Saturday, 29 October 2011

Alhamdulillah

Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Tuhan Pemilik seluruh alam.
Demi Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang itu, Demi Dia yang selalu membantu hamba-hambanya merempuh segala cabaran hidup, Demi Allah yang hanya Dia yang mampu menyelesaikan masalah hamba-hamba-Nya.. aku insan kerdil lagi hina.

Masya-Allah, Agungnya Tuhan yang Maha Perkasa itu. Tidak pernah kusangka, masalah yang menimpaku mudah2 sahaja terungkai. 3 badai menghempap tebing hati.. Semalam juga Allah surutkan ketiga-tiga gelora itu.Allahukabar! Di kala manusia sentiasa berputus asa, di saat manusia merasa bersendiriaan, hanya Dia yang memahami hati, yang membantu manusia mendapatkan semula ketenangan jiwa.

Alhamdulillah, senangnya Allah permudahkan segala kesempitan dada.

Pengajaran buat insan (pelupa), serahkanlah segala urusan itu kepada Tuhan. Bangunlah malam, kerana tika itu, Allah bersedia untuk memakbulkan segala doa insan yang memohon. Dengan sepenuh-penuh keyakinan serta sepenuh-penuh pengabdian diri, serahkanlah diri pada Dia yang Maha Kuasa.

Buku : Mendidik Remaja Muslim

 

Buku di atas adalah karangan Dr Abdullah 'Aidh Al-Qarni. Buku yang mampat dengan pengajaran untuk para pemuda muslim - tidak kiralah siapa pun kamu, seorang dai'e, pelajar atau orang2 kebiasaan.

Antara petikan karangannya yang menarik yang baik untuk dikongsikan di sini ialah :

(m/s 8)

I
Seorang pemuda pernah datang ke sebuah hospital dan berkata : "Saya melihat banyak kaum wanita yang berpakaian tetapi seperti telanjang. Pakaian seperti itu dimurkai oleh Allah swt."

Saya bertanya: "Mengapa kamu tidak mencegah kemungkaran?"

Pemuda itu menjawab: "Sya takut."

Saya bertanya lagi: "Lalu mengapa di pagi hari engkau mengatakan 'saya redha kepada Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad sebagai Nabi'. Untuk apa kau mengucapkan kalimah lailahaillah?"

II
Seorang pemuda melihat puluhan majalah lucah dijual, padahal satu majalah sahaja dapat menghancurnkan satu bangsa. Cubalah tanya kepada pemuda tersebut, mengapa dia tidak melarangnya dengan baik-baik? Iaitu bercakap dengan pemilik kedai, sebelum pemuda lain datang membelinya, lalu majalah itu tersebar dan beredar di tengah2 masyarakat.

Maka pemuda itu akan menjawa: "Saya takut."

Kalau begitu mengapa di pagi hari kau mengatakan engkau redha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad sebagai nabi?

--> Takut adalah salah satu titik kelemahan pemuda Muslim, iaitu salah satu kendala dalam memikul amanah risalah yang disampaikan oleh Rasulullah saw.

Friday, 28 October 2011

Don't ever commend on me!

After 16 years being able to breathe in this world, i've learnt something very important. Something that have taught me an important lesson in life. Perhaps  it reacts differently to someone else, but for me, i got a favour to.. My dear friends and to-be friends, please, don't ever have a slightest thought to commend or praise me on whatever aspect. You wouldn't know what would happen after you gave such 'wonderful' words. The only thing i could see after receiving such praises is worst than you and i could ever expect to happen. So very undeniably true, i've always turn out to be extravagantly the worst person ever come to your life. That's what i see. Sooner or later, it'll happen. So please, DON'T praise me! 
Perhaps, this is what the ulama' trying to convey to people. Praise is no worth except a filthy rubbish.

Monday, 24 October 2011

Tertintalah segala rasa

Di sini, tertintalah segala rasa hati,
tapi, tentulah tidak semua memahami,
kerana dalam dunia ini,
Hanya Dia yang Maha Mengetahui.

Takdir Tuhan

Sedangkan diri ini banyak cela, banyak hina,
kuharapkan huluran kemaafan dari seorang teman,
entah, bilakah kau bakal menerima diriku seadanya?
Adakah esok, lusa, atau tidak selama-lamanya?

