Friday, 12 August 2011

Baikilah diri

Jadilah manusia yang sentiasa membaiki diri. Tak pernah rasa cukup dengan ilmu yang ada, tak pernah rasa cukup dengan kebaikan yang dilakukan, tak pernah rasa cukup dengan ibadah yang dilaksanakan - tak pernah rasa cukup dengan segala-segala yang baik yang ada pada diri dia. Justeru, dia akan terus mencari dan mencari cara untuk membaiki diri.

Jika sekali kita merasa kita sudah mencukupi, ketahuilah bahawa itulah tanda hatimu masih belum sempurna. kerana hati yang sempurna, tidak akan pernah cukup dengan ilmu, kebajikan dan ibadah..

Itulah yang perlu kita ingatkan pada diri. Tidak mengapa jika kita ada kekurangan, tetapi risaulah jika kita merasa cukup dengan kelebihan yang kita miliki. Kerana tiada kesempurnaan hakiki melainkan Dia.

No comments:

Post a Comment