Tuesday, 31 May 2011

Masalah

Aku mengaku cinta. Namun aku takut jika cinta itu tidak benar. Aku takut jika cinta itu hanya kata-kata zahir. Aku takut jika cintaku cinta yang dusta.
Aku bertanya diri, sejauh manakah telahku bantu meneruskan perjalanan dakwah kekasihku itu? sejauh manakah? sehebat manakah? semencabar manakah?
Hakikatnya aku tahu sendiri, tidak banyak aku lakukan untuk fikrah ini. Tak banyak dan tak hebat.
sungguh, aku tahu bahawa dalam perjuangan banyak yang pahit, tapi sehingga kini aku apabila diberi ujian yang kecil pun sudahku melatah.

Hati ini kekosongan. Kekosongan kerana tiada kemanisan yang penuh. Kemanisan yang hadir dalam perjalanan dakwah. Aku tidak merasainya. dan jauh di sudut sanubari kecilku, ingin sekali aku merasainya.
Tapi...kuatkah aku? Kuatkah aku untuk menghadapi masalah-masalah yang melanda?
Masalah. Sesuatu yang tidak seorang insan pun dapat lari daripadanya kerana itu adalah sebahagian daripada kehidupan dunia. Jika kita memilih jalan salah, kita akan ditimpa masalah. Dan biarpun kita menjalani alan yang benar, masalah tetap datang. Kerana masalah itu tanda cinta Allah kepada kita. Tanda ujian Allah tentang sejauh mana keimanan kita kepada-Nya. Dengan masalahlah kita kembali kepada Tuhan, kerana masalahlah kita mengingati-Nya semula, mengingati hakikat kejadian seorang insan, insan yang mengimpikan syurga abadi-Nya...

No comments:

Post a Comment