Inikah takdir Tuhan?
Kita bertemu dan bertaut ukhwah,
entah, apakah hikmah aturan Dia?
Mampukah kita mengambil ibrah darinya?

Cukupkah kita?

Bagaimanakan aku katakan padamu,
tentang sifatmu, itu dan ini,
bukan hajat di hati mahu mengutuk,
sungguh tidak lagilah menghina,
tapi,
kan hidup ini kerana Dia?
justeru, bagaimana pula harus kita hidupkan diri kita?
tentulah dengan wasilah yang telah Dia tunjukkan.

Fikirlah, wahai iman,
bagaimana telah kaupandukan hati,
adakah menuju Illahi,
atau semakin lama jauh tersimpang ke jalan kiri?

Ingatlah,
cukupkah kita katakan amal yang sedia ada sudah lengkap?
Itukah sifat2 orang berjaya?
Bukankah orang yang berjaya itu sentiasa membaiki diri,
bukan sahaja dalam sifat2 duniawi,
bahkan ukhrawi apatah lagi..

Wahai insan,
jangan lalai dengan kemampuan sedia ada,
ibadah kita masih belum berpada!

Kumengejar kesempurnaan

Terkadang, wujud dalam hatiku ingin mempunyai seseorang yang sangat akrab denganku, dari segi penghayatan jiwa, agama dan fikrah. Alangkah susahnya! Mungkinkah aku mahukan yang sempurna? Ah, tidak mungkin aku mendapatkannya, sedangkan aku lagi tercela dan tidak bersifat sempurna.

Aku mengejar kesempurnaan. Bukan kesempurnaan hakiki pastinya. Kesempurnaan hakiki hanya milik Dia. Aku mencari kesempurnaan selayaknya seorang manusia. Dan kesempurnaan seorang manusia adalah menyerahkan diri seluruhnya kepada Rabbnya, meninggalkan hiburan yang tidak mengingatkan dirinya kepada Allah, sepanjang masa menimba ilmu dunia dan akhirat, melakukan dosa kecil tetapi selalu bertaubat dan sentiasa memperbaiki diri dengan amalan sunah2 nabi Muhammad saw.Begitulah kesempurnaan seorang muslim menurutku.  Tentulah darjat yang lebih tinggi wajar dicapai seperti Imam Shafie, HAMKA dll. Tapi, cukuplah jika semua manusia muslim sekurang-kurangnya menjadi seperti yang di atas. Seharusnya, itulah yang kita kejar, sekurang-kurangnya.

Menjadi seorang mukmin yang sempurna, tidak lengkap jika hatinya kotor. Dan.. ah! Manusia susah untuk bersih dari kotoran hati. Aku sendiri sedang bermujahadah. Moga Allah membantu kita sihat daripada penyakit2 hati. Sesungguhnya penyakit hati itu banyak. Marah, dendam, hasad, malas dan lain2 sifat syaitani.

Harapnya tidak ada manusia yang keliru dengan maksud kesempurnaan di sini. Kuulangi, sempurna di sini tidak bermaksud tidak melakukan sebarang dosa dan nista, tetapi sempurna dari sudut manusia seadanya, iaitu bersih daripada penyakit hati dan melakukan dosa kecil tetapi selalu segera memohon ampunan Tuhan.

Sunday, 23 October 2011

Hari ini, aku bertemu lagi dengan dia..

Hari ini, aku ke sekolah. Dipanggil oleh seorang sahabat untuk meluahkan isi hatinya. Ternyata fikrah ahli2 badan kepimpinan kita tidak sama. Ah, itu bukan fokusnya untuk entri kali ini. Setelah selesai aku perjumpa dengannya aku dan seorg shbat lain ke kailan. Kmdian pulang dr sana menaiki bas. Tapi.. Ah, diri tidak pernah tidak kecewa apabila ke mana2. Sedih melihat gelagat anak2 muda generasi muslim marcapada ini. Ya Allah, terangkanlah hati kami seua untuk mendpt petunjuk-Mu dan jadikanlah Islam sebagai Din kami selengkapnya!

Bas untuk aku pulang ke kubang semang berhenti di depan sekolah. Di situ, naik seorang sahabat, berbaju hitam dan bertudung oren cair. Aku gembira! Girang berjumpa sahabat lama dari Kisas itu yang singgah sebentar melawat sekolah lamanya. Di dalam bas, aku mencungkil apa2 cerita di Kisas. Subhanallah!Subhanallah! Sungguh hina diri ini. Aku tidak layak menjadi pemimpin.

