Wednesday, 4 May 2011

Rezeki manusia tak pernah sama..

Saban hari selalu kita dengar kejayaan yang ditempa oleh sahabat-sahabat. Hati gembira kerana mereka menjadi seorang muslim yang berjaya.
Namun sebagai manusia, manusia yang masih tidak sempurna imannya, kadang-kala tertimbul juga secebis sifat kecemburuan. Bertanya seorang diri, ah~ ruginya aku tidak mendapatkannya!

Hakikat yang nyata, kita tak pernah rugi walaupun kita berusaha bersungguh untuk sesuatu tetapi tidak pula kita mendapatkan kejayaan yang diimpikan. Menempa kejayaan bukannya satu-satunya matlamat seorang mukim di dunia. Sama ada dia berjaya atau tidak, itu tidak penting. Yang penting ialah sejauh mana dia menjadikan usaha yang dilakukan itu ikhlas kerana Allah dan untuk fisabilillah dalam setiap hal.
Di akhirat, tidak pula kita ditanya,sebanyak mana kejayaan yang telah engkau dapat?
kita tidak ditanya soalan itu kerana kita tidak punya hak terhadap kejayaan yang kita peroleh kerana segala kejayaan hanya datang daripada Allah. Ia adalah hak Allah yang mutlak untuk memberikan kejayaan kepada manusia.

---
Namun, sekali lagi, ada perkara yang tidak dinafikan. kadang2 manusia mengeluh kerana kejayaan yang tidak pula dicapai walaupun telah berusaha dan mengorbankan banyak perkara. hakikatnya, pengorbanan dan usaha bukanlah yang memberi kejayaan. Tapi itu Allah!
Maka, jika kita tidak menerima kejayaan yang ingin diraih ingatlah, bahawa ia adalah sesuatu ketetapan yang telah Allah tetapkan ke atas diri kita dan sesungguhnya Dia mempunyai hak yang mutlak, nyata dan jelas.
Juga tidak lupa, jika doa kita untuk mencapai kejayaan itu tidak dimakbulkan, ingatlah bahawa Allah akan memberikannya pada masa hadapan atau di akhirat atau dianugerahi pahala kerana menjadi manusia yang merendah diri dan berdoa kepada tuhan-Nya. Itu kata Nabi saw.

No comments:

Post a Comment