Thursday, 2 June 2011

Ukhwah Islamiah

Ukhwah Islamiah merupakan suatu hubungan yang wujud atas dasar keimanan kepada Allah. Ia boleh dizahirkan melalui perbuatan. Ia sepastinya dapat dilihat dalam amalan manusia yang mengamalkan ukhwah islamiah yang benar. Ia bukan suatu omongan osong. Ia bukan hubungan yang sia-sia. Ia merupakan sesuatu yang indah dan membahagiakan. Ia merupakan satu hubungan yang wujud dalam diri orang-orang yang benar-benar beriman yang mencintai saudaranya lebih daripada dirinya sendiri. Ithar ialah tahap tertinggi ukhwah islamiah.

Hubungan inilah yang sangat inginku wujudkan. Kerana aku pasti hubungan yang dibina atas dasar keimanan inilah yang memampukan sesuatu umat itu membangun. Tapi aku pasti membina hubungan ini bukan sesuatu yang mudah dan memerlukan perlestarian yang berterusan dan memerlukan pelangkah tapak pertama  - mungkin aku sendiri.
Aku pasti tembok besar yang menjadi penghalang kepada keberlangsungan ukhwah ini ialah sifat kepuak-puakan. Setiap manusia ada ragam masing-masing dan mereka lebih selesa dengan cara yang sendiri. Inilah jurang yang tiada penghabisannya. Tak mampu dipecahkan? Insya-Allah, dengan izin Allah ia akan mampu dipecahkan.

Aku rasa ia berkaitan dengan usaha dakwah dan tarbiah. Senior mungkin perlu tunjukkan ukhwah ini dulu. Seperti peribahasa bahasa inggeris, good example is the best sermon. Maka, aku dan sahabat-sahabat akulah yang perlu mulakan dulu. Insya-Allah kena kuatkan semangat perjuangan ini! Pada pandangan aku, hubungan ini merupakan suatu hubungan yang sangat indah bagi setiap orang dan sangat menginginkannya. Tapi, dalam melaksanakannya, tidaklah mudah, kerana is memerlukan pengorbanan juga perasaan cinta yang tinggi. Ia tidak dapat dikecapi melainkan adanya keimanan yang tinggi pada agama Allah ini!

Keimanan kepada Allah yang mewujudkan kecintaan mereka kepada orang beriman. Semua muslim akan dicintai walaupun baru sahaja bertemu., biar sekalipun dia dikatakan jahat atau baik. Kita mencintai mereka bukan kerana mereka baik, tetapi kerana mereka seorang muslim. Dan juga kerana Rasulullah mengatakan bahawa orang-orang muslim itu seperti satu badan Apabilah sebahagiannya sakit, sebahagian lain merasainya. Dan jika sahabatnya terpesong, dia bukan meninggalkan atau menyisihkan mereka, tetapi menghulurkan tangan untuk menarik mereka keluar dari jurang neraka, "Kita akan bepegangan tangan ke syurga, dan jika kau ke neraka, aku akan berpatah balik dan menarik kau kembali agar kita bersama-sama ke syurga"

A : Ana uhibbukafillah.
B : Ana uhibbukafillah kaman.

A : Ana uhibbukafillah abadan abada.
B : Uhibbukallazi ahabbatanilah (Semoga Allah mencintaimu kerana kamu mencintaiku)

Bukankah ia sesuatu yang indah?

No comments:

Post a Comment