully gone through,
there's a mystery hide for that everyday,
and every day is always different from the others,
as every distinctive day teaches us different things,
and how,
sometimes,
that everyday,
tells you,
that you haven't done things quite enough to deserve His jannah and forgiveness.

There are times,
when your heart feel empty,
void with nothing inside,
and that's because,
you've started to forget Allah,
being mesmerised by the worthless world.

Sometimes,
you are being pompous,
arrogance,
yet, you have no shame,
still standing and stepping on the Earth,
owned by the Almighty Allah.

Oh, how man is always forgetful and has no shame!

Wednesday, 23 November 2011

Hati yang tidak terpelihara

Hati kadang kala berbisik pada diri,

Adakah aku benar-benar mengambil Islam secara keseluruhannya dalam hidupku?

Cukupkah sekadar berpakaian labuh serta longgar? Adakah pastinya hanya itu yang perlu dilakukan bagi menjadikan Islam sebagai cara hidup yang sempurna serta meraih reda Illahi? Sungguh jahil diriku jika aku mengatakan ya. Sedangkan Islam itu merangkumi semua prinsip kehidupan, daripada sudut luaran serta dalaman. Dan ini seterusnya menimbulkan persoalan kepada diriku lagi.

Adakah hatiku sentiasa tunduk kepada Allah, atau ada masanya nafsu naik bertakhta dalam hati?

Dan demi Zat yang sesungguhnya aku dan seluruh alam ini berada dalam kekuasaan-Nya, aku tidaklah pernah sesekali mahu untuk menjadikan nafsu dan dunia sebagai Tuhan.

Ya Allah, peliharalah hati-hati kami daripada perkara yang merosakkan hati, jagalah tali kami dengan-Mu. Moga kami, ya Allah, termasuk dalam golongan yang Kaupelihara dan kasihi.

Sunday, 20 November 2011

Jawabku 2

Mengapa agaknya apabila kita dah terlanjur..hendak kembali semula pada agama..macam2 dan pelbagai dugaan...seolah-olah susah utk kita nk beriman dan menghalang kita utk beribadah??
___
Manusia selalu terlanjur, manusia selalu melakukan dosa. Tapi, yang penting jangan pernah kita lupa untuk meminta keampunan dari Tuhan. Kenapa Allah swt mencipta manusia yang banyak nista? Kenapa tidak sahaja Allah menciptaka makluk yang tidak pernah melakukan dosa? Jawapannya ada di dalam Al-Quran dan Hadis. Saya minta maaf, tidak dapat mengemukan hadis tersebut secara jelas. Tapi, kata rasulullah saw, jika manusia tidak melakukan dosa, nescaya Allah swt akan melenyapkan mereka (yang tidak melakukan dosa) itu daripada muka bumi dan menggantikannya dengan makluk yang melakukan dosa kemudian bertaubat.

Maka, inilah hikmah penciptaan manusia. Supaya kita bertaubat.

Dan bertaubat ialah satu medan mujahadah yang payah, kerana Allah mahu melihat betapakah hati kita benar-benar mahu menyerah kepada Dia.

Bersabarlah menghadapi dugaan hidup. Mungkin saya tidak mampu untuk memahami anda, kerana andalah yang menghadapinya walaupun mungkin saya juga pernah mengalaminya. Manusia tidak memahami manusia yang lain, tapi hanya Allah swt yang memahami keadaan anda, kerana percayalah Allah yang menetapkan semua ini untuk anda.

Kerana apa? Kerana Allah mahu anda sentiasa memohon pada Dia, dekat kepada Dia? Maka, setelah Allah sendiri mahukan anda dekat pada Dia, perlulah kita lari lebih jauh daripada Tuhan? Tentunya tidak. Jadi, berterusanlah berusaha mendekati Allah swt, melalui doa.

Dan percayalah, doa itu suatu senjata yang sangat ajaib. Maka, jangan pernah berhenti berdoa walaupun doa itu masih belum dimakbulkan. Mengadu pada Tuhan bahawa anda sakit menghadapi ujian Dia, dan mintalah supaya Dia memudahkan segala kerja dan diangkat darjat anda atas ujian ini.

