Friday, 29 July 2011

HALAQAH 3 : Perbincangan

Alhamdulillah. Semalam halaqah ringkas berjaya dijalankan pukul 3 petang, agak lewat daripada masa yang ditetapkan.

Alhamdulillah, kami telah mendapat sumbangan sebanyak RM200 utk menruskan usaha dakwah kami biarpun saya rasa kami ini baru sahaja merangkak-rangkak. Biarlah itu, yang penting kami terus mencuba dan mencuba biarpun bakal gagal atau telah gagal kerana Allah pasti memberikan ganjaran.

Saya dengan ini mahu berterima kasih dengan sebanyak2nya kerana beliau sudi menyumbangkan derma. Kami cuba untuk memanfaatkan wang itu sebaik2nya, insya-Allah.

Berikut adalah antara perkara2 yang dirancang:

1. Pemberian brosur  - untuk Ramadhan ini, insya-Allah, kami berusaha untuk mengedarkannya seminggu
    sekali, termasuk edisi khas Raya. Kami telah membahagikan kepada 5 kumpulan untuk 5 edisi brosur
    tersebut.

2. Borang muhasabah diri - seperti tahun2 lepas tapi akan diperkemaskan lagi borang tersebut

3. Projek buku - memandangkan pelajar jarang2 mendapat alternatif buku2 yang lebih baik dibandingkan     
    dengan novel2 cinta-cintun yang kurang berfaedah itu, hal ini diharap menjadi jalan yang terbaik untuk
    menggalakkan pelajar membaca buku yang lebih bermanfaat.

Itulah al-kisahnya semalam. ~Moga Allah bantu~

2 comments:

  1. salam asma',(bidadari syurga)
    InsyaAllah, Allah sentiasa brsama hambanya yg sentiasa cuba melakukn kebaikan. gagal sekarang x bermakna gagal di hadapan, yg pasti kita kena lebih berusaha. tiada ganjaran yg datang bergolek tnpa adanya usaha yg gigih kn, sahabat?
    hmm, about the perancangn tu, InsyaAllah, kita sama3 lakukanya dgn sebaik mungkin. moga Allah bantu.

    p/s ; petang tdi Alhamdulillah, halaqah kita brjln dgn lancar, InsyaAllah dari semasa ke semasa kita akan mempertingkatkan lagi segala kekurangan yg ada. lagi sibuk kita dgn Islam lagi hebat diri kita, kn sayang? (hehe, jgn geli)
    salam alaik.
    ana uhibbuki fillah jiddan~

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete