Sunday, 28 August 2011

Palestin dan Kita

Membaca buku 'Palestin Masalah Kita Bersama' karangan Dr. Yusuf Al-Qardawi, seorang ulama' muktabar, kemudian mendengar pula lagu 'Freedom' alunan suara merdu Mahir Zain daripada corong radio menerusi frekuensi 89.0 (ikim.fm), hatiku menjadi pilu. Rasa syahdu. Rasa sedih. Rasa itu datang lantaran melihat nasib saudara sendiri di bumi barakah, bumi para anbiya' - tanah yang menjadi rebutan rejim zionis. Kononnya itu tanah nenek moyang mereka. Di situ kata mereka terletaknya Haikal Sulaiman. Dan di bumi suci ini telah pun mereka bina sebuah negara haram Israel. Lantas kini, di mana atlas dunia sekali pun, bumi palestin sepertinya telah lenyap daripada peta dunia... Persoalan yang timbul, di manakah umat Islam? Kebanyakannya hanya mengadakan demonstrasi jalanan yang tidak lebih daripada sekadar jeritan dan laungan. Di manakah tindakan kita? Di manakah kekuatan kita? Di manakah pemimpin bumi Arab yang semestinya paling layak untuk membela Islam? Di manakah kita semua umat Islam pada hari ini?!

Kita di sini. Ini bumi Malaysia. Kita wujud tapi seperti tidak ada. Kesedaran umat Islam sendiri kurang dalam memperjuangkan nasib masjid Al-Aqsa itu. Masjid itu masjid mulia. Kiblat pertama umat Islam sebelum Kaabah, tempat berlakunya Israk dan Mikraj. Bumi itu bumi mulia. Bumi yang disebut beberapa kali dalam Al-Quran, bumi yang dikatakan Allah bumi barakah, bumi para anbiya'... dan mereka di sana, insan terpilih memperjuangkan agama Allah ini. Adakah kita di sini tidak mahu termasuk dalam insan terpilih itu?

Sebahagian kita mungkin tidak berkemampuan untuk ke sana. Yalah, perlukan kekuatan dan wang. Kita di sini saja sudah mampu untuk membantu mereka. Nyahkan pemikiran barat kita. Nyahkan hiburan yang keterlampauan daripada hidup kita. Nyahkan hiburan yang tidak membawa kita mengingat Allah, yang tidak memberikan apa2 pengajaran dan nilai. Bangkitkan semangat juang dalam diri. Bangkitkan roh menuntut ilmu dunia dan akhirat, lebih2 lagi. Amalkan Islam secara sepenuh-penuhnya, dari segenap aspek kehidupan, hiburan, ibadah, pemikiran dan tujuan hidup. Amalkan segala sunnah nabi, kerana biarpun ianya sunat tapi jika kita tidak melakukannya, kita bukannya tak dapat apa2 seperti yang dikatakan orang, tapi kita mengalami kerugian besar.

Dan dakwah itu perlu berlaku secara berterusan. Akhlah umat Islam perlu dibentuk semula. Umat perlu kembali kepada Islam yang tulen berdasarkan Al-Quran dan Sunnah. Jangan bertaklid buta, kerana menjadi pak angguk itu membawa kepada kejumudan akal pada kebiasaanya. Berfikiran jauhlah untuk kesejahteraan dan kebajikan umat. Berjemaahlah. Kerana serigala itu tidak akan makan kambing yang berada dalam kumpulan yang besar. Dan pertolongan Allah itu juga datang kepada jamaah.

Dan atas segala usaha yang kita lakukan dengan segala kudrat yang telah Allah kurniakan, bakal dikira di akhirat kelak sebagai kebajikan untuk diri kita. Moga Allah memilih kita memperjuangkan agama-Nya ini.

2 comments:

  1. 'nyahkan hiburan yang keterlampauan daripada hidup kita'

    ------i'm trying my best :)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah. Moga ALLAH permudahkan. Rabbi yassir wa la tuassir.

    ReplyDelete