Saturday, 25 June 2011

Link

Kekuatan

Aku berasa lemah.

Sungguh.
Jika aku punya kekuatan, ingin sekali kusebarkan risalah islamiah yang indah ini
agar manusia tahu yang mana benar yang mana salah
agar aku bebas daripada perasaan bersalah membiarkan sahabatku memilih jalan yang salah.

Kekuatan.
Perlukah untuk aku menunggu dan menunggu saja?
Atau seharusnya,
Kekuatan itu perlu dicari dengan mendekatkan diri kepada Illahi,
Memohon kepada Dia untuk membantu aku

Dan seharusnya,
Seperti juga lidi yang sebatang bergabung dengan banyak lagi lidi
Bukankah aku seharusnya begitu?
Mengembleng tenaga, jiwa dan harta pada jalan Allah bersama sahabat-sahabat
Setidaknya, sekadar yang mampu aku lakukan bersama mereka

Moga ya ALLAH, Engkau berikan kami kekuatan!

Perancangan Halaqah

Sekadar mencatat lagi perjalanan hidup.
Hari Jumaat hari tu, selepas usrahlilbanat, saya dan beberapa sahabat seperjuang saya membuat perbincangan kecil dalam bentuk bulatan. Kami berbincang banyak hal. Namun, disebabkan masa yang tidak mencukupi, kata putus yang muktamad belum lagi tercapai. Usaha kami masih dalam peringkat awal.
Ini untuk sahabat2 saya yang tak dapat ikuti perbincangan kami:

Mula2 kami tetapkan dahulu misi yang ingin kami capai. Kiranya, misi itulah matlamat yang ingin kami capai dan panduan kami. Sekadar yang dapat kami tetapkan :
1. Membawa kita mendekati Al-Khaliq
2. Berlandaskan Al Quran dan Sunah
3. Mengeratkan Ukhwah Islamiah

Asal daripada kewujudan usaha awal inilah ialah pemerhatian saya terhadap tarbiah kepada pelajar berulang. T4 ssrn awl adlh untuk pelajar berulang. Namun kerana pada hemat kami, tenaga untuk menggerakkan usaha kecil ini tidak mencukupi jika pelajar berulang saja yang terlibat. Jadi kami meminta sahabat asrama untuk mebantu. Seterusnya, mad'u kami telah berubah meliputi pelajar berulang dan asrama T4. Lagipun, apa salahnya kita berdakwah kepada semua.

Strategi diperlukan bagi melestarikan cita-cita. Jadi, kami juga merancang strategi w/pun masih belum sempurna. Aspek utama untuk mendekatkan lagi manusia kepada Islam ialah dengan menzahirkan keindahan Islam itu sendiri. Oleh itu, kami akan mengeratkan lagi ukhwah sesama semua sahabat kami yang semestinya muslim dengan sentiasa memberikan salam, bertanya khabar. Pendek kata, meraikan sahabat2 kami biarpun jrg2 berjumpa. Tambaha pula, sabda Rasulullah saw, 'sbarkanlah salam sebagi menyebarkan kasih sayang antara kamu.'

Seterusnya, perlaksanaan program2 yang ingin dijalankan. Program yang hndk dibuat bukannya majestik atau hebat sgt. Sekadar yang kami mampu. Tambah2 lagi, kami ni tidak cukup wang. Satu lagi aspek yang dirunsingkan ialah tenaga penggerak. Ya Allah, kadang2 rasa lemah pulak. Mampukah kami nak melaksanakan rancangan kami dengan jayanya.

Halaqah akan dibuat setiap minggu. Halaqah kecil dibuat secara tidak formal di setiap kelas. Dan di dalam setiap kelas ada tenaga penggerak tersebut. Halaqah ni boleh dibuat semasa cikgu tidak masuk ke kelas ataupun waktu petang dan malam. Setersunya Halaqah Besar akan dilaksanakan setiap kali selepas usrah lilbanat hari Jumaat. Satu isu akan dibincangkan setiap kali perjumpaan. Saling memperingati, mengemukan pendapat antara perkara yang akan ditekankan.

