Thursday, 6 October 2011

Sekolah itu, namanya KISAS

KISAS. Satu nama yang telah membekaskan sesuatu di hatiku.
Entah sampai bila perasaan ini akan hilang. Sekali ia pergi, tidak lama lagi ia datang kembali, menjadikan hati meruntun sedih..pilu..rindu, rindu untuk berada di sana.

Aku tidak pernah menjejakkan kaki ke situ, sedangkan belajar di bumi tarbiah itu merupakan antara impianku yang besar. Dan tampaknya, tidak akan terjadilah harapan itu kerana masanya juga telah terlambat.

Bumi waqafan. Biah solehah. Bumi tarbiah. Gelaran-gelaran yang sinonim untuk sekolah itu. Mereka juga bangga berada di dalamnya. Alhamdulillah, bumi yang hebat untuk pelajar Islam menuntut ilmu dan membaiki diri. Kalian di sana disediakan dengan tarbiah, biah solehah - sesuatu yang sangat-sangat aku ingini.
Dan setiap kali aku membaca atau menonton atau berbicara tentang sekolah itu, tanpa dapat ditahan-tahan lagi air mata akan mengalir - setiap kali. Ya Allah,  teringinnya aku mendapatkan ilmu yang banyak di sana. Aku mahukan biah solehah di sana.. Tapi apabila masa berlalu, aku sedar, aku berada di 'bumi pebimbing'. Di sini tempatku yang Allah takdirkan, menjadi pemimpin walaupun diri sendiri perlu dipimpin. Ada hikmahnya. Cuma aku yang tidak mampu melihatnya. Di sinilah bumi perjuangan ku yang Allah tetapkan.. di sini. -smai.

Moga revolusi biah di sini dapat aku lakukan bersama sahabat2ku, biiznillah.

No comments:

Post a Comment