Sunday, 31 July 2011

Belia muslim yang matang

Menurut Hilal Asyraf, Islam menuntut umatnya untuk menjadi matang.

Untuk kenyataan di atas, saya tidak punya apa2 bantahan, malah saya sangat menyokongnya.

Sudah lama saya berfikir begitu. Terasa betapa ia sangat2lah betul.
Kenapa saya katakan yang sedemikian?
Kerana apabila kita matang, kita tahu matlamat hidup kita yang sebenar, bagaimanakah cara kita menjalani hidup, tahu setiap tanggungjawab kita di dunia sebagai seorang anak, muslim, daie, pelajar, pekerja dll.
Dan kerana dia tahu untuk apa dia hidup, tentulah dirinya selalu sibuk melakukan semua tugasannya dan, perkara yang lagha pasti dapat dijauhi. Itulah sebenarnya. Tentaulah dia tahu apa yang baik dan apa yang TERbaik! - untuk diri, saudaranya dan agamanya di dunia dan di akhirat.

Maka, marilah kita menjadi lebih matang. Kita tentukan tujuan hidup kita. Bukan sekadar mengatakan 'aku hidup kerana Allah' tetapi kehidupan kita tidak langsung mencerminkan pengabdian diri kita kepada Allah swt. Tetapi seharusnya kita menjadikan setiap gerak kerja kita untuk agama Allah ini, kerja dakwah dan menuntut ilmu.
Kedua, baiki cara hidup kita. Bagaimanakah sebenarnya kehidupan seorang mukmin. Ikutlah sunnah Nabi junjungan kita saw. Adab2 yang diamalkan. Ibadah2 yang dilaksanakan. Setiap perlakuan baginda menjadi ikutan. Itu seharusnya kita lakukan. Cara hidup juga merangkumi semua. Dalam perlakuan kita : makan, tidur dll; dalam sosial : menjaga adab pergaulan, pergaulan sesama muslim seperti beri salam, berjabat tangan dll.

Jadi, marilah kita menjadi pemuda-pemudi Islam yang lebih matang, yang memikirkan masalah umat dan berusaha untuk membaikinya!

p/s: Sepastinya sentiasa mengislah diri sepanjang masa, insya-Allah.

Saturday, 30 July 2011

Check this out!

Salam alaik to all viewers,

      You guys might be interested to try this link:  http://www.thedeenshow.com/

Interesting websites to quench your thirst for islamic knowledge and show. There're a lot of videos and stuff about Islam and your life.

~BB~

Friday, 29 July 2011

Ramadhan

Ramadhan makin hampir. Tinggal sehari dua lagi, insya-Allah, kita akan berpuasa. Ah~ betapa rindunya Ramadhan.

Ramadhan yang mulia akan datang,
Bersediakah kita untuk mengislah diri?
Ramadhan penuh barakah,
Bulan membaiki diri,
mendekatkan hati kepada Illahi.

Ya Allah, moga Ramadhan kali ini, pertemukanlah kami dengan lailatulqadr!

HALAQAH 3 : Perbincangan

Alhamdulillah. Semalam halaqah ringkas berjaya dijalankan pukul 3 petang, agak lewat daripada masa yang ditetapkan.

Alhamdulillah, kami telah mendapat sumbangan sebanyak RM200 utk menruskan usaha dakwah kami biarpun saya rasa kami ini baru sahaja merangkak-rangkak. Biarlah itu, yang penting kami terus mencuba dan mencuba biarpun bakal gagal atau telah gagal kerana Allah pasti memberikan ganjaran.

Saya dengan ini mahu berterima kasih dengan sebanyak2nya kerana beliau sudi menyumbangkan derma. Kami cuba untuk memanfaatkan wang itu sebaik2nya, insya-Allah.

