Friday, 1 July 2011

HALAQAH 1 : Ukhwah Islamiah

Walhamdulillah.
Segala puji-pujian untuk Allah, Tuhan sekalian ala juga Pemilik setiap hati. Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad saw dan keluarga baginda juga sejahtera ke atas sahabat-sahabat baginda sekaliannya. Maha Suci Allah yang menganugerahkan kita dengan nikmat Islam dan Iman.

Alhadulillah. Perancangan halaqah hari ini berjalan dengan baik dan lancar. Tajuk yang dibicarakan ialah berkisar tentang ukhwah islamiah. Namun, masih juga diselit dengan tarbiah2 lain.

Majlis dimulai oleh sahabat kita yang baru dilantik menjadi Ketua Aspuri 2011/2012 (moga beliau dapat melaksanakan tugasnya dengan hebat, insya-ALLAH dengan pertolongan Allah).

--

UKHWAH islamiah itu merupakan dasar kepada perpaduan umat Islam kerana melalui interaksi iman antara mukmin inilah, wujudnya satu kesinambungan kerja yang sangat hebat. Bukankah bersatu itu teguh dan bercerai itu roboh? Itulah ukhwah islamiah yang diterapkan Rasulullah saw kepada umatnya. Sungguh, Rasulullah sebenarnya amat menekankan perihal hubungan mukmin dengan manusia kerana memang sewajarnya seorang muslim itu menjaga hablumminaAllah wa hablumminannas.
Rasulullah saw juga telah memberikan panduan tentang cara2 untuk mengikatkan ukhwah islamiah ini. Berikut adalah antaranya:

1. Ungkapkan rasa cinta

Rasulullah saw bersabda : "Apabila seseorang mencintai saudaranya, hendaklah dia mengatakan rasa cinta kepadanya."
(R Abu Daud dan Tirmizi, hadis sahih)

2. Tunjukkan wajah ceria

Nabi saw bersabda :"Janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun walaupun sekadar berteu dengan saudaramu dengan wajah ceria."
(R Muslim)

3. Berjabat tangan

Nabi saw bersabda :"Tidak ada dua orang muslim yang berjumpa lalu berjabat tangan melainkan kedua-duannya diampunkan dosa mereka sebelum berpisah."
(R Abu Daud)

4. Menyebarkan salam

Nabi saw bersabda:"Demi zat yang diriku di tangan-Nya, kamu tidak akan memasuki syurga sehingga kamu beriman. Dan kamu tidak beriman sehingga kau saling mencintai. Mahukah kamu aku tunjukkan sesuatu yang mebuat kamu saling mencintai? Sebarkanlah salam antara kamu."
(R Abu Daud)

5. Saling memberi hadiah

Nabi saw bersabda:"Hendaklah kamu saling memberi hadiah kerana hadih itu dapat mewariskan rasa cinta dan menghilangkan kekotoran hati."
(R At-Tabarani)

6. Saling membantu

Nabi saw:"Sesiapa yang melepaskan kesusahan seorang ukimn di dunia, nescaya Allah akan melepaskan kesusahnnya di akhirat. Sesiapa yang memudahkan orang yang kesusahan, nescaya Allah akan memudahkan (urusannya) di dunia dan akhirat. Sesiapa yang menutup (aib) seorang muslim, Allah akan menutupi (aibnya) di dunia dan akhirat. Dan Allah selalu menolong hamba-Nya jika hamba tersebut menolong saudaranya."
(R Muslim)

7. Saling berkunjung

Nabi saw bersabda dalam Hadis Qudsi:"Allah swt berfiran:'Pasti akan mendapat cinta-Ku orang yang saling mencintai kerana Aku. Kedua-duanya saling berkunjung kerana Aku dan saling memberi kerana Aku.'
(R Iman Malik dalam Al-uwatta')

8. Saling memaafkan orang lain

Allah swt berfirman (maksud) :"Dalam pada itu (ingatlah) orang yang bersabar dan memaafkan (kesalahan orang terhadapnya), sesungguhnya itu adalah daripada perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya."
(Surah Al-Syura 42:43)

No comments:

Post a Comment