Satu lagi perkara, memandangkan hal ini bukannya di bawah apa2 badan, hanya atas kesedaran yang seorang ustazah kami tercinta nyatakan agar kami bergerak sendiri memandangkan guru2 semuanya sibuk dengan hal pentadbiran sekolah. Ada yang berpendapat bahawa kita ini seuanya sibuk. Tapi pada pendapat saya, daripada sibuk dan tak usaha langsung dan sibuk tapi buat sedikit usaha itu lebih baik. Kehadiran sahabat2 kami dalam halaqah yang akan dibuat tidak dilakukan secara paksa. Lagipun Rasulullah sendiri tidak memaksa sahabat2nya untuk bersama dgnnya spnjg masa, namun sahabat2 Rasulullah ditanam dengan perasaan cinta pada Allah, Rasul-Nya dan Agama-Nya. Itulah yang ingin kami tekankan. dan hal ini juga menjadi satu lagi perkara yang perlu difikirkan dengan lebih mendalam. Bagaimanakah kami mahu menarik meraka hadir dalam halaqah tersebut?

Antara usaha2 lain yang, Insya-Allah akan dilakukan ialah pengedaran risalah setiap 1 atau 2 minggu. Duit?
Moga Allah membantu kami. KAndungan risalah2 tersebut pun masih belm ditetapkan.

Begitulah al-kisahnya usaha kami setakat ini. Terima kasih kepada sahabat2 yang memberi sokongan. MogaAllah permudahkan urusan kita pada jalan Allah. Lebih2 lagi, moga Allah tetapkan hati2 kita pada jalan-Nya. Moga kita sentiasa kuat dan tidak lemah. Moga usaha kita berjaya. Insya-Allah wa biiznillah. Semuanya akan berlaku atas keizinan Allah. Ya Allah, izinkanlah!

----
Ni pulak perancangan tambahan saya yg belum sy kemukan kepada ahli2 halaqah.
untuk mempergiatkan lagi dakwah di sekolah sy yg tercinta, sy merancang utk menjual majalah2 islamik spt Solusi dan Gen q(bakal keluar pd bulan julai ni). Bbrp perkara yg perlu difikirkan ialah cara2 utk menjual majalah tersebut, sama ada diletakkan di koperasi atau dijual melalui ejen. Juga promosi juga perlu dilakukan.

p/s: sori lolipop, google akaun sy ada maslah, x boleh nak komen komen awk.
Insya-Allah, dipersilakan sahaja untuk hadir. Sy takut jugak sbnrnya, takut x mampu nak beristiqamah. Moga dgn banyaknya ahli halaqah ni, peluang berterusannya halaqah ni lebih tinggi. =)

Bicara Hati

Bicara hati,
Siapa yang tahu?
Kalau bukan Rabb yang memiliki setiap hati,
Yang Maha Mengetahui,
Segala sesuatu,
Biarpun yang zahirkan di mata manusia,
Ataupun yang disebunyikan di laut dalam.

Betapa yang Maha Mengetahui semua bicara hati hanya Dia, Rabbul'Izzati!

Thursday, 23 June 2011

Sungguh...

Sungguh,
memahami seorang sahabat memang memakan masa yang lama,
namun, apa salahnya,
kerana antara kau dan dia,
ada kasih dan cinta,
kerana Allah,
dan untuk jalan Allah.

Monday, 20 June 2011

Hidup Untuk Berjuang

Aku penat, sungguh penat. Mahu saja aku membuka dada dan mendepakan tangan - menyerah.
Aku sungguh letih dengan berusaha dan tidak berjaya.

Namun, ada tiga rangkai kata mudah yang menjadikan aku masih mampu untuk berdiri mengharungi samudera : HIDUP UNTUK BERJUANG.
..satu moto yang pernah aku diarahkan untuk menulisnya dalam suatu bengkel.

Ia merupakan hakikat kehidupan muslim yang benar kerana kita bukan HIDUP UNTUK MENANG.
Lagipun, perjuangan seorang insan adalah untuk menegakkan syiar Islam di bumi Allah ini. Biarlah hak yang Maha Berhak bersama dengan yang hak. Islam dan Bumi adalah hak yang Maha Berhak - Allah! Moga kita walaupun sekadar insan tidak lupa hal yang satu itu.