Berikut adalah antara perkara2 yang dirancang:

1. Pemberian brosur  - untuk Ramadhan ini, insya-Allah, kami berusaha untuk mengedarkannya seminggu
    sekali, termasuk edisi khas Raya. Kami telah membahagikan kepada 5 kumpulan untuk 5 edisi brosur
    tersebut.

2. Borang muhasabah diri - seperti tahun2 lepas tapi akan diperkemaskan lagi borang tersebut

3. Projek buku - memandangkan pelajar jarang2 mendapat alternatif buku2 yang lebih baik dibandingkan     
    dengan novel2 cinta-cintun yang kurang berfaedah itu, hal ini diharap menjadi jalan yang terbaik untuk
    menggalakkan pelajar membaca buku yang lebih bermanfaat.

Itulah al-kisahnya semalam. ~Moga Allah bantu~

Thursday, 28 July 2011

Terus dan terus, jangan berhenti!

Dan ini aku dapat daripada muharikah.wordpress.com
sangat berharga buat diriku yang baru memulakan langkahan yang pertama :

TERUS, TERUS DAN TERUS biarpun dugaan melanda!
Jangan berhenti walaupun diuji,
tetapi terus berjuang bertajarud kepada Allah!

Ya Allah, kuatkan jiwaku untuk terus dan terus meraih reda-Mu!

Sunday, 24 July 2011

HALAQAH 2 : Ya Rasulullah, kami merinduimu!

Alhamdulillah, setelah seminggu tertangguhnya halaqah dek kerana sibuk, halaqah untuk siri yang seterusnya ini berjaya dijalankan.

Halaqah kali ini penuh kesayuan dan suasana yang syahdu. Usrah hari itu berkisar tentang mimpi seorang ukhti bertemu dengan Rasalullah saw.... Sungguh betapa pilunya hati mengenangkan baginda saw. Kisah itu cukup untuk membuatkan kami mengalirkan air mata. Tamatnya usrah, halaqah terus dilaksanakan. Dengan ketiadaan tajuk yang khusus, kami pun teruslah memuhasabah diri dengan perjuangan junjungan besar umat manusia, baginda.... Muhammad saw.

Seperti biasa, majlis dimulakan dengan ummul furqan, al-Fatihah. .. 

Bermulanya bicara ukhti Maziah, bermulalah semula tangisan kami.

Merenungi kembali perjuangan baginda saw, sungguh baginda melakukan hal yang yang demikian untuk umat ini. Betapa perjuangan baginda merupakan rahmat untuk manusia. Sungguh, nikmat apakah lagi yang lebih besar bagi seorang hamba selain mengenali Khaliqnya? Nah, inilah perjuangan baginda saw. Perjuangan baginda membawa manusia mengetahui siapa Pencipta mrka, menjadikan manusia benar2 sebagai hamba Allah swt... kerana menjadi hamba kepada Yang Khaliq, memang sebenarnya tugas kita.

Rasulullah, insan mulia yang pernah ada di atas muka bumi ini. Baginda telah menghabiskan 23 tahun daripada hidupnya untuk menyebarkan dakwah islamiah. Baginda bersusah payah untuk kita. Baginda pernah dilontar dengan batu ketika berdakwah, dibaling najis unta, dicaci, dihina.. dilukai. Tapi baginda tetap teguh, teguh membawa hati meneruskan dakwah baginda. Sungguh, hati mana yang tidak berasa pilu.  Kerana baginda pernah merindui kita. Kita, umat di akhir zaman ini. Kata baginda saw,"Aku merindui saudaraku." Sahabat berkata, "Kamilah saudaramu." Lantas baginda bersabda, "Tidak". Baginda merujuk kita sebagai saudaranya yang dirindui. Ya Rasulullah saw, kami juga merinduimu!

