Thursday, 15 September 2011

Sekali pilih jalan salah, kelamlah hayah

Manusia itu.. selalu lalai dalam kehidupan. Kadang- kala hanya sekadar satu langkah yang salah, mereka telah jatuh ke dalam gaung maksiat yang sangat dalam.. Dan apabila sudah masuk ke dalam juram yang terlalu amatlah dalam itu, manusia tidak lagi mampu untuk naik kembali kerana hatinya telah tertutup untuk percaya bahawa dia masih mampu untuk sampai ke atas.

Aku telah beberapa kali menyaksikan itu semua dengan sendirinya.. dan betapa pilu hatiku mengenangkan mereka, sedangkan mereka itu orang yang baik-baik, dari keluarga yang baik-baik, cuma hanya sekali sahaja tersilap mengambil jalan, hidupnya hampir kelam. Usia pula masih muda..

Semua ini kerana satu. Kerana cinta. Cinta yang tidak dipandukan dengan petunjuk Islam. Cinta yang tidak dipelihara oleh Allah swt memandangkan cinta itu tidak mengikut syariat-Nya, tidak pula mendapat reda daripada-Nya. Cinta berdasarkan nafsu dan kemahuan manusia yang tidak akan lega dan akan sentiasa kehausan setiap kali dituangkan nikmat sejuta kali pun ke dalamnya.

Aku hanya mampu berkata sesuatu yang aku mampu. Tapi di sudut hati ini, masih ada secebis perasaan yang tersimpan. Secebis perasaan yang membuatkan kuberasa pilu dan haru. Mereka saudaraku, biarlah tidak pun mereka merasakan aku begitu. Dan kerana mereka saudaraku, aku sangat mengasihani mereka. Dan betapa di dalam jiwaku ini, aku mahu dengan sungguh-sungguhnya untuk mereka kembali ke jalan yang benar. kerana aku selalu membayangkan masa depan mereka di dunia dan akhirat. Bagaimanakah kehidupan mereka apabila dewasa kelak kesan daripada sejarah hitam ini? Adakah mereka akan mentransformasikan diri kepada suatu hijrah yang lebih baik? Atau, semakin buruk? Dan jika mereka tidak sedar kesilapan mereka di dunia ini, bagaimanakah bakal mereka berhadapan dengan Allah azzawajal di padang mahsyar di akhirat nanti?

Allahuakbar! Benarlah segala urusan itu diserahkan hanya kepada Dia. Kerana dialah yang membolak-balikkan hati, yang memberi hidayah kepada jiwa manusia...

Monday, 12 September 2011

Dengki

Entah berapa kali cubaan ini berlaku dalam hidupku. Mendengki dan kadang-kala didengki.
Fitrah manusia? Fitrah manusia melakukan kecelaan, tapi iman itu ada untuk membanteras kecelaan itu, agar kecelaan itu tidak tinggal tetap di lubuk hati manusia. Agar ia pergi, membenarkan hati bertambah suci.

Merenung kembali sejarah tanah ini, peperangan saudara berlaku, negeri jatuh ke tangan penjajah, semuanya gara-gara manusia punya hasad dengki. Bakalkah kita mengulang kembali sejarah silam itu? Biarpun jika sifat itu sudah turun-temurun diwarisi pada anak bangsa, namun jika kita benar2 muslim yang beriman, bukankah sebaiknya kita membaiki diri?

Aku pernah berdengki. Berdengki dengan kelebihan yang Allah kurniakan kepada orang lain. Tapi, percayalah. Akan tiba satu saat, Allah akan memberikan sebahagian daripada nikmat-Nya yang sangat luas itu kepada kita sebanyak yang pernah Dia berikan kepada orang yang kita dengki dulu, atau mungkin lebih lagi. Di saat itulah, kita akan merasa malu. Malu dengan Allah swt kerana dulu pernah menyoal nikmat pemberian-Nya sedangkan Dia juga telah memperuntukkan perkara yang sama untuk kita. Dan sebelum malu itu berlaku, tinggallah hasad dengki itu.

Mungkin, tulisan2ku ini sekadar tatapan mata kalian. Jika kalian belum menghadapinya lagi, suatu hari nanti kalian bakal diuji dengan perkara yang sama. Di saat itulah kalian akan menyedari hakikat ini, dan mungkin di saat itu, kalian telah pun melupai coretanku di sini. Yang penting, ingatlah hadis ini :  man yuridu billahi bihi khairan yusobbih (jika Allah mahukan kebaikan pada dirinya kebaikan, dia akan diuji)

Saturday, 10 September 2011

Hikmah

Masya-Allah. Semalam aku mendapat ilmu baru. Ilmu tentang hikmah.
Ramai yang bertanya apakah itu hikmah? Adakah berlaku lemah-lembut sepanjang masa?

...dan aku diberi jawapan oleh seorang ustaz yang sungguh, aku amat kaguminya.

Hikmah itu tidak semestinya berlaku lembut sepanjang masa dengan orang. Tetapi melakukan tindakan selaras dengan kemungkaran yang dilakukan. Contohnya, jika dia sekadar melakukan kejahatan 2%, maka marah kita juga sekadar 2%.

Hebatnya Nabi saw ialah baginda mampu mengadunkan antara kelembutan dan ketegasan. Setiap kata2 baginda, marah baginda, segala pendekatan baginda sentiasa kena pada tempat dan masa. Ada masa jika baginda perlu berlembut, maka baginda berlembut walaupun perempuan itu telah melakukan zina lantaran dia mahu bertaubat. Ada masanya, baginda marah memberitahu manusia betapa mungkarnya perkara itu. Ada masa baginda menghukum seperti hukum sebat, demi memberi pengajaran pada manusia lain jangan melakukan perbuatan mungkar seperti itu. Pun begitu, kelembutan Nabi banyak dizahirkan pada perkataan dan pebuatan baginda. Dan begitulah hikmahnya baginda dalam memberi peringatan kepada manusia.