Menang atau kalah, berjaya atau tidak, itu merupakan urusan lain yang diuruskan Allah. Biarlah Allah sahaja yang menentukannya. Bukankah Allah sahaja yang mengetahui yang terbaik untuk kita?

Ingat kisah nabi Nuh? Biarpun telah berdakwah hampir 900 tahun, namun hanya beberapa orang sahaja yang mengikutinya. Adakah nabi Nuh gagal? Tidak, kerana nabi Nuh telah berusaha. Begitu juga kita. Tugas kita hanya berusaha, tugas Allah menentukan...

Moga Engkau, ya Allah, tetapkan hati kami di jalan-Mu ini!

Rezeki

Mengharapkan sesuatu, tetapi tidak dapat.
Sebenarnya, tiada rezeki. Kerana itu bukan yang ditetapkan oleh Allah.

Qala Rasulullah : Dosa yang kamu lakukanlah yang menjadikan rezeki jauh daripada kita.

*muhasabah*  ---kemudian---> *islah*

Dunia yang sia-sia

Aku pinta ketenangan. Ketenangan daripada jiwa yang rungsing dengan hal dunia yang sia-sia.
Hatiku sungguh lemah.

Dengan tidak mengingati Allah, hatiku jadi tidak tenteram. Tambah-tambah lagilah di saat aku tidak punya banyak cara untuk mendekati-Nya.

Juga, aku benci dengan kesibukanku pada dunia. Kerana ia kadang-kala melalaikan diriku terutama jika tiada teman yang memperingati. Sebab itulah, wahai teman dan juga diriku, sangatlah penting untuk kita ingat-mengingati. Kita ialah insan yang sering terlupa.

Kerana kesibukan dunia, tubuhku juga bertambah lesu dengan tidur yang tidak pernah cukup dan lena. Menyukarkan aku untuk selalu bangun malam. Menjauhkan aku daripada ketaatan kepada Allah.
Kerana itu, ya Allah, aku memohon kepada-Mu dengan perhambaan sepenuh-penuhnya, dengarlah rintihanku ini,
      ALLAHUMMA  MUSORRIFAL QULUBI SORRIF QULUUBANAA 'ALA THOO'ATIK
 Ya Allah ya Tuhanku, Tuhan yang mengarahkan hati, arahkan hati-hati kami kepada ketaatan       
 kepada-Mu. (riwayat Muslim)
..juga, ya Allah,
     ALLAHUMMA 'AFINI FIBADANI WA RABBIYASSIR WALA TU'ASSIR RABBI TAMMIN   BILKHAIR.

Ah, dunia yang sia-sia. Namun, masih ramai yang terheret lalai. Ingatlah,

"Dan kehidupan dunia ini, hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan negeri akhirat itu sungguh lebih baik bagi orang yang bertakwa. Tidakkah kamu mengerti?" (Surah Al-An'am: 32)

Friday, 17 June 2011

Manusia, Kembalilah!

Luluh hatiku melihat manusia,
Bagaimana hari-hari mereka,
kehidupan mereka,
Aku tak mampu untuk
mengembalikan mereka semua kepada jalan yang lurus,
jalan yang bernama Islam yang sejahtera nan indah,
dengan aqidahnya,
syariatnya,
ibadatnya,
adabnya,
segala-segala tentangnya.

Jikalah manusia itu tahu kemanisan islam ini,
tercapailah ketenangan,
terlestarilah masyarakat dunia yang penuh hemah,
diwarnai dengan kemanisan iman,
dihiasi dengan kerendahan hati,
tiada lagi sengketa,
tiada lagi derita,
yang ada hanyalah kehidupan penuh makna
demi menggapai reda Illahi.
Setiap insan mencari secebis masa dan ruang,
berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan,
memberi maslahat kepada agama, manusia dan alam...

Tapi itu, hanya angan-angan
yang entah bila akan terjadi,
walaupun aku pasti kebenaran pasti terpacak di atas muka bumi hak milik mutlak Allah ini,
kalimah LAILAHAILLAH, MUHAMMADARRASULULAH
pasti akan bergema
                        bergema
                                 bergema
SYIAR ISLAM PASTI TERTEGAK!

Ah,
melihat umat hari ini,
aku hanya mampu merintih sepi,
di hadapan-Mu ya Allah,
Bantulah umat ini,
meneguhkan diri daripada fitnah dunia...

Kembalilah!
Kembalilah!
Kembalilah!
Kembalilah wahai umat,
Jangan lalai dengan hiburan dunia,
yang sekadar fatamorgana,
Kita hidup punya tujuan,
tujuan hakiki mencapai kasih Illahi!

Thursday, 16 June 2011

Zain Bikha - Allah Knows

Uh, sudah jatuh cinta pada lirik lagu ni.. =)

Zain Bhikha - Allah Knows/

When you feel all alone in this world/
And there’s nobody to count your tears/
Just remember, no matter where you are/
Allah knows/
Allah knows/

When you carrying a monster load/
And you wonder how far you can go/
With every step on that road that you take/
Allah knows/
Allah knows/

CHORUS
No matter what, inside or out/
There’s one thing of which there’s no doubt/
Allah knows/
Allah knows/
And whatever lies in the heavens and the earth/
Every star in this whole universe/
Allah knows/
Allah knows/

When you find that special someone/
Feel your whole life has barely begun/
You can walk on the moon, shout it to everyone/
Allah knows/
Allah knows/

When you gaze with love in your eyes/
Catch a glimpse of paradise/
And you see your child take the first breath of life/
Allah knows/
Allah knows/


When you lose someone close to your heart/
See your whole world fall apart/
And you try to go on but it seems so hard/
Allah knows/
Allah knows/

You see we all have a path to choose/
Through the valleys and hills we go/
With the ups and the downs, never fret never frown/
Allah knows/
Allah knows/

BRIDGE:
Every grain of sand/
In every desert land, He knows/
Every shade of palm/
Every closed hand, He knows/
Every sparkling tear/
On every eyelash, He knows/
Every thought I have/
And every word I share, He knows/
Allah knows/

The Victory

Alhadulillah, the greatest thank you to Allah for Him has given us the victory...

Mengimbas kembali saat2 lalu apabila menanti keputusan eng drama prgkt negeri, hati saya berdebar-debar,  berdegup kencap seperti mahu meletup saja. Walaupun saya tidaklah terlibat dalam pertandingan tersebut, namun saya tahu, bahawa kejayaan kami daripada sebuah sekolah agama akan membuka kembali pandangan sempit mereka seluas-luasnya bahawa dengan mengamalkan islam, kita tidak akan jadi jumud, kita tidak akan ketinggalan zaman.

Allahuakbar!
Allahuakbar!
Allahuakbar!

Laungan takbir menggamitkan suasana dewan. Semangat penuh membara membesarkan Tuhan yang sememangnya Maha Besar. Alhamdulillah, tiada kata2 yang mampu untuk diucapkan selain itu. Sujud syukur, tanda kerendahan hati pada Allah yang berkuasa memberikan nikmat melebihi jangkauan manusia, membuka rahmat-Nya. Ketahuilah manusia, Allah itu Maha Pemberi Rezeki, lagi Maha Pemurah.

Ah, kejayaan kali ini benar-benar menyemarakkan lagi semangat saya untuk berjuang untuk debat eng pula, Moga Allah juga membukakan pintu rezeki-Nya untuk kami dalam eng debate, agar kami dilimpahi rahmat, berkat serta kasih sayang-Nya, juga diberikan keampunan.Ya Allah, moga Engkau sentiasa membantu kami!

Wednesday, 8 June 2011

Pertemuan penuh makna...

Entah..
Lama sudah kami tidak bertemu. Hati menjadi rindu. Rindu akan sahabat yang mengembara jauh. Aku di Utara, dia di selatan (tapi x la hujung sangat)

Hari ini, aku bertemu dengannya, bertaut semula hati kami, gembira dapat bertemu sahabatku yang dicintai...

Aku bersembang-sembang dengannya. Bukan berbual-bual kosong. Perbualan penuh persoalan, pernyataan, fakta juga luahan hati. Menyingkap kembali hakikat hidup di dunia, mengingat kembali perjuangan hidup, menimba pengetahuan tentang banyak perkara islami, berkongsi idea, pendek kata, pertemuan penuh makna.

Banyak mengingatkan diriku yang selalu perlu diperingati. Inilah sahabat..saling melengkapi..
Ana uhibbukifillah jiddan jiddan

(tak larat nak tulis panjang sebenarnya..)

Menjaga Hati

Entri kali ini, entri yang penting. Aku bukanlah alim-ulama', juga bukan orang yang berilmu. Hanya insan yang kerdil biarpun di sisi manusia, berganda-ganda tambahan lagilah, di sisi Allah s.w.t., Rab yang memiliki seluruh alam juga Tuhan yang memiliki setiap jiwa di dunia ini!

Menjaga hati merupakan keperluan setiap insan.  Maka perlulah untuk aku peringatkan, dengan peringatan setegas-tegasnya kepada saudaraku, sahabatku juga diriku sendiri apatah lagi, jagalah hatimu!
Sesungguhnya hati itu adalah anugerah pemberian Illahi. Manfaatkanlah hati untuk menambah-nambahkan cinta kita pada Illahi, cinta yang suci, hakiki, cinta yang tidak menipu.
Memahami hakikat cinta ini, cinta kepada Illahi, bukan cinta retorik, bukan cinta yang lahir dari mulut tetapi tiada lahir dari hati. Tetapi cinta kpd Illahi, merupakan cinta yang tulen namun susah untuk digapai, tidak datang kepada manusia yang berhati palsu, tetapi kepada hati yang benar-benar tulus.

Bagi pemuda-pemudi yang masih menuntut di sekolah, bukanlah masa yang tepat untuk mencari cinta manusia berlainan jantina. Jangan! Masanya masih belum tepat.
Penuhilah hatimu dengan curahan cinta Illahi yang tidak akan pudar, jagalah hatimu dari cinta-cinta yang belum tentu jadinya.
Untuk saudaraku, sahabatku, diriku, no sms, no chit-chatting,no calling, no letters when there is not such need. Aku menemplak diriku sendiri, andai aku pernah berlebihan..
Jika sudah mula, berhentilah, perlahan-lahan atau terangkan pada mereka yang belum mengerti.
Sama-samalah kita saling menasihati teman-teman yang juga meruapakan saudara seagama, saudara yang kita cintai kerana Allah! (walau siapa pun dia, baik atau tidak)

Dalam sebuah hadis dhaif, 'Keimanan itu tidak akan dirasai sehingga seseorang itu mencintai saudaranya lebih daripada dirinya sendiri.'
Hadis ini merupakan hadis dhaif, tidak boleh dijadikan hujah. Tapi, mungkin kita boleh tenung-tenungkan.

Percayalah, hubungan kamu itu, kamu tidak mahu diketahui orang. Pernahkah kamu terdengar hadis ini,
Rasulullah s.a.w bersabda ' Dosa itu ialah sesuatu yang engkau tidak mahu orang lain mengetahuinya...'

Ingatlah, pintu kebaikan itu sentiasa terbuka seluas-luasnya!
Marilah kita, menyerahkan diri kepada Allah!

Monday, 6 June 2011

Berkebun

Petang tadi, baru sahaja menghabiskan masa dengan ayah berkebun. Hmm... berkebun?
Taklah sangat. Sekadar memerhatikan tanaman di sekeliling rumah. Juga mengutip sedikit ilmu pertanian.
Aku diberi permintaan untuk menyiram pokok timun setiap petang. Rasanya banyak kali sudah ayah menyuruhku membuat itu, tapi.. selalu terlupa. Huh! Tanda kelemahan insani..juga tanda jiwa yang gersang, mungkin.
Mungkin pula dengan menyuburkan pokok, hatiku akan bertambah subur. Kerana kata ayah, 'kita perlulah berbakti pada tanah, manfaatnya untuk diri kita jugak.'
Tak dapat aku nafikan. Manisnya buah mangga, harumnya buah durian, berjusnya buah tembikai semuanya kerana nikmat Tuhan pada kita.
Berbicara tentang nikmat Allah, maghrib tadi, aku baru sahaja terbaca sebuah hadis. Tak ingatlah sangat matannya, cuma beberapa peringatan penting ialah  jika Allah mahu menjadikan manusia ini sebagai satu umat yang kufur Allah akan menjadikan dunia ini penuh dengan perak dan perhiasan emas. Namun, dengan kenikmatan itulah manusia akan mejadi alpa dan tidak bersyukur pada Rabb-Nya.
Jadi kalau ita mendapatkan kesusahan, maksudnya Allah membantu kita untuk menjadi manusia bersyukur. Lagipun tanpa merasai kepahitan, bagaimana kita dapat menikmati kemanisan?

Balik kepada pertanian,
Rasulullah pernah bersabda,
'Andainya qiamat tiba dan pada tangan seseorang daripada kamu ada sebatang anak kurma, maka hendaklah dia tanpa berlengah-lengah lagi menanamkannya.' (HR Iman Ahmad)
Hadis ini Rasulullah dilafazkan kepada Ali ra.

Hmm...nampaknya banyaklah pokok yang perluku tanam, memandangkan banyak benih2 sayur yang telah dibeli.

Petang tadi juga, aku bercangkul. Tapi seperti biasa la, tak pernah berjaya pun bercangkul.
Maksudnya, cangkul tu selalu tak kena pada sasarannya..huhu..sedih la jugak
Mencuba..tiada salahnya (walaupun dah mencuba beribu-ribu kali)

Ilmu yang kudapat?
Ayah kata, 'pokok ni macam manusia jugak la.Kalau asyik dimanja-manjakan, tak berbuahlah dia.
Kena bagi tekanan sikit. Tu la yang abi takik pokok tu.. Orang tua2 pun kata begitu..and it is scientifically proven too'
Aku pun, 'Ohh..macam tu ka. Tak pernah terfikir dan terlintas pun.'
Hebat! Hebat! Aku tidak tahu apa yang hebat. Tapi fakta itu menggagumkan aku. Subhanallah, Allahuakbar! Besar kekuasaan Allah ni, hebat ciptaan-Nya, aturan-Nya dan segala2 penciptaan-Nya.

Sunday, 5 June 2011

Apakah yang anda akan lakukan jika diberi RM 110?

Apakah yang akan saya lakukan jika sayan mendapat RM 110?
hmm.. persoalan ni  bukan timbul sebab saya mendapat wang sebanyak itu, tetapi sebenarnya saya berhajat untuk mendapatkan wang sebanyak itu.

Apa yang saya nak buat?
Saya nak membeli 4 buah buku novel SINERGI karya Hilal Asyraf,
dan sebuah kompilasi cerpen MATAHARI juga hasil karya Encik Hilal!
huhuhu..(just assume that I am a real fan of Hilal Asyraf)
Harga buku SINERGI RM23.00 setiap satu
manakala MATAHARI pula harganya RM19...(melainkan kalau anda mendapat diskaun).
Buku SINERGI itu saya ingin sekali berikan kepada sahabat2 saya,
while buku MATAHARI tu, untuk simpanan dan koleksi buku-buku saya.

Ni cover buku SINERGI tu..



Ni pulak cover buku MATAHARI tu..




Jadi, tinggallah wang itu sebanyak 5 ringgit lagi.. Nak beli gula-gula pulak,,
untuk my siblings....memandangkan mereka boleh baca buku saya saja..

Kenapa?

Sebab buku SINERGI merupakan satu karya yang hebat dari segi pengisiannya.
Saya suka idea-idea yang dibawa, juga perwatakan peribadi muslim yang dibawa.
Kembar Irbid yang menggagumkan,
Misi dakwah yang berhikmah,
Kepimpinan yang efektif,
Cinta islami yang benar,
Keimanan jiwa yang UNGGUL!

..dan sememangnya, ingin saya kongsikan buku ini agar sama2 kami dapat membina jiwa berkeperibadian muslim yang sebenar!
--juga kerana saya ingin berkongsi kasih sayang bersama saudara2ku yang muslim.