Siapapun anda, moga Allah bersamamu, dan mudahkan hatimu untuk melakukan mujahdah.
Allah tidak pernah meninggalkan hamba-Nya, tapi kita yang selalu meninggalkan Dia.

Friday, 18 November 2011

Lintasan hati

Setiap kali aku keluar dari sekolah, masuk ke kelompok masyarakat, lintasan hatiku pasti sama.

Aku rindukan Al-irshad.

Biar bagaimanapun aku kepinginan untuk berada di Kisas, menuntut ilmu agama dengan lebih mendalam, jauh di sudut hati, aku menerima seadanya takdirku bahawa aku di Al-Irshad.

Dan sekolah itu cukup bermakna dalam hidupku. Sangat-sangat bermakna.

Di sinilah aku belajar tentang ilmu, ukhwah, persahabatan, islam sebagai Ad-din, juga belajar menjadi seorang murid, sahabat, menjadi dai'e. Aku berjumpa dengan manusia-manusia yang hebat - ustaz-ustazah, cikgu dan teacher, juga sahabat yang tercinta. Aku belajar banyak perkara yang cukup bermakna. Aku belajar erti kemanisan hidup, kepahitan, kesedihan dan kebahagian. Dan itu cukup memanusiakan diriku, juga selalu membuatkan aku ingat bahawa aku merupakan seorang muslim yang perlu sentiasa menjaga agamanya.

Dan yang paling utama, aku belajar bahawa aku perlu terus belajar.

Tapi apabila aku keluar dari kawasan sekolah, aku berjumpa manusia pelbagai ragam. Rasa hati tidak sama sepeti berada di sekolah. Itulah masanya iman menjadi pembenteng diri. Dan itulah juga masanya aku kata berkata, aku mahu berada di Al-Irshad.

Al-Irshad, kenangan terbaik buatku.

SMKA Al-Irshad, atau aku lebih suka dengan nama Inggerisnya, AIRIS (Al-Irshad Islamic School), bumi tarbiah yang paling indah yang pernah kujejak.

Moga Allah memberkahi bumi itu.

Jawabku

1)Bagaimana nak beristiqamah dalam maencari redha allah.... 2)Kenapa saya lihat manusia lain seolah-olah sentiasa bahagia mengaharungi hari2 mereka sedangkan mereka kurang beriman...Mereka ketawa,gurau dan riangkan hati??sedangkan mereka lemah dlm agama TLG JAWAB...PLEASE!!!
__
1) Istiqamah dalam mencari reda Allah. Satu benda yang saya sendiri masih belajar. Tapi, beberapa perkara yang mungkin saya dapat bantu ialah, cubalah mencari sahabat yang sentiasa mengingatkan anda, juga jangan lupa berdamping dengan orang berilmu. Jika tidak pun, bacalah buku2 yang islami. Jangan pernah tinggalkan buku2 seperti itu lebih daripada seminggu. Rohani kita sentiasa perlu makanan, dan makanan tersebut ialah ilmu dan peringatan.

Dan jangan pernah, JANGAN PERNAH BERHENTI MENJADI HAMBA ALLAH.

Bagaimanakah itu menjadi hamba Allah? Menjadi hamba Allah adalah sentiasa menambah ibadah kita, jadi manusia yang sentiasa memohon, berdoa kepada Allah swt. Sentiasalah berhubung dengan Allah dengan zikrullah, bercakap-cakap dengan Tuhan (maksud saya, sentiasa bercakap dalam hati seperti, Allah moga Engkau berkahi hidupku. Aku pasti setiap sesuatu yang Engkau tetapkan dalam hidupku punya hikmah seluas langit dan bumi). Dan jika kita pernah alpa dalam melakukan perkara2 dia atas,

marilah kita kembali menjadi HAMBA ALLAH swt.

2) Masya-Allah, untuk soalan kedua itu, saya baru sahaja berada di situasi melihat mereka yang seperti itu. Mereke gembira sungguh dengan dunia. Sungguh, saya melihat mereka gembira. Gelak ketawa terbahak-bahak tentang pelbagai perkara duniawi, perkara lucah dll.Tapi satu benda yang mereka tidak akan dapat rasa ialah, ketenangan yang kita dapat apabila kita dekat Allah dan apabila Allah juga sentiasa dekat pada kita, lebih dekat daripada urat yang ada di tengkuk kita.

