Saturday, 7 May 2011

Kita tak mampu lakukan semuanya

Kita mengharap, kita mengimpikan, kita membayangkan. Namun semuanya tidak bermakna jika tidak diizinkan oleh Allah kerana Dialah yang membenarkan segala apa pun  terjadi.

Kita mungkin tidak mendapatkan sesuatu kerana Allah telah menetapkan sesuatu untuk kita. Yang pasti sesuatu itu adalah sesuatu yang baik. Tidak dinafikan, kerana jika benar kita memberikan perhambaan kita kepada Allah dengan sepenuh-penuhnya, pasti sesuatu yang berlaku ke atas kita adalah sesuatu yang baik kerana, pertama, Allah akan memabantu kita kepada jalan yang lurus, kedua, kita mempunyai aqidah  juga iman yang kukuh, ampuh dan utuh untuk menghadapi segala cabaran.

Kadang-kala, kita mahu menjadi manusia yang hebat. Ketika hati penuh dengan pengharapan, tidak pula kita diberikan kehendak kita itu. Banyak sebabnya. Positif. Berpandangan positiflah kerana di sebalik setiap itu pasti ada hikmah yang besar!

Juga perlu diingat, apabila kita tidak mendapatkan sesuatu yang dikehndaki, ada beberapa faktor yang mendorong perkara itu berlaku, mungkin kerana Allah ingin mengajar kita bersabar atau mungkin diri kita ini belum layak menerimanya, atau kedua-duanya.Muhasabahlah diri untuk mengetahui jawapannya. Ambil feedback2 daripada sahabat2 atau ibubapa atau guru2 (org sekeliling) untuk mengetahui bagaimanakan cara untuk kita membaiki diri menjadi insan yang lebih cemerlang, gemilang terbilang dan mempunyai kemampuan untuk menjadi penyumbang kepada penyebaran dakwah islamiah serta penegakan kalimah "Lailahaillah' di atas muka bumi Allah ini!

No comments:

Post a Comment