Sunday, 24 July 2011

HALAQAH 2 : Ya Rasulullah, kami merinduimu!

Alhamdulillah, setelah seminggu tertangguhnya halaqah dek kerana sibuk, halaqah untuk siri yang seterusnya ini berjaya dijalankan.

Halaqah kali ini penuh kesayuan dan suasana yang syahdu. Usrah hari itu berkisar tentang mimpi seorang ukhti bertemu dengan Rasalullah saw.... Sungguh betapa pilunya hati mengenangkan baginda saw. Kisah itu cukup untuk membuatkan kami mengalirkan air mata. Tamatnya usrah, halaqah terus dilaksanakan. Dengan ketiadaan tajuk yang khusus, kami pun teruslah memuhasabah diri dengan perjuangan junjungan besar umat manusia, baginda.... Muhammad saw.

Seperti biasa, majlis dimulakan dengan ummul furqan, al-Fatihah. .. 

Bermulanya bicara ukhti Maziah, bermulalah semula tangisan kami.

Merenungi kembali perjuangan baginda saw, sungguh baginda melakukan hal yang yang demikian untuk umat ini. Betapa perjuangan baginda merupakan rahmat untuk manusia. Sungguh, nikmat apakah lagi yang lebih besar bagi seorang hamba selain mengenali Khaliqnya? Nah, inilah perjuangan baginda saw. Perjuangan baginda membawa manusia mengetahui siapa Pencipta mrka, menjadikan manusia benar2 sebagai hamba Allah swt... kerana menjadi hamba kepada Yang Khaliq, memang sebenarnya tugas kita.

Rasulullah, insan mulia yang pernah ada di atas muka bumi ini. Baginda telah menghabiskan 23 tahun daripada hidupnya untuk menyebarkan dakwah islamiah. Baginda bersusah payah untuk kita. Baginda pernah dilontar dengan batu ketika berdakwah, dibaling najis unta, dicaci, dihina.. dilukai. Tapi baginda tetap teguh, teguh membawa hati meneruskan dakwah baginda. Sungguh, hati mana yang tidak berasa pilu.  Kerana baginda pernah merindui kita. Kita, umat di akhir zaman ini. Kata baginda saw,"Aku merindui saudaraku." Sahabat berkata, "Kamilah saudaramu." Lantas baginda bersabda, "Tidak". Baginda merujuk kita sebagai saudaranya yang dirindui. Ya Rasulullah saw, kami juga merinduimu!

Dalam perang Uhud, baginda pernah terluka. Ada panah yang menusuk pipi baginda. Lantas seorang sahabat sehingga gigi gerahamnya tercabut, menraik keluar panah itu. Juga dalam sebuah peperangan, baginda juga terluka sehingga berdarah, namun ditahan darahnya yang menitis lantaran baginda tahu, Allah pernah berkata, jika setitis darah kekasih-Ku jatuh ke atas muka bumi ini, akan Aku musnahkan seluruh umat manusia. ..dan baginda berbuat begitu, merasai semua kepahitan, untuk kita.

Di saat nyawa baginda dicabut, baginda saw menyebut, ummati..ummati..ummati

....itulah pengakhiran kehidupan seorang Rasul Allah yang mulia, yang dikasihi oleh setiap yang ada di bumi dan di langit.

...dan inilah kita, umat Muhammad.

Moga kita menjadi penerus sunnah baginda saw yang terbesar - sunnah baginda saw menegakkan syiar Islam di atas muka bumi Allah!

7 comments:

  1. aik? x mau tulis pjg2 ke? sedikit tambahan perkongsian?

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...anda mengingatkan sya pd rasulullah

    ReplyDelete
  3. teringat ana halaqah petang tu, ana sagat2 sebak.. waktu tu ana rasa sangat malu kerana selalu mengadu kepada Allah yang ana sangat penat berada di atas jalan dakwah ini.. namun ana x sanggup untuk menarik diri drpd perjuangan ini, krn lafaz perjanjian dgn Allah pernah meniti di bibir ana bahawa ana akn berkorbankan seluruh diri ana untuk jalan dakwah ini..menegakkan agama Islam.. ana sangat2 malu ketika petang itu kita berbicara tentang kesusahan dan penderitaan Rasulullah, ana bandingkan dengan masalah ana..amat2 kecil.. dan ketika itu ana sangat2 bersyukur antum berada di sisi ana, masih menyokong...(maaf buat luahan perasaan kat sini)

    ReplyDelete
  4. maziah_maqsurah:
    takpa2. Luahkan saja.

    Bila cakap pasal halaqah, ana terfikir satu benda. Sejak halaqah siri yang ke 4 dan seterusnya, halaqah kita jarang ada kesayuan. Kenapa ya?Sebab ana rasa, msa halaqah kita yang triple first tulah halaqah yang terasa menusuk dalam jiwa apa2 yang kita bincangkan, dan pasti membuatkan ana menangis. Tak tahulah kenapa. mungkin sebab yang triple first kita masih bersemangat...kemudian kian luntur? Atau ada sebab lain. Atau memang ana sorang saja yang rasa? Kalau ana sorang saja, maksudnya masalah hati analah.

    ReplyDelete
  5. enti rsa mcm 2?? mungkin ana juga ada merasakannya, itulah hakikat yang berlaku, ana rasa kita kurang membuat perancangan untuk halaqah2 yg selepas 2, sbb msing2 sibuk.. jd halaqah rasa kurang krn kurangnya orang yang berusaha untuknya...takpa kita dah belajar kn?? so we must to improve it, don't worry serikandi Ali, Allah will help us, as we are sacrifying for Him.

    ReplyDelete
  6. InsyaAllah. dah dapat pengalaman, kita baiki tahun depan.juga tambahkan ahli.

    ^^ 'Srikandi Ali' - ana tetap suka dengan gelaran tu. =)

    ReplyDelete