Dalam perang Uhud, baginda pernah terluka. Ada panah yang menusuk pipi baginda. Lantas seorang sahabat sehingga gigi gerahamnya tercabut, menraik keluar panah itu. Juga dalam sebuah peperangan, baginda juga terluka sehingga berdarah, namun ditahan darahnya yang menitis lantaran baginda tahu, Allah pernah berkata, jika setitis darah kekasih-Ku jatuh ke atas muka bumi ini, akan Aku musnahkan seluruh umat manusia. ..dan baginda berbuat begitu, merasai semua kepahitan, untuk kita.

Di saat nyawa baginda dicabut, baginda saw menyebut, ummati..ummati..ummati

....itulah pengakhiran kehidupan seorang Rasul Allah yang mulia, yang dikasihi oleh setiap yang ada di bumi dan di langit.

...dan inilah kita, umat Muhammad.

Moga kita menjadi penerus sunnah baginda saw yang terbesar - sunnah baginda saw menegakkan syiar Islam di atas muka bumi Allah!

Friday, 22 July 2011

10th IDC

Alhamdulillah, 6 hari di Uiam sudah habis. Banyak perkara yang dipelajari. Banyak perkara yang dialami. Menambah ilmu diri juga pengalaman hidup yang sepastinya menjadi suatu mutiara sebagai panduan hidup.
Banyak perkara yang aku terseyum...
Banyak juga perkara yang membuatkanku menggelengkan kepala.

The latter tu, biarku simpan sebagai pengajaran hidup.
Cuma jarang2 ada perkara yang mebuatkan hati menangis gembira berbanding perkara2 yang membuatkan hatiku merintih sedih. Tapi kali ini, biarpun ada perkara yang menghibakan hatiku, ada perkara yang membuatkan aku bersyukur kerana masih wujud sebuah institusi pendidikan yang disabitkan dengan agama yang memang menjulangkan panji islam!
Ia sebuah sekolah yang biar pun aku baru tahu, biar pun aku tidak pernah berada didalamnya, namun aku mungkin kenal dengan ahli mereka. Aku seperti mahu memeluk mereka dan menagis di bahu mereka dan mengatakan, "Sungguh aku cintakan kalian!"... Sek Men Islam Al-Hidayah :THE REVOLUTION OF HIDAYAH...

Saturday, 9 July 2011

Apa yang aku sumbangkan?

Sungguh hatiku penuh dengan rasa bersalah sedari dulu.. dan hingga kini, ia tetap menghantuiku.
Adakah perasaan ini akan terus menyelubungi diriku hingga satu saat nanti aku telah berhijrah ke episod baru hidup seorang pelajar meninggalkan sekolahku dan tiada apa2 lagi yang boleh aku lakukan?
Sehingga kini, aku tahu, aku tidak menyumbang apa2 untuk agamaku, sedangkan sungguh semua tahu aku sudahpun berumur 16 tahun. Sudah hidup 16 tahun di muka bumi Allah dan tidak menyumbang apa2!
Ya Allah, hinanya diri ini, sungguh hina.
Sedangkan para sahabat, tabiin dan tabi'tabiin dahulu, ketika umur belasan begini, masya-Allah, banyak telah mereka sumbangkan, bukan sumbangan kecil, tetapi sumbangan yang bukan kerana sumbangan mereka, tidak tersebarlah Islam seperti hari ini. Ali bin Abi Talib, Arqam bin Abi Arqam, Sultan Al-Fateh, Imam Syafie...... senarainya berterusan seperti berterusannya manfaat sumbangan-sumbangan mereka.

..dan sungguh aku tahu, aku perlu mengislahkan diri juga umat ini, biarpun aku tidak kuat, moga Allah yang Maha Kuat itu memberi kekuatan kepadaku..
..maka di sini,
tinggallah aku berjuang,
aku harap tidak seorang diri.

Monday, 4 July 2011

Tetapkanlah hati kami!

~Ya Allah, berikanlah kami kecintaan kepada agama ini selamanya~
                                          .::amiin::.

Ya Ukhti, rodiyaAllah 'alaik!

