Thursday, 15 September 2011

Sekali pilih jalan salah, kelamlah hayah

Manusia itu.. selalu lalai dalam kehidupan. Kadang- kala hanya sekadar satu langkah yang salah, mereka telah jatuh ke dalam gaung maksiat yang sangat dalam.. Dan apabila sudah masuk ke dalam juram yang terlalu amatlah dalam itu, manusia tidak lagi mampu untuk naik kembali kerana hatinya telah tertutup untuk percaya bahawa dia masih mampu untuk sampai ke atas.

Aku telah beberapa kali menyaksikan itu semua dengan sendirinya.. dan betapa pilu hatiku mengenangkan mereka, sedangkan mereka itu orang yang baik-baik, dari keluarga yang baik-baik, cuma hanya sekali sahaja tersilap mengambil jalan, hidupnya hampir kelam. Usia pula masih muda..

Semua ini kerana satu. Kerana cinta. Cinta yang tidak dipandukan dengan petunjuk Islam. Cinta yang tidak dipelihara oleh Allah swt memandangkan cinta itu tidak mengikut syariat-Nya, tidak pula mendapat reda daripada-Nya. Cinta berdasarkan nafsu dan kemahuan manusia yang tidak akan lega dan akan sentiasa kehausan setiap kali dituangkan nikmat sejuta kali pun ke dalamnya.

Aku hanya mampu berkata sesuatu yang aku mampu. Tapi di sudut hati ini, masih ada secebis perasaan yang tersimpan. Secebis perasaan yang membuatkan kuberasa pilu dan haru. Mereka saudaraku, biarlah tidak pun mereka merasakan aku begitu. Dan kerana mereka saudaraku, aku sangat mengasihani mereka. Dan betapa di dalam jiwaku ini, aku mahu dengan sungguh-sungguhnya untuk mereka kembali ke jalan yang benar. kerana aku selalu membayangkan masa depan mereka di dunia dan akhirat. Bagaimanakah kehidupan mereka apabila dewasa kelak kesan daripada sejarah hitam ini? Adakah mereka akan mentransformasikan diri kepada suatu hijrah yang lebih baik? Atau, semakin buruk? Dan jika mereka tidak sedar kesilapan mereka di dunia ini, bagaimanakah bakal mereka berhadapan dengan Allah azzawajal di padang mahsyar di akhirat nanti?

Allahuakbar! Benarlah segala urusan itu diserahkan hanya kepada Dia. Kerana dialah yang membolak-balikkan hati, yang memberi hidayah kepada jiwa manusia...

No comments:

Post a Comment