Saturday, 25 June 2011

Perancangan Halaqah

Sekadar mencatat lagi perjalanan hidup.
Hari Jumaat hari tu, selepas usrahlilbanat, saya dan beberapa sahabat seperjuang saya membuat perbincangan kecil dalam bentuk bulatan. Kami berbincang banyak hal. Namun, disebabkan masa yang tidak mencukupi, kata putus yang muktamad belum lagi tercapai. Usaha kami masih dalam peringkat awal.
Ini untuk sahabat2 saya yang tak dapat ikuti perbincangan kami:

Mula2 kami tetapkan dahulu misi yang ingin kami capai. Kiranya, misi itulah matlamat yang ingin kami capai dan panduan kami. Sekadar yang dapat kami tetapkan :
1. Membawa kita mendekati Al-Khaliq
2. Berlandaskan Al Quran dan Sunah
3. Mengeratkan Ukhwah Islamiah

Asal daripada kewujudan usaha awal inilah ialah pemerhatian saya terhadap tarbiah kepada pelajar berulang. T4 ssrn awl adlh untuk pelajar berulang. Namun kerana pada hemat kami, tenaga untuk menggerakkan usaha kecil ini tidak mencukupi jika pelajar berulang saja yang terlibat. Jadi kami meminta sahabat asrama untuk mebantu. Seterusnya, mad'u kami telah berubah meliputi pelajar berulang dan asrama T4. Lagipun, apa salahnya kita berdakwah kepada semua.

Strategi diperlukan bagi melestarikan cita-cita. Jadi, kami juga merancang strategi w/pun masih belum sempurna. Aspek utama untuk mendekatkan lagi manusia kepada Islam ialah dengan menzahirkan keindahan Islam itu sendiri. Oleh itu, kami akan mengeratkan lagi ukhwah sesama semua sahabat kami yang semestinya muslim dengan sentiasa memberikan salam, bertanya khabar. Pendek kata, meraikan sahabat2 kami biarpun jrg2 berjumpa. Tambaha pula, sabda Rasulullah saw, 'sbarkanlah salam sebagi menyebarkan kasih sayang antara kamu.'

Seterusnya, perlaksanaan program2 yang ingin dijalankan. Program yang hndk dibuat bukannya majestik atau hebat sgt. Sekadar yang kami mampu. Tambah2 lagi, kami ni tidak cukup wang. Satu lagi aspek yang dirunsingkan ialah tenaga penggerak. Ya Allah, kadang2 rasa lemah pulak. Mampukah kami nak melaksanakan rancangan kami dengan jayanya.

Halaqah akan dibuat setiap minggu. Halaqah kecil dibuat secara tidak formal di setiap kelas. Dan di dalam setiap kelas ada tenaga penggerak tersebut. Halaqah ni boleh dibuat semasa cikgu tidak masuk ke kelas ataupun waktu petang dan malam. Setersunya Halaqah Besar akan dilaksanakan setiap kali selepas usrah lilbanat hari Jumaat. Satu isu akan dibincangkan setiap kali perjumpaan. Saling memperingati, mengemukan pendapat antara perkara yang akan ditekankan.

Satu lagi perkara, memandangkan hal ini bukannya di bawah apa2 badan, hanya atas kesedaran yang seorang ustazah kami tercinta nyatakan agar kami bergerak sendiri memandangkan guru2 semuanya sibuk dengan hal pentadbiran sekolah. Ada yang berpendapat bahawa kita ini seuanya sibuk. Tapi pada pendapat saya, daripada sibuk dan tak usaha langsung dan sibuk tapi buat sedikit usaha itu lebih baik. Kehadiran sahabat2 kami dalam halaqah yang akan dibuat tidak dilakukan secara paksa. Lagipun Rasulullah sendiri tidak memaksa sahabat2nya untuk bersama dgnnya spnjg masa, namun sahabat2 Rasulullah ditanam dengan perasaan cinta pada Allah, Rasul-Nya dan Agama-Nya. Itulah yang ingin kami tekankan. dan hal ini juga menjadi satu lagi perkara yang perlu difikirkan dengan lebih mendalam. Bagaimanakah kami mahu menarik meraka hadir dalam halaqah tersebut?

Antara usaha2 lain yang, Insya-Allah akan dilakukan ialah pengedaran risalah setiap 1 atau 2 minggu. Duit?
Moga Allah membantu kami. KAndungan risalah2 tersebut pun masih belm ditetapkan.

Begitulah al-kisahnya usaha kami setakat ini. Terima kasih kepada sahabat2 yang memberi sokongan. MogaAllah permudahkan urusan kita pada jalan Allah. Lebih2 lagi, moga Allah tetapkan hati2 kita pada jalan-Nya. Moga kita sentiasa kuat dan tidak lemah. Moga usaha kita berjaya. Insya-Allah wa biiznillah. Semuanya akan berlaku atas keizinan Allah. Ya Allah, izinkanlah!

----
Ni pulak perancangan tambahan saya yg belum sy kemukan kepada ahli2 halaqah.
untuk mempergiatkan lagi dakwah di sekolah sy yg tercinta, sy merancang utk menjual majalah2 islamik spt Solusi dan Gen q(bakal keluar pd bulan julai ni). Bbrp perkara yg perlu difikirkan ialah cara2 utk menjual majalah tersebut, sama ada diletakkan di koperasi atau dijual melalui ejen. Juga promosi juga perlu dilakukan.

p/s: sori lolipop, google akaun sy ada maslah, x boleh nak komen komen awk.
Insya-Allah, dipersilakan sahaja untuk hadir. Sy takut jugak sbnrnya, takut x mampu nak beristiqamah. Moga dgn banyaknya ahli halaqah ni, peluang berterusannya halaqah ni lebih tinggi. =)

2 comments:

  1. hmm..saya nak ikut halaqah ni, tapi saya kena betulkan niat dahulu..insyaAllah.:)

    ReplyDelete
  2. halaqoh ini dah menjadi alhamdulillah !! bila yang ke-2,3,4, ?

    ReplyDelete