--Perbuatan maksiat memang indah,
kerana mata hati telah dibutakan oleh syaitan.
Namun, setelah berbai'ah 5 kali sehari
bahawa Allah sebagai Tuhan yang disembah
dan Muhammad sebagai utusan Allah,
Adakah kita benar atau kita ingkar?
Ya sodiki, ya ukhti, ya qalbi,
sungguh,
persahabatan kita ini atas dasar keimanan.
Biarlah kita berpimpinan tangan ke syurga,
dan jika kaujatuh ke jurang neraka,
akan kuhulurkan tanganku untuk menarik kaukembali.
Maka, demi Zat yang sesungguhnya aku dan kau
berada dalam tangan-Nya,
sambutlah tanganku!

--Ya ukhti, terima kasih kerana menyambutnya.
RodiyaAllah 'alaik.

--Ya ukhti, ana uhibbukifillah jiddan jiddan.

--Ya Allah, jadikanlah kami sentiasa berkasih sayang kerana-Mu!

Alhamdulillah untuk hidayah-Mu

Alhamdulillah.
Siapa lagi
yang menjaga hati kita,
yang memiliki hati kita,
yang memelihara hati kita,
yang mengawal hati kita,
jika dia bukan Allah?

Maka, ya Allah,
Segala puji-pujian bagi-Mu
atas kurnia hidayah
dan pintu taubat
yang Kau buka untuknya...

Saturday, 2 July 2011

Wanita bernasyid di khalayak ramai?

Astagfirullah. Aku hanya mampu mengeluh. Panas jiwaku ini. Sakit telinga yang mendengarnya biarpun suara-suara itu dialun dengan merdu sekali. Nah, itulah masalahnya..alunan suara merdu wanita~!

Biarku jelaskan,

Pertama, biarpun sesetangah pendapat mengatakan harus, setengah lagi mengharamkannya, namun kenapa tidak kita mengambil jalan tengah yang lebih berhati-hati dan lebih mendekati takwa. Jangan lakukannya. Sekurang-kurangnya, kalau mahu berlatih sekalipun, buatlah di ruang yang tertutup yang kalis suara yang tidak akan didengari oleh mana2 lelaki.

Kedua, kalau benar benda itu salah, aku tidak mahu saudara2ku bergelumang dengan maksiat dan ke neraka.

Ketiga, benarkah untuk dakwah? Jika benar, betapakah antunna semua komited dan benar2 menghayati dakwah itu? Jika benar, pasti antunna mengambil tahu berapa ramai yang terkena seruan dakwah itu. Berapa?

Keempat, niat menghalalkan semua cara ke walaupun salah dari sisi syariat? Bolehkah antunna semua melakukan itu sekadar kerana antunna tidak memaksudkan pun untuk menggoda mana2 lelaki.? Lantas, kenapa tidak wanita2 yang tidak menutup aurat pakaiannya mengatakan, "saya bukannya nak menarik perhatian lelaki!" Tetapi hakikatnya, lelaki masih akan tertarik.

Kelima, fitnah. Fitnah timbul kerana perbuatan antunna semua. Fitnah kepada hati2 lelaki juga fitnah kepada diri antunna sendiri.

Wa'allahualam.
Ya Allah, Janganlah Engkau pesongkan hati kami dari jalan yang lurus. Janganlah biarkan kami menjaga diri kami sendiri. Janganlah Engkau jadikan kami manusia yang rugi yang menggadaikan agama untuk dunia yang sia-sia!

---

Buat sahabat saya yang berada dalam kumpulan nasyid wanita itu,
klik dan baca http://kembara-journey.blogspot.com/2008/08/bolehkah-wanita-bernasyid.html

Friday, 1 July 2011

HALAQAH 1 : Ukhwah Islamiah

Walhamdulillah.
Segala puji-pujian untuk Allah, Tuhan sekalian ala juga Pemilik setiap hati. Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad saw dan keluarga baginda juga sejahtera ke atas sahabat-sahabat baginda sekaliannya. Maha Suci Allah yang menganugerahkan kita dengan nikmat Islam dan Iman.

