Saturday, 1 October 2011

Srikandi Islam

Satu hari, hari Ahad. Kereta abah terjerlus sedikit ke dalam lumpur yang basah menyebabkan kereta itu tidak mampu bergerak, ke hadapan mahupun ke depan. Maka, petang itu, kira-kira sejam, tersekatlah kami di kebun abah di perkampungan orang yang hanya dikenal seadanya sahaja. Tiada orang pun yang lalu lalang di hutan-hutan ladang itu. Lantas, sebelum orang yang dipanggil abah untuk menolong kami sampai, kami terlebih dahulu berusaha menolak kereta keluar daripada lumpur basah itu. Tenaga beberapa orang kanak-kanak, remaja dan dewasa. Tahu-tahu, usaha kami tidak ke mana.

Tapi, aku masih ingat tentang sesuatu yang abah kata. Terlekat di kotak mindaku dan pada atma jiwaku, kata-kata itu terkandung seribu satu makna buatku. Waktu itu, aku sedang mengikat kain baju kurungku pada pinggang supaya tidak meleret sewaktu aku akan menolak kereta. Ketika aku bersedia untuk menolak kereta dan mengambil posisi yang paling baik, abah berkata, "Jadilah srikandi!"

Kata-kata itu sangat bermakna bagiku. Kerana apalah gunanya kehidupan jika tiada perjuangan. Dan perjuangan umat Islam pada waktu ini adalah, mengembalikan tampuk kepimpinan dunia kepada orang Islam. Menegakkan syiar Islam. Mentarbiah ummah supaya menjadikan Islam pada semua aspek kehidupan. Walaupun menyedari kelemahan diri ini, jauh di sudut hati ada impian. Impian, jika Allah memilihku, aku mahu menjadi insan yang memperjuangkan agamanya sepenuh kehidupanku. Menjadi seorang serikandi Islam menurut kata abah.

Mungkin ada yang pernah tertanya-tanya, kenapa gelaran yang dipilih 'bidadari besi' bukan yang lain?

Bidadari. Kerana bidadari selalu dikaitkan dengan wanita solehah di syurga, dan kerana aku wanita dunia, aku mahu menjadi wanita solehah di dunia juga di syurga dengan rahmat-Nya.

Besi melambangkan kekuatan. Kekuatan melambangkan kepahlawanan.

Jadii, secara ringkas, bidadari besi mengandungi impianku untuk menjadi seorang srikandi Islam..

..despite of the khilaf i have inside myself, may Allah, help me to be one of His warrior.

1 comment: