Monday, 6 June 2011

Berkebun

Petang tadi, baru sahaja menghabiskan masa dengan ayah berkebun. Hmm... berkebun?
Taklah sangat. Sekadar memerhatikan tanaman di sekeliling rumah. Juga mengutip sedikit ilmu pertanian.
Aku diberi permintaan untuk menyiram pokok timun setiap petang. Rasanya banyak kali sudah ayah menyuruhku membuat itu, tapi.. selalu terlupa. Huh! Tanda kelemahan insani..juga tanda jiwa yang gersang, mungkin.
Mungkin pula dengan menyuburkan pokok, hatiku akan bertambah subur. Kerana kata ayah, 'kita perlulah berbakti pada tanah, manfaatnya untuk diri kita jugak.'
Tak dapat aku nafikan. Manisnya buah mangga, harumnya buah durian, berjusnya buah tembikai semuanya kerana nikmat Tuhan pada kita.
Berbicara tentang nikmat Allah, maghrib tadi, aku baru sahaja terbaca sebuah hadis. Tak ingatlah sangat matannya, cuma beberapa peringatan penting ialah  jika Allah mahu menjadikan manusia ini sebagai satu umat yang kufur Allah akan menjadikan dunia ini penuh dengan perak dan perhiasan emas. Namun, dengan kenikmatan itulah manusia akan mejadi alpa dan tidak bersyukur pada Rabb-Nya.
Jadi kalau ita mendapatkan kesusahan, maksudnya Allah membantu kita untuk menjadi manusia bersyukur. Lagipun tanpa merasai kepahitan, bagaimana kita dapat menikmati kemanisan?

Balik kepada pertanian,
Rasulullah pernah bersabda,
'Andainya qiamat tiba dan pada tangan seseorang daripada kamu ada sebatang anak kurma, maka hendaklah dia tanpa berlengah-lengah lagi menanamkannya.' (HR Iman Ahmad)
Hadis ini Rasulullah dilafazkan kepada Ali ra.

Hmm...nampaknya banyaklah pokok yang perluku tanam, memandangkan banyak benih2 sayur yang telah dibeli.

Petang tadi juga, aku bercangkul. Tapi seperti biasa la, tak pernah berjaya pun bercangkul.
Maksudnya, cangkul tu selalu tak kena pada sasarannya..huhu..sedih la jugak
Mencuba..tiada salahnya (walaupun dah mencuba beribu-ribu kali)

Ilmu yang kudapat?
Ayah kata, 'pokok ni macam manusia jugak la.Kalau asyik dimanja-manjakan, tak berbuahlah dia.
Kena bagi tekanan sikit. Tu la yang abi takik pokok tu.. Orang tua2 pun kata begitu..and it is scientifically proven too'
Aku pun, 'Ohh..macam tu ka. Tak pernah terfikir dan terlintas pun.'
Hebat! Hebat! Aku tidak tahu apa yang hebat. Tapi fakta itu menggagumkan aku. Subhanallah, Allahuakbar! Besar kekuasaan Allah ni, hebat ciptaan-Nya, aturan-Nya dan segala2 penciptaan-Nya.

No comments:

Post a Comment