Friday, 21 October 2011

Oh manusia, kenapa engkau begitu?

Oh manusia, ketahuilah hati adalah sesuatu yang rahsia. Rahsia Tuhan dengan hamba-Nya. Dan hanya dua itu sahaja yang mengetahui rahsia hati. Maka, aku sendiri tidak tahu apa2 rasa di hatimu, dan kamu juga tidak tau apakah rasa di hati ini. Tapi, bisa-bisa saja, Tuhan itu menzahirkan rasa hati itu pada lahiriahnya, menjadikan aku tahu apakah rasa di hatimu itu. Jika rasa di hatimu itu mengundang gelisah, di hatiku pula ada resah..

Oh manusia, iri hati itu satu rasa yang tersimpan di celah-celah jiwa. Entah apa yang mewujudkannya, tapi ia sifat yang nista. Oh, siapakah dapat mengakui bahawa dalam jiwanya tiada sifat hina, melainkan dalam setiap jiwa ada isi yang tersembunyi dari ilmu manusia, hanya diketahui oleh Allah. Tapi, itulah kehidupan, melatih jiwa menjauhi sifat nista serta menyucikan jiwa dari perkara2 yang kotor itu.

Oh manusia, bukan manusia itu tidak mahu membaiki diri. Tapi, kebanyakan halnya ialah manusia sendiri tidak mengetahui salah dirinya. Sifat cemburu itu, misalannya, kadang-kala tidak diketahui oleh pemilik hati itu. Lantas, jika al-Quran sebagai mukjizat nabi itu dibentangkan di hadapannya, ataupun hujah-hujah ulama' dihamparkan dihadapannya sekalipun, bagaimanakan bisa dia mengetahui bahawa hal itu untuk dirinya. Kerana dia tidak merasa ada salah dirinya dalam hal itu.

Oh manusia, kadang-kala kerana ada ego dalam diri, manusia tidak mahu mengakui bahawa rasa di hatinya itu adalah hasad. Kerana dia tidak mahu percaya sifat buruk itu ada dalam dirinya. Lantas kepada diri dan kepada Tuhan sekalipun, dia tidak mahu ngaku.

Oh manusia, entah adakah kau tahu atau tidak, bahawa rasamu yang telah terzahir itu telah pun terlihat. Kali ini bukan kau sahaja yang gelisah, aku pun turut sama, tidak selesa dengan perbuataanmu itu.

Oh manusia, kenapa engkau begitu?

No comments:

Post a Comment