Tuesday, 31 May 2011

Sahabat

Sahabat,
beginikah engkau?
setelah jauh membawa diri dari kami,
sudah lupakah engkau pada kami?
di  manakah kemesraan yang dulu menjadi pengikat ukhwah?
di manakah senyuman mesramu dulu?
Adakah kami sudah menjadi orang asing dalam hidupmu?

ketahuilah sahabat,
bahawa kami sangat merinduimu,
engkau pergi meninggalkan kami
untuk menambah ilmu di dada,
engkau pergi meninggalkan kami
sendirian menggapai cita-cita kita,
engkau orang yang hebat,
disegani ramai,
disanjungi orang,
aku bahagia berjumpa dengan mu

Dulu, ketika kau meninggalkan kami,
hati kami runtun,
kau telah meninggalkan kami sendirian
dalam perjalanan dakwah
dalam membawa harapan kita
yang kami rasa sukar direalisasikan tanpamu
Namun, setelah masa beredar,
walaupun dengan kerinduan yang mendalam,
kami sedar,
itu ketentuan Illahi,
engkau pergi ke sana,
kami tinggal di sini,
tapi hati kami tetap bersamamu,
pulangmu baru-baru ini,
aku berharap engkau masih seperti dulu...

Masalah

Aku mengaku cinta. Namun aku takut jika cinta itu tidak benar. Aku takut jika cinta itu hanya kata-kata zahir. Aku takut jika cintaku cinta yang dusta.
Aku bertanya diri, sejauh manakah telahku bantu meneruskan perjalanan dakwah kekasihku itu? sejauh manakah? sehebat manakah? semencabar manakah?
Hakikatnya aku tahu sendiri, tidak banyak aku lakukan untuk fikrah ini. Tak banyak dan tak hebat.
sungguh, aku tahu bahawa dalam perjuangan banyak yang pahit, tapi sehingga kini aku apabila diberi ujian yang kecil pun sudahku melatah.

Hati ini kekosongan. Kekosongan kerana tiada kemanisan yang penuh. Kemanisan yang hadir dalam perjalanan dakwah. Aku tidak merasainya. dan jauh di sudut sanubari kecilku, ingin sekali aku merasainya.
Tapi...kuatkah aku? Kuatkah aku untuk menghadapi masalah-masalah yang melanda?
Masalah. Sesuatu yang tidak seorang insan pun dapat lari daripadanya kerana itu adalah sebahagian daripada kehidupan dunia. Jika kita memilih jalan salah, kita akan ditimpa masalah. Dan biarpun kita menjalani alan yang benar, masalah tetap datang. Kerana masalah itu tanda cinta Allah kepada kita. Tanda ujian Allah tentang sejauh mana keimanan kita kepada-Nya. Dengan masalahlah kita kembali kepada Tuhan, kerana masalahlah kita mengingati-Nya semula, mengingati hakikat kejadian seorang insan, insan yang mengimpikan syurga abadi-Nya...

Monday, 23 May 2011

Hanya terfikir...

Melihat perjalanan seorang insan, ramai yang lalai tentang tujuan hidup. Kenapa mereka hidup? Apa yang perlu mereka buat dalam hidup? Garis panduan yang perlu mereka patuhi dalam hidup? Semuanya hanya tinggal persoalan yang tidak ingin pun untuk dijawab lantaran sudah hanyut dengan keenakan dunia. Enak? Enak sangatkah dunia ini? Aku rasa, tidak..

Biar di dunia kita mengejar sesuatu yang baik (pekerjaan , spm straightA+, keluarga dll) tidak ada yang lebih penting selain mencari keredaan Allah, rahmat-Nya serta keampunan-Nya. Tapi itu semua sudah disisihkan dalam hidup sedikit demi sedikit. Ketika kecil, baca jugalah buku KAFA, itupun tidak dihayati dengan sempurna. Apabila mereka meningkat dewasa, hiduplah dalam kejahilan ilmu. Kejahilan ilmu akhirat yang tersangatlah rugi!
Hakikatnya, kesannya banyak. Perkara-perkara yang diharamkan agama semuanya dilanggar. Kalau tidak pun pasti ada kecenderungan untuk melanggar perkara-perkara yang menjauhkan diri daripada agama. Mana yang penting ni? Nafsu atau Iman?

Ah! Manusia tidak pernah sedar melainkan disedarkan. penggerak untuk sedar? Tiada yang lain selain TUhan Yang Maha Esa, Tuhan Yang memiliki setiap hati!

Renungan buat pendengar lagu dan muzik

Lagu dan muzik mungkin tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan kita pada masa kini. Di mana-mana sahaja anda berada pasti tidak terlepas mendengarnya. Hatta, ada yang menjadikan lagu dan muzik sebagai perkara utama dalam kehidupan sehingga menjadikannya sebagai kerjaya hidup dan tak kurang yang meleleh air mata dek kerana terlampau menghayati lagu-lagu cintan yang mengguris hati dan menggamit kenangan lampau.

Kita bukan hendak berbicara tentang hukum hakam lagu atau muzik, perbahasan mengenai ini mungkin sudah selesai lama yakni berlaku khilaf pandangan ulama tentang ini. Jika anda berpegang kepada keharusan mendengar lagu dan muzik, maka kita di sini ingin bertanya kepada anda, sejauh manakah anda dapat mengawal diri sendiri daripada terhimpit kepada kelalaian yang melampau sehingga menghancurkan roh-roh Islam yang ada pada diri? Maka renung-renungkanlah.

***



Anda menghabiskan masa yang banyak dengan mendengar lagu dan muzik, jadi bilakah anda mendengar Al-Qur’an?

Allah berkata dalam Al-Qur’an:
وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِنَ الْجِنِّ وَالْإِنْسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لَا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لَا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لَا يَسْمَعُونَ بِهَا أُولَئِكَ كَالْأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُولَئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ
«Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan untuk Jahannam itu banyak daripada jin dan manusia. Mereka mempunyaï hati-hati yang mereka tidak memahami dengannya, dan mereka mempunyaï mata-mata yang mereka tidak melihat dengannya, dan mereka mempunyaï telinga-telinga yang mereka tidak mendengar dengannya. Mereka itulah seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat. Mereka itulah orang-orang yang lalai» [Al-A`raf: 179]

At-Tabariy menyebut ta’wil ayat ini sebagai:
وكذلك قوله:(ولهم آذان لا يسمعون بها)، آيات كتاب الله، فيعتبروها ويتفكروا فيها، ولكنهم يعرضون عنها
Dan demikian kata-Nya: «Dan mereka mempunyaï telinga-telinga yang mereka tidak mendengar dengannya» ayat-ayat Kitabu Llah, dan mengambil pengajarannya dan berfikir tentangnya, tetapi mereka menjauhi daripadanya.



Anda menghabiskan usia anda untuk menghafal dan berhibur dengan lagu dan muzik, tetapi tidakkah anda membaca