Satu perkara yang istimewa bagi seorang islam yang benar-benar beriman ialah kesusahan dalam kehidupan ialah satu keindahan dalam hati. Tapi, bagaimana bagi mereka? Adakah mereka menghargai kehidupan sepertimana orang beriman menghargai kehidupan yang Tuhan berikan?

Dan keindahan hati itu tidak akan dapat dirasai oleh mereka yang hanya mengambil islam ala kadar, sekadar mengenakan tudung di kepala tetapi hati tidak menjadi reda terhadapa Islam sebagai Ad-Din yang sempurna.

Mereka semua mungkin akan gembira di dunia, tapi di akhirat, belum tentu lagi berat timbangannya. Adakah kita mahu gembira seperti mereka dengan mengorbankan akhirat kita semata-mata untuk dunia yang kegembiraannya hanya beberapa detik?

Fikir-fikirkanlah. Adakah itu satu keputusan yang dibuat oleh manusia yang berakal? Atau keputusan bagi mereka yang cetek akalnya lagi pendek pandangannya?

Wednesday, 9 November 2011

Every day is a lesson

Every day is a lesson,
teaching us how to keep firm,
to be patient,enduring every hurdle.

Every day is a lesson,
the feeling of sadness couldn't be bore,
that sometimes, the lesson is tough,
experiencing it seems like sailing through the roughest sea.

Every day is a lesson,
a class of world filled by human,
the syllabus of life is the book,
life itself is the teacher.

Friday, 4 November 2011

Mardhotillah

Reda Allah. Jika kaubelum pernah merasai betap indah dan tenangnya mencari reda Allah, maka mulalah mencari, kerana tiada yang sangat nikmat rasanya dalam hati selain kita bebas daripada mencari reda yang lain kecuali reda-Nya.

Namun.. setiap nikmat yang Allah kurniakan, tidak bermakna akan kekal pada kita. Nikmat tersebut (terutamanya nikmat iman, islam dan kekuatan mencari reda Allah) hanya akan terpelihara dalam hati jika kita memelihara diri. Dan untuk memelihara hati dan diri bukan kerja mudah, perlukan mujahadah untuk mengharungi mehnah hayah.

Dan rasalah perasaan itu! Sungguh, rasanya sungguh tenang daripada kekalutan dunia, melapangkan dada yang sempit, menjadi merdeka daripada bertuhankan yang lain selain Allah swt.

Sungguh, mujahadah mencari reda Allah semata, tidak mudah, tapi payah.
Tapi ganjarannya juga banyak, tidak sikit.

Dalam hati ada rasa

Lagi. Perihal dakwah. Aku terfikir sendirian, sejauh mana aku membawa bebanan dakwah ini. Aku tidak punya kekuatan, malah pengalamanku juga sedikit. Bila kuminta pedoman, ramai yang membisu. Mungkinkah mereka tidak bersedia berkongsi ilmu? Sahabat, bila kau bersedia, beritahulah aku. Aku insan tidak berilmu. Ku menanti untuk menadah ilmu.

Allah. Lemahnya insan. Sedang kehidupan ini penuh dengan cabaran, diri pula tidak sekuat mana pun. Hanya Dia yang mampu membantu, namun, manusia sering kali lupa unutk kembali kepada-Nya. Dan itulah aku.

Siang malam berganti, tanda kekuasaan Tuhan Yang Agung. Masalah juga berganti-ganti. Satu selesai muncul yang lain. Tapi, itulah perihal kehidupan manusia. Juga ujian buat insan, sejauh mana kita berhusnuzon dengan Tuhan. Tapi lagi, manusia sering alpa.

Berganti-gantian memang sunnatullah. Begitu juga kejayaan. Kekadangan kita naik, kekadang kita turun. Cuma jarang-jarang ada insan yang sentiasa di atas. Sebenarnya, itu tanda istiqmahnya dia bermujahadah menempa kejayaan. Namun, tidak pula aku.

Dalam hati kita, ada sejuta rasa, semuanya berbeza, tanda Dia itu berkuasa.