Sunday, 21 August 2011

Hasratku

Ini hasrat aku. Dulu, aku ingin sekali berada di sini. Indah khabarnya hingga membuatkan aku teresak-esak, bermimpi ingin berada di sini. Hingga juga satu saat, Allah mengizinkan aku berada di sini. Hati bersyukur kepadaTuhan yang Maha Mendengar suara hamba-hamba-Nya. Aku tak mahu bertapi-tapi. Cukuplah sekadar aku mengucapakan qadrakallah a faala. Allah yang mengizinkan segala yang berlaku. Aku kecewa, aku juga melihat ramai lagi kecewa. Dan kekecewaan sekali lagi membuat aku menangis. Dan sejak di tingkatan 2, aku berdoa agar aku mampu dan diberi peluang untuk mengubah biah di sekolah ini. Dan kiranya, doaku didengari Allah.

Di sebalik kesedihan itu, aku masih bersyukur. Kerana di sini masih menyediakan aku dengan tarbiyah hidup. Aku jumpa guru2 yang baik sahabat2 yang baik. Aku dapat menuntut ilmu agama, biarpun sebahagiannya aku perlu bergerak sendiri. Aku membaiki diri di sini. Aku berjumpa Allah di sini. Aku memilih jalan ini di sini. Dan moga Allah mengekalkan hidayah ini juga menambah-nambahkan nikmat ini.

Sebelum pemilihan, aku menyerahkan sungguh2 hal ini kepada Allah. kerana memikul amanah sebesar ini bukan sesuatu yang main2. Dan kiranya, amanah ini diberikan kepada aku. Sungguh ia berat! kerana tiadalah aku memikirkan benda lain melainkan amanah ini...sepertinya, sepanjang masa. Kerana ku tahu, banyaklah amanah yang perluku pikul. Amanah yang baru ini, amanah aku sebagai pelajar muslim, amanah aku untuk meneruskan dakwah, amanah aku kepada ibu bapaku, guru2ku, keluargaku dan sabahat2ku. Apakah aku sanggup menghadapinya! Moga, Engkau ya Allah, kuatkan aku dengan pertolongan-Mu.

Maka di sini, aku memohon kepada kalian, semuanya, bantulah aku agar kita sama2 dapat menegakkan biah islamiah dan solehah di sekolah ini. Itulah matlamatku: moga biah islamiah dan solehah mampu untuk tertegak di bumi sekolah ini. Tegurlah aku jika aku tersilap, beritahulah aku jika ada yang lebih baik daripada yang aku lakukan, doalah kebaikan ummah ini juga untuk diri kita. Moga Allah melimpahkan rahmat-Nya ke atas usaha kita semua.

Jika dulu aku menyerahkan pemilihan itu kepada Allah sebulat-bulatnya, biarlah kali ini aku juga menyerahkan sebulat-bulatnya segala usaha yang bakal aku dan kalian akan lakukan. Moga Allah membantu kita untuk menegakkan syariat agama yang hak ini!

3 comments:

  1. dengarlah duhai hati, pemilik sang bidadari , rakanku yang sejati . .
    saban hari , ini yang kau menungkan , saban hari ini yang kau runsingkan . .
    aku paham gelojak hatimu . . kadang-kadang , terdetik juga dalam lubuk KECIL hatiku . .
    "mampukah kau laksanakan amanah memimpin sebuah sekolah?"

    tapi, senyumlah duhai hati sang bidadari , , sesungguhnya ,
    seluruh kepercayaanku terletak padamu . . seluruh harapanku , kutujukan untukmu !!

    Allah tak meletakkan sesuatu ujian itu lewat kemampuan hamba-Nya . .
    percayalah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui

    Dia ingin mengujimu , wahai teman !
    ;-)

    ReplyDelete
  2. kami di bawah sentiasa menyokong kamu :)

    ReplyDelete
  3. Buat sahabatku (sayakawanBIDADARIBESI dan nur aishah :)) ) tabarakallahu fikuma. Terimakasih atas sokongan kalian. mOGA Allah memberkati kalian dengan barakah-Nya yang besar. jazakumallahukhairankasira.

    ReplyDelete