Sahabatku itu bercerita tentang KU dan PKU yang kedua-duanya hafiz dan hafizah. Aku mula terasa kerdil. Di sana, dia menceritakan tentang betapa ukhwah antara senior dan junior. Erk, sekali lagi aku rasa kecil. Di sana, perhubungan lelaki perempuan amatlah terjaga. Sehingga ada seorang ikhwah (katanya seorang hafiz) tidak pun membaca surat perihal arahan guru supaya berjumpa guru tersebut, malah menyuruh sahabatnya mebacakan surat tersebut kerana surat itu dari seorang akhawat senior.Sahabatku itu juga menceritakan bagaimana dalam setiap jawatan itu, diabil berat tentang peribadi orang tersebut. Misalnya, untuk menjadi seorang pustakawan sahaja, sesorang perlu menghafaz surah As-Sof dan ditemu duga. Allah! Hina lagi rasa diri. Di sana juga, katanya, kalau melakukan sesuatu dosa, akan segera Allah buka pekung di dada itu, agar dia sedar. Ah, ada sikit-sikit sama seperti di Tanah haram. Kenapa mereka di sana begitu sekali hebatnya? Kerana betapa mereka di sana menjaga syariat Allah swt, dan kenapa tidak pula Allah menjaga diri mereka.
Oh ya Allah, aku pasti, suatu hari nanti bila aku melawat seklh itu, aku tak akan kecewa seperti kecewanya aku dengan sekolah2 lain yang hanya indah khabar dari rupa.

Kadang-kadang timbul rasa bahawa di sana hebat kerana orang2nya insan terpilih. Betullah tu. Lagipun hanya 2 tingkatan sahaja. Lebih mudah untuk mentadbir. Para pelajar pula ada yang huffaz. Ah, apa yang dapat disangkal lagi tentang sekolah itu. ..dan apabila aku mendengar cerita tentang sekolah itu, aku muhasabah diriku balik. Betapakah aku menjaga hubunganku dengan Allah? Adakah sehebat mereka? Dan betapakah fikrahku sehebat mereka? Semuanya adalah persoalan yang aku sendiri tahu jawapannya. Dan salah. Salah jika aku merasa aku sudah cukup baik. Atau merasa sedikitpun. Kerana setiap kali sahabatku dari kisas itu menceritakan tentang sekolahnya. Subhanallah! Tahulah aku, aku insan yang tercela. Banyak lagi salah, silap, lemah, khilaf. Yang semuanya perlu dibaiki dengan sebaiknya agar aku dapat juga memimpin mereka sebaiknya. Kerana, tidaklah aku terfikir melainkan jika pemimpinnnya baik maka anak2 buahnya juga baik, insya-Allah. Tapi jika atasnya buruk, dibawahnya apakan diharap lagi.

Ya Allah, kuatkan aku untuk menjadi kuat membaiki diri dan sekelilingku!.

Friday, 21 October 2011

Oh manusia, kenapa engkau begitu?

Oh manusia, ketahuilah hati adalah sesuatu yang rahsia. Rahsia Tuhan dengan hamba-Nya. Dan hanya dua itu sahaja yang mengetahui rahsia hati. Maka, aku sendiri tidak tahu apa2 rasa di hatimu, dan kamu juga tidak tau apakah rasa di hati ini. Tapi, bisa-bisa saja, Tuhan itu menzahirkan rasa hati itu pada lahiriahnya, menjadikan aku tahu apakah rasa di hatimu itu. Jika rasa di hatimu itu mengundang gelisah, di hatiku pula ada resah..

Oh manusia, iri hati itu satu rasa yang tersimpan di celah-celah jiwa. Entah apa yang mewujudkannya, tapi ia sifat yang nista. Oh, siapakah dapat mengakui bahawa dalam jiwanya tiada sifat hina, melainkan dalam setiap jiwa ada isi yang tersembunyi dari ilmu manusia, hanya diketahui oleh Allah. Tapi, itulah kehidupan, melatih jiwa menjauhi sifat nista serta menyucikan jiwa dari perkara2 yang kotor itu.