Buku MATAHARI pulak,
banyak kisah yang penuh inspirasi
Cerpen Matahari yang paling membangkitkan semangat..
..tentang bagaimana sahabatnya merupakan matahari dalm hidupnya..

PENDEK KATA, nikmatilah buku ini sendiri, anda akan merasa kebangkitan semangat juang yang hebat!

Saturday, 4 June 2011

Doa kepada Orang yang Berkata, 'Aku mencintaimu kerana Allah'

AHABBAKAL LAZHI AHABBATANI LAHU
(Semoga Allah mencintaimu kerana engkau mencintaiku)

-riwayat Abu Daud 4/333. Al-Bani menyatakan hadis ini hasan dalam kitab Shahih Abi Daud 4/965-

Thursday, 2 June 2011

Ukhwah Islamiah

Ukhwah Islamiah merupakan suatu hubungan yang wujud atas dasar keimanan kepada Allah. Ia boleh dizahirkan melalui perbuatan. Ia sepastinya dapat dilihat dalam amalan manusia yang mengamalkan ukhwah islamiah yang benar. Ia bukan suatu omongan osong. Ia bukan hubungan yang sia-sia. Ia merupakan sesuatu yang indah dan membahagiakan. Ia merupakan satu hubungan yang wujud dalam diri orang-orang yang benar-benar beriman yang mencintai saudaranya lebih daripada dirinya sendiri. Ithar ialah tahap tertinggi ukhwah islamiah.

Hubungan inilah yang sangat inginku wujudkan. Kerana aku pasti hubungan yang dibina atas dasar keimanan inilah yang memampukan sesuatu umat itu membangun. Tapi aku pasti membina hubungan ini bukan sesuatu yang mudah dan memerlukan perlestarian yang berterusan dan memerlukan pelangkah tapak pertama  - mungkin aku sendiri.
Aku pasti tembok besar yang menjadi penghalang kepada keberlangsungan ukhwah ini ialah sifat kepuak-puakan. Setiap manusia ada ragam masing-masing dan mereka lebih selesa dengan cara yang sendiri. Inilah jurang yang tiada penghabisannya. Tak mampu dipecahkan? Insya-Allah, dengan izin Allah ia akan mampu dipecahkan.

Aku rasa ia berkaitan dengan usaha dakwah dan tarbiah. Senior mungkin perlu tunjukkan ukhwah ini dulu. Seperti peribahasa bahasa inggeris, good example is the best sermon. Maka, aku dan sahabat-sahabat akulah yang perlu mulakan dulu. Insya-Allah kena kuatkan semangat perjuangan ini! Pada pandangan aku, hubungan ini merupakan suatu hubungan yang sangat indah bagi setiap orang dan sangat menginginkannya. Tapi, dalam melaksanakannya, tidaklah mudah, kerana is memerlukan pengorbanan juga perasaan cinta yang tinggi. Ia tidak dapat dikecapi melainkan adanya keimanan yang tinggi pada agama Allah ini!

Keimanan kepada Allah yang mewujudkan kecintaan mereka kepada orang beriman. Semua muslim akan dicintai walaupun baru sahaja bertemu., biar sekalipun dia dikatakan jahat atau baik. Kita mencintai mereka bukan kerana mereka baik, tetapi kerana mereka seorang muslim. Dan juga kerana Rasulullah mengatakan bahawa orang-orang muslim itu seperti satu badan Apabilah sebahagiannya sakit, sebahagian lain merasainya. Dan jika sahabatnya terpesong, dia bukan meninggalkan atau menyisihkan mereka, tetapi menghulurkan tangan untuk menarik mereka keluar dari jurang neraka, "Kita akan bepegangan tangan ke syurga, dan jika kau ke neraka, aku akan berpatah balik dan menarik kau kembali agar kita bersama-sama ke syurga"

A : Ana uhibbukafillah.
B : Ana uhibbukafillah kaman.

A : Ana uhibbukafillah abadan abada.
B : Uhibbukallazi ahabbatanilah (Semoga Allah mencintaimu kerana kamu mencintaiku)

Bukankah ia sesuatu yang indah?