Alhadulillah. Perancangan halaqah hari ini berjalan dengan baik dan lancar. Tajuk yang dibicarakan ialah berkisar tentang ukhwah islamiah. Namun, masih juga diselit dengan tarbiah2 lain.

Majlis dimulai oleh sahabat kita yang baru dilantik menjadi Ketua Aspuri 2011/2012 (moga beliau dapat melaksanakan tugasnya dengan hebat, insya-ALLAH dengan pertolongan Allah).

--

UKHWAH islamiah itu merupakan dasar kepada perpaduan umat Islam kerana melalui interaksi iman antara mukmin inilah, wujudnya satu kesinambungan kerja yang sangat hebat. Bukankah bersatu itu teguh dan bercerai itu roboh? Itulah ukhwah islamiah yang diterapkan Rasulullah saw kepada umatnya. Sungguh, Rasulullah sebenarnya amat menekankan perihal hubungan mukmin dengan manusia kerana memang sewajarnya seorang muslim itu menjaga hablumminaAllah wa hablumminannas.
Rasulullah saw juga telah memberikan panduan tentang cara2 untuk mengikatkan ukhwah islamiah ini. Berikut adalah antaranya:

1. Ungkapkan rasa cinta

Rasulullah saw bersabda : "Apabila seseorang mencintai saudaranya, hendaklah dia mengatakan rasa cinta kepadanya."
(R Abu Daud dan Tirmizi, hadis sahih)

2. Tunjukkan wajah ceria

Nabi saw bersabda :"Janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun walaupun sekadar berteu dengan saudaramu dengan wajah ceria."
(R Muslim)

3. Berjabat tangan

Nabi saw bersabda :"Tidak ada dua orang muslim yang berjumpa lalu berjabat tangan melainkan kedua-duannya diampunkan dosa mereka sebelum berpisah."
(R Abu Daud)

4. Menyebarkan salam

Nabi saw bersabda:"Demi zat yang diriku di tangan-Nya, kamu tidak akan memasuki syurga sehingga kamu beriman. Dan kamu tidak beriman sehingga kau saling mencintai. Mahukah kamu aku tunjukkan sesuatu yang mebuat kamu saling mencintai? Sebarkanlah salam antara kamu."
(R Abu Daud)

5. Saling memberi hadiah

Nabi saw bersabda:"Hendaklah kamu saling memberi hadiah kerana hadih itu dapat mewariskan rasa cinta dan menghilangkan kekotoran hati."
(R At-Tabarani)

6. Saling membantu

Nabi saw:"Sesiapa yang melepaskan kesusahan seorang ukimn di dunia, nescaya Allah akan melepaskan kesusahnnya di akhirat. Sesiapa yang memudahkan orang yang kesusahan, nescaya Allah akan memudahkan (urusannya) di dunia dan akhirat. Sesiapa yang menutup (aib) seorang muslim, Allah akan menutupi (aibnya) di dunia dan akhirat. Dan Allah selalu menolong hamba-Nya jika hamba tersebut menolong saudaranya."
(R Muslim)

7. Saling berkunjung

Nabi saw bersabda dalam Hadis Qudsi:"Allah swt berfiran:'Pasti akan mendapat cinta-Ku orang yang saling mencintai kerana Aku. Kedua-duanya saling berkunjung kerana Aku dan saling memberi kerana Aku.'
(R Iman Malik dalam Al-uwatta')

8. Saling memaafkan orang lain

Allah swt berfirman (maksud) :"Dalam pada itu (ingatlah) orang yang bersabar dan memaafkan (kesalahan orang terhadapnya), sesungguhnya itu adalah daripada perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya."
(Surah Al-Syura 42:43)