Oh manusia, bukan manusia itu tidak mahu membaiki diri. Tapi, kebanyakan halnya ialah manusia sendiri tidak mengetahui salah dirinya. Sifat cemburu itu, misalannya, kadang-kala tidak diketahui oleh pemilik hati itu. Lantas, jika al-Quran sebagai mukjizat nabi itu dibentangkan di hadapannya, ataupun hujah-hujah ulama' dihamparkan dihadapannya sekalipun, bagaimanakan bisa dia mengetahui bahawa hal itu untuk dirinya. Kerana dia tidak merasa ada salah dirinya dalam hal itu.

Oh manusia, kadang-kala kerana ada ego dalam diri, manusia tidak mahu mengakui bahawa rasa di hatinya itu adalah hasad. Kerana dia tidak mahu percaya sifat buruk itu ada dalam dirinya. Lantas kepada diri dan kepada Tuhan sekalipun, dia tidak mahu ngaku.

Oh manusia, entah adakah kau tahu atau tidak, bahawa rasamu yang telah terzahir itu telah pun terlihat. Kali ini bukan kau sahaja yang gelisah, aku pun turut sama, tidak selesa dengan perbuataanmu itu.

Oh manusia, kenapa engkau begitu?

Thursday, 20 October 2011

Tinggalkanlah aku..

Tinggalkanlah aku wahai hati yang gelisah,
agar kudapat sentiasa mengingati rabbina,
tidak leka denganmu,
yang selalu mengusik kebeningan jiwa.

Kenapa kauhadir, hai hati yang resah?
aku sendiri tidak mampu menduga-duga,
meneka-neka kedatanganmu.

Izinkanlah aku merasai ketenangan,
merasa lapang dengan takdir Tuhan.

Sunday, 16 October 2011

Hidup yang misteri

Hidup ini penuh misteri. Misteri masa hadapan dan misteri hikmah berlakunya setiap kejadian. Tapi, sebenarnya, semuanya terlah tercatat di Luh Mahfuz. Dia telah merancang semua ini.

Kita tidak pernah tahu apa yang akan berlaku dalam hidup kita. Pernahkah kita membayangkan berada di tempat kita sekarang? Walaupun dulu pernah berangan-angan, angan-angan kita dulu nyatanya lain daripada hakikat kehidupan sekarang.
Entah, bagaimanakah hiudp kita masa depan? Hanya Allah yang tahu kerana hanya Dia Maha Tahu.

Tapi, satu yang pasti, kita tidak boleh tersasar daripada tujuan kehidupan manusia - beribadah kepada-Nya. Beribadah yang bagaimana itu? Solat dan zikir 24/7? Tidak, bukan itu perintah Allah. Menurut Yusuf Al-Qaradawi, beribadah bermaksud apa-apa pekerjaan yang akan mendapat reda Allah. Ya. Inilah yang kita mahu. Reda Allah. Mudahkah? Tidak, ia perlu disusuli dengan mujahadah sebagai bukti keimanan dan kelayakan kita menjadi hamba Rabbul 'Izzati.

Moga usaha kita diberkahi dan diterima oleh Dia, amin, ya rabbal'alamin.

Saturday, 15 October 2011

The Prophet p.b.u.h said...

Never feel better after reading this hadith.

The Prophet (ﷺ) pbuh said: ❝The affair of the believer is amazing! The whole of his life is beneficial, and that is only in the case of the believer. When good times come to him, he is thankful and it is good for him, and when bad times befall him, he is patient and it is also good for him.❞ [Muslim]

Friday, 14 October 2011

Apakah perasaan ini?

Di sudut hati, ada secebis perasaan,
yang tidak aku fahaminya,
membawa kerunsingan dalam jiwa,
entah apakah rasa ini?

Thursday, 6 October 2011

Sekolah itu, namanya KISAS

KISAS. Satu nama yang telah membekaskan sesuatu di hatiku.
Entah sampai bila perasaan ini akan hilang. Sekali ia pergi, tidak lama lagi ia datang kembali, menjadikan hati meruntun sedih..pilu..rindu, rindu untuk berada di sana.

Aku tidak pernah menjejakkan kaki ke situ, sedangkan belajar di bumi tarbiah itu merupakan antara impianku yang besar. Dan tampaknya, tidak akan terjadilah harapan itu kerana masanya juga telah terlambat.

