Monday, 20 June 2011

Dunia yang sia-sia

Aku pinta ketenangan. Ketenangan daripada jiwa yang rungsing dengan hal dunia yang sia-sia.
Hatiku sungguh lemah.

Dengan tidak mengingati Allah, hatiku jadi tidak tenteram. Tambah-tambah lagilah di saat aku tidak punya banyak cara untuk mendekati-Nya.

Juga, aku benci dengan kesibukanku pada dunia. Kerana ia kadang-kala melalaikan diriku terutama jika tiada teman yang memperingati. Sebab itulah, wahai teman dan juga diriku, sangatlah penting untuk kita ingat-mengingati. Kita ialah insan yang sering terlupa.

Kerana kesibukan dunia, tubuhku juga bertambah lesu dengan tidur yang tidak pernah cukup dan lena. Menyukarkan aku untuk selalu bangun malam. Menjauhkan aku daripada ketaatan kepada Allah.
Kerana itu, ya Allah, aku memohon kepada-Mu dengan perhambaan sepenuh-penuhnya, dengarlah rintihanku ini,
      ALLAHUMMA  MUSORRIFAL QULUBI SORRIF QULUUBANAA 'ALA THOO'ATIK
 Ya Allah ya Tuhanku, Tuhan yang mengarahkan hati, arahkan hati-hati kami kepada ketaatan       
 kepada-Mu. (riwayat Muslim)
..juga, ya Allah,
     ALLAHUMMA 'AFINI FIBADANI WA RABBIYASSIR WALA TU'ASSIR RABBI TAMMIN   BILKHAIR.

Ah, dunia yang sia-sia. Namun, masih ramai yang terheret lalai. Ingatlah,

"Dan kehidupan dunia ini, hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan negeri akhirat itu sungguh lebih baik bagi orang yang bertakwa. Tidakkah kamu mengerti?" (Surah Al-An'am: 32)

No comments:

Post a Comment