Saturday, 9 July 2011

Apa yang aku sumbangkan?

Sungguh hatiku penuh dengan rasa bersalah sedari dulu.. dan hingga kini, ia tetap menghantuiku.
Adakah perasaan ini akan terus menyelubungi diriku hingga satu saat nanti aku telah berhijrah ke episod baru hidup seorang pelajar meninggalkan sekolahku dan tiada apa2 lagi yang boleh aku lakukan?
Sehingga kini, aku tahu, aku tidak menyumbang apa2 untuk agamaku, sedangkan sungguh semua tahu aku sudahpun berumur 16 tahun. Sudah hidup 16 tahun di muka bumi Allah dan tidak menyumbang apa2!
Ya Allah, hinanya diri ini, sungguh hina.
Sedangkan para sahabat, tabiin dan tabi'tabiin dahulu, ketika umur belasan begini, masya-Allah, banyak telah mereka sumbangkan, bukan sumbangan kecil, tetapi sumbangan yang bukan kerana sumbangan mereka, tidak tersebarlah Islam seperti hari ini. Ali bin Abi Talib, Arqam bin Abi Arqam, Sultan Al-Fateh, Imam Syafie...... senarainya berterusan seperti berterusannya manfaat sumbangan-sumbangan mereka.

..dan sungguh aku tahu, aku perlu mengislahkan diri juga umat ini, biarpun aku tidak kuat, moga Allah yang Maha Kuat itu memberi kekuatan kepadaku..

2 comments:

  1. hmm !! ckuplah kita brjihad dgn mnuntut ilmu !! ituwh adlh stu smbngan yg trcpai dek akl dan kmampuan kita bidadari besi !!

    ReplyDelete
  2. wajarkah begitu? menuntut ilmu sebahagian daripada kewajipan, dakwah juga sebahagian daripada kewajipan.tapi, sejauh manakah kita laksanakan kewajipan yang latter itu?

    ReplyDelete