Monday, 20 June 2011

Hidup Untuk Berjuang

Aku penat, sungguh penat. Mahu saja aku membuka dada dan mendepakan tangan - menyerah.
Aku sungguh letih dengan berusaha dan tidak berjaya.

Namun, ada tiga rangkai kata mudah yang menjadikan aku masih mampu untuk berdiri mengharungi samudera : HIDUP UNTUK BERJUANG.
..satu moto yang pernah aku diarahkan untuk menulisnya dalam suatu bengkel.

Ia merupakan hakikat kehidupan muslim yang benar kerana kita bukan HIDUP UNTUK MENANG.
Lagipun, perjuangan seorang insan adalah untuk menegakkan syiar Islam di bumi Allah ini. Biarlah hak yang Maha Berhak bersama dengan yang hak. Islam dan Bumi adalah hak yang Maha Berhak - Allah! Moga kita walaupun sekadar insan tidak lupa hal yang satu itu.

Menang atau kalah, berjaya atau tidak, itu merupakan urusan lain yang diuruskan Allah. Biarlah Allah sahaja yang menentukannya. Bukankah Allah sahaja yang mengetahui yang terbaik untuk kita?

Ingat kisah nabi Nuh? Biarpun telah berdakwah hampir 900 tahun, namun hanya beberapa orang sahaja yang mengikutinya. Adakah nabi Nuh gagal? Tidak, kerana nabi Nuh telah berusaha. Begitu juga kita. Tugas kita hanya berusaha, tugas Allah menentukan...

Moga Engkau, ya Allah, tetapkan hati kami di jalan-Mu ini!

No comments:

Post a Comment