Bumi waqafan. Biah solehah. Bumi tarbiah. Gelaran-gelaran yang sinonim untuk sekolah itu. Mereka juga bangga berada di dalamnya. Alhamdulillah, bumi yang hebat untuk pelajar Islam menuntut ilmu dan membaiki diri. Kalian di sana disediakan dengan tarbiah, biah solehah - sesuatu yang sangat-sangat aku ingini.
Dan setiap kali aku membaca atau menonton atau berbicara tentang sekolah itu, tanpa dapat ditahan-tahan lagi air mata akan mengalir - setiap kali. Ya Allah,  teringinnya aku mendapatkan ilmu yang banyak di sana. Aku mahukan biah solehah di sana.. Tapi apabila masa berlalu, aku sedar, aku berada di 'bumi pebimbing'. Di sini tempatku yang Allah takdirkan, menjadi pemimpin walaupun diri sendiri perlu dipimpin. Ada hikmahnya. Cuma aku yang tidak mampu melihatnya. Di sinilah bumi perjuangan ku yang Allah tetapkan.. di sini. -smai.

Moga revolusi biah di sini dapat aku lakukan bersama sahabat2ku, biiznillah.

Syukurlah

Nasihat untuk diri sendri juga, syukurlah!
Kerana nikmat yang Allah beri sangat banyak.
Dan kadang-kala, kesusahan yang diberi juga nikmat. Kesusahan yang merupakan pengajaran hidup, menjadikan diri lebih cekal. Bukan semua orang dilatih Allah menjadi tabah dan sabar menghadapi mehnah.
Maka bersyukurlah atas semua benda yang berlaku, baik yang baik ataupun buruk.

Kenikmatan yang menyenangkan itu, haruslah dihargai, kerana ada suatu saat akan ditarik semula.
Dan hanya di saat itulah kita mengetahui, nikmat itu sangat membantu kita, sehingga telah menjadi sebahagian daripada hidup kita, dan susah jika tidak adanya bersama. Tapi, ini kehidupan. Kesempurnaan kehidupan ialah ketidaksempurnaannya. Jika kita merasai hidup yang terlampau sempurna, maka sebenarnya kehidupan kita tidak sempurna.

Saturday, 1 October 2011

Ukhwah islamiah VS Interaksi biasa manusia

Hari-hari kita diajar perkara baru. Kadang-kadang, hanya kita yang memahami kerana kita yang merasai.

Hari itu aku belajar tentang sesuatu juga. Sesuatu yang berkaitan dengan ukhwah.

Kuberkata dari hati, bahawa persahabatan yang dijalinkan atas dasar islam sungguh berbeza dengan ukwah yang wujud sekadar interaksi biasa manusia.
Kerana satu yang pasti, ukhwah islamiah membawa kebahagian pada hati, membuang sikap mementingkan diri, mewujudkan kerendahan hati, membaiki sikap diri dan selalu menjadikan hati selalu ingat pada Illahi kerana teman selalu memperingati.

Dan betapa tidak ramai yang mengetahui itu. Dan betapa ramai yang tidak mewujudkannya, termasuk diri yang khilaf ini. Moga dengan semua, aku bersahabat kerana Allah atas dasar Islam.
dan moga kepada semua, aku dapat sebarkan keindahan Islam ini.

Srikandi Islam

Satu hari, hari Ahad. Kereta abah terjerlus sedikit ke dalam lumpur yang basah menyebabkan kereta itu tidak mampu bergerak, ke hadapan mahupun ke depan. Maka, petang itu, kira-kira sejam, tersekatlah kami di kebun abah di perkampungan orang yang hanya dikenal seadanya sahaja. Tiada orang pun yang lalu lalang di hutan-hutan ladang itu. Lantas, sebelum orang yang dipanggil abah untuk menolong kami sampai, kami terlebih dahulu berusaha menolak kereta keluar daripada lumpur basah itu. Tenaga beberapa orang kanak-kanak, remaja dan dewasa. Tahu-tahu, usaha kami tidak ke mana.

Tapi, aku masih ingat tentang sesuatu yang abah kata. Terlekat di kotak mindaku dan pada atma jiwaku, kata-kata itu terkandung seribu satu makna buatku. Waktu itu, aku sedang mengikat kain baju kurungku pada pinggang supaya tidak meleret sewaktu aku akan menolak kereta. Ketika aku bersedia untuk menolak kereta dan mengambil posisi yang paling baik, abah berkata, "Jadilah srikandi!"

