Saturday, 1 October 2011

Toriqoh

Hari itu, aku diajar tentang sesuatu, tentang norma dakwah, akan dilecehkan, dicela, dipandang remeh segala usaha. Hakikat kehidupan, bukan?

Di satu sudut di perpustakaan sekolah.

Ada dua orang banat tingkatan 3. Di hadapn merekan ada buku. Mereka sibuk. Sibuk bergurau senda dengan beberapa pelajar lelaki di meja sebelah. "Hang muda daripada aku. Hang jadi adik angkat akulah." Mereka berbicara tentang perkara yang tidak bermanfaat baik untuk dunia ataupun akhirat. Aku bersama rakanku berada di meja belakang mereka. Lantaran kebisingan mereka, sahabatku berpindah tempat ke belakang perpustakaan, meninggalkanku keseorangan di meja itu bersama dekahan ketawa pelajar-pelajar yang tidak menjaga batas pergaulan mereka.

Setelah beberapa lama tidak tahan mberdiam dengan gelagat mereka. Aku bergegas bangun. Pusing ke belakang, menarik sebuah kerusi dan duduk di sebelah banat itu. Aku berkata menegur mereka ,itu ini dengan harapan mereka sedar tentang kesalahan mereka.
"Alah, kami bergurau sahaja." Dia mencebik sambil memalingkan muka. Nada dan riak wajah seperti aku telah menerjah kepada pesalah yang salah. Aku cuba berlembut. Dan setelah beberapa kata dituturkan lagi, aku pun mengucapkan salam serta mendoakan mereka selamat menduduki pmr.

Aku sejurus itu, terus duduk di kerusiku. Aku terbisu seketika. Kutenung dalam-dalam buku teks sejarah di hadapanku. Sebolehnya, tidak mahu mengingat kembali reaksi mereka terhadap teguranku. Tapi pada waktu itu, masya-Allah. Allah tunjukkan jalanku. Betapa dakwah akan penuh dengan mehnah dan karenah. Dan pada saat itu, terngiang-ngiang di benak minda, kata-kata ustaz itu, pilihlah satu toriqoh sebagai satu jalan untuk kita bertaqarrub kepada Allah. Ya Allah, inilah toriqoh yang aku pilih untuk aku dekat kepada-Mu. Jalan dakwah. Moga Engkau membantuku dan menjadikan aku istiqamah dan bertambah baik.

Dulu, aku pernah menginginkan perasaan ini. Perasaan apabila seruan ditolak. Kerana waktu itulah, akan ada kesakitan pada perasaan dan menjadikan kita ingat kepada Dia. Kini kumerasainya. Ujian dakwah. Pedih, tapi ada secalit perasaan indah.

----
nota kaki: rupa-rupanya ada dalam ayat Al-Quran Allah berfirman supya kita memilih jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah . Cuba lihat surah At-Taubah 19.

No comments:

Post a Comment