Yang Indah hanya Syurga

hidup itu tidak selalunya indah,
kerana syurga satu-satunya tempat yang paling indah,
menerima celaan perkara yang biasa,
dalam dakwah,
dalam membawa manusia menuju Tuhannya.

Friday, 9 September 2011

Hidayah

Hidayah itu milik Tuhan,
kepunyaan mutlak Tuhan Yang Esa,
sungguh,
hidayah dalam hati ini juga milik Dia,
dan Dia punya kuasa mutlak menariknya kembali.

Apakah jaminan hidayah ini akan berkekalan,
melainkan jika Dia memeliharanya
daripada semua kefasikan dan kemunafikan.

Maka, ya Allah, ya Tuhanku, peliharalah hidayah ini. Matikanlah kami dalam ketakwaan kepada-Mu.

Freemason dan hiburan

Freemason. Ramai yang telah terdedah kepada kewujudannya.
The Arrival. Dokumentari tentang perancangn Yahudi
Buku Simbol Yahudi. Bahan hangat yang dibaca oleh pelajar agama.
Anugerah Juara Lagu. Ada unsur lambang freemason pada lambangnya.
Harry Potter. Pada dahinya tanda petir yang sangat rapat dikaitkan dengan sihir yahudi.

Banyak bukti adanya pengaruh yahudi dalam pelbagai perkara. Dalam hiburan kebiasaannya.
Tapi.. tidakkah anda semua merasa ada sedikit kepelikan di sini?

Apakah yang kita lakukan setelah mengetahui semua itu?
Boikot AJL? Boikot Lady Gaga? Boikot hiburan?

Hah! Inilah silap kita. ..dan sebab kenapa yahudi tanpa ragu-ragunya menimbulkan bukti2 kewujudan pergerakan mereka, freemason, secara terang-terangan kepada awam kerana mereka tahu walaupun orang muslim mengetahuinya mereka hanya mampu berkata dan mengutuk tanpa ada tindakan untuk mencegahnya. Tidak pun walaupun sekadar mencegah kemungkaran itu dengan hati. Jadi, buatlah mereka sesuka hati kerana secara tidak langsungnya mereka sekarang mendapat lampu hijau daripada muslimin itu sendiri.

Banyaklah kesilapan kita dalam hal ini. Dan kita perlu membaiki diri dalam banyak aspek kehidupan kita. Agama, hiburan dan gaya hidup kita. Kita sedang hidup dalam budaya hedonisme. Hedonisme tidak hanya merujuk kepada orang-orang yang siang malam berada di pub. Tapi juga ketagihan kita dalam banyak perkara hiburan. Dan selayaknya seorang muslim mengurangkan hiburan dalam hidupnya dan lebih banyak berfikir dan mengerah keringat untuk agamanya. Hatta, bagi diriku, jika seseorang itu mendengar nasyid sekali pun atas alasan untuk diperingati, lebih baik jangan jikalau rentak nasyid itu akan mengganggu jiwa dan iman yang sedang tenang. Kerana dalam mencari ketenangan itu, lebihlah baik menghayati bacaan al-Quran yang penuh dengan keindahan itu.

Remaja

Siapakah remaja?

Pemangkin Generasi Islam Yang Unggul!

Thursday, 1 September 2011

Merdeka

Hari ini kita sambut merdeka..
Merdeka dari segi apakah sebenarnya kita ini?

Adakah esok,
kita bakal juga sambut merdeka yang sama?

1 syawal, saya pergi berkunjung ke rumah ibu dan ayah mentua sepupu. Tak jauh. Sekitar 5 minit perjalanan kereta. Sambil menikmati hidangan yang disediakan, tuan rumah membiarkan tv terbuka. Saya sekadar mengerling-ngerling tv tersebut. Saluran 104 ASTRO RIA. Ketika itu pula, ada beberapa kumpulan artis menyayikan lagu merdeka. Hati membara dengan amarah. Bukan kerana lirik lagu yang mereka dendangkan. Bagus liriknya. Kata mereka, kita perlu merdeka dari segi pemikiran, akal : merdeka dari segala2 unsur penjajahan mental, rohani, spiritual dan fizikal. Tapi yang membuatkan saya marah melihat program tersebut adalah kerana mereka. Ya, mereka - penyanyi2 itu yang nampak begitu bersemangat menyanyi, seperti menghayati setiap baris kata yang mereka lafazkan. Kononnya.. Namun, lihat sahaja pada pakaian mereka. Tiada satu pun yang berpakaian mengikut etika Melayu tambah2 lagi syariat Islam. Semuanya berpakaian mengikut budaya barat. Pergaulan mereka juga : bebas bersama lelaki dan perempuan, bertepuk tampar segala. Waduh! Sakitnya jiwa. Inikah merdeka dari segi pemikiran yang mereka katakan? Apakah mereka mengerti makna kemerdekaan yang sebenar-benarnya.

Kata mereka : Kita perlu bebas. Bebas melakukan apa sahaja, termasuk bebas daripada kongkongan agama. Bebas berfikir mana baik mana buruk. Itulah merdeka!
Kata kita : Ternyata kalian tidak merdeka lagi. Kalian terjajah oleh anasir jahat. Manusia itu, jika tidak dipandu, mereka akan menurut nafsu. Kerana itu Islam datang. Supaya kita tidak menjadi hamba kepada yang jahat2 tetapi hamba kepada Tuhan Yang Benar, supaya kita tahu mana benar mana batil mengikut yang sebenar-benarnya.