Kata-kata itu sangat bermakna bagiku. Kerana apalah gunanya kehidupan jika tiada perjuangan. Dan perjuangan umat Islam pada waktu ini adalah, mengembalikan tampuk kepimpinan dunia kepada orang Islam. Menegakkan syiar Islam. Mentarbiah ummah supaya menjadikan Islam pada semua aspek kehidupan. Walaupun menyedari kelemahan diri ini, jauh di sudut hati ada impian. Impian, jika Allah memilihku, aku mahu menjadi insan yang memperjuangkan agamanya sepenuh kehidupanku. Menjadi seorang serikandi Islam menurut kata abah.

Mungkin ada yang pernah tertanya-tanya, kenapa gelaran yang dipilih 'bidadari besi' bukan yang lain?

Bidadari. Kerana bidadari selalu dikaitkan dengan wanita solehah di syurga, dan kerana aku wanita dunia, aku mahu menjadi wanita solehah di dunia juga di syurga dengan rahmat-Nya.

Besi melambangkan kekuatan. Kekuatan melambangkan kepahlawanan.

Jadii, secara ringkas, bidadari besi mengandungi impianku untuk menjadi seorang srikandi Islam..

..despite of the khilaf i have inside myself, may Allah, help me to be one of His warrior.

Toriqoh

Hari itu, aku diajar tentang sesuatu, tentang norma dakwah, akan dilecehkan, dicela, dipandang remeh segala usaha. Hakikat kehidupan, bukan?

Di satu sudut di perpustakaan sekolah.

Ada dua orang banat tingkatan 3. Di hadapn merekan ada buku. Mereka sibuk. Sibuk bergurau senda dengan beberapa pelajar lelaki di meja sebelah. "Hang muda daripada aku. Hang jadi adik angkat akulah." Mereka berbicara tentang perkara yang tidak bermanfaat baik untuk dunia ataupun akhirat. Aku bersama rakanku berada di meja belakang mereka. Lantaran kebisingan mereka, sahabatku berpindah tempat ke belakang perpustakaan, meninggalkanku keseorangan di meja itu bersama dekahan ketawa pelajar-pelajar yang tidak menjaga batas pergaulan mereka.

Setelah beberapa lama tidak tahan mberdiam dengan gelagat mereka. Aku bergegas bangun. Pusing ke belakang, menarik sebuah kerusi dan duduk di sebelah banat itu. Aku berkata menegur mereka ,itu ini dengan harapan mereka sedar tentang kesalahan mereka.
"Alah, kami bergurau sahaja." Dia mencebik sambil memalingkan muka. Nada dan riak wajah seperti aku telah menerjah kepada pesalah yang salah. Aku cuba berlembut. Dan setelah beberapa kata dituturkan lagi, aku pun mengucapkan salam serta mendoakan mereka selamat menduduki pmr.

Aku sejurus itu, terus duduk di kerusiku. Aku terbisu seketika. Kutenung dalam-dalam buku teks sejarah di hadapanku. Sebolehnya, tidak mahu mengingat kembali reaksi mereka terhadap teguranku. Tapi pada waktu itu, masya-Allah. Allah tunjukkan jalanku. Betapa dakwah akan penuh dengan mehnah dan karenah. Dan pada saat itu, terngiang-ngiang di benak minda, kata-kata ustaz itu, pilihlah satu toriqoh sebagai satu jalan untuk kita bertaqarrub kepada Allah. Ya Allah, inilah toriqoh yang aku pilih untuk aku dekat kepada-Mu. Jalan dakwah. Moga Engkau membantuku dan menjadikan aku istiqamah dan bertambah baik.

Dulu, aku pernah menginginkan perasaan ini. Perasaan apabila seruan ditolak. Kerana waktu itulah, akan ada kesakitan pada perasaan dan menjadikan kita ingat kepada Dia. Kini kumerasainya. Ujian dakwah. Pedih, tapi ada secalit perasaan indah.

----
nota kaki: rupa-rupanya ada dalam ayat Al-Quran Allah berfirman supya kita memilih jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah . Cuba lihat surah At-Taubah 19.