Friday, 26 August 2011

Lailatulqadr yang kucari dan kurindui

Lailatulqadr yang kucari,
yang kurindui,
yang kuingin sekali bertemu dengannya,
dengan amalan ibadah,
penuh khusyuk kepada Tuhan lailun itu dan perindunya ini.

Aku tak tahu adakah aku perlu menangis atau tidak. Tapi kesedihan hatiku tidak dapat ditahan-tahan lagi. Sungguh aku tahu bahawa setiap yang telah tentukan punya hikmah di sebaliknya. Namun, sungguh, terhadnya akal kemanusianku. Selagi manusia tidak tahu betapa besar dan berharganya benda yang ghaib itu, selagi itu dia akan merintih sedih.

Bagaimana jika malam ini malam lailatulqadr? Bagaimana jika ia esok atau lusa atau sepuluh malam terakhir?
Dan sepastinya malam yang mulia itu berada pada sepuluh malam terakhir, itu tidak dapat dinafikan.
Dan bagaimana jika aku terlepasnya? Bagaimna jika aku terlepasnya seumur hidupku? Bukankah aku akan termasuk dalan golongan yang rugi, serugi-ruginya? Dan bagaimanakah bakalku menghadap Tuhanku yang Maha Mulia itu dengan wajahku yang maha hina ini? Dengan amalanku yang sudah sememangnya sedikit dan tak mampu pula digandakan dengan 1000 bulan itu? Sungguh aku dalam kerugian yang sangat nyata dan besarnya!

..dan hakikatnya, aku tak mampu berbuat apa2 kerana tiadalah insan mengawal peraturan alam itu,
juga hati yang pilu ini. Hanya Dia Tuhan yang Satu, yang Maha Berkuasa atas setiap sesuatu, yang hanya pada Dia manusia bersatu...Dia yang menentukan segalanya dan Dia itu adalah..Al-Haq, kalau kalian masih belum mengetahuinya lagi.

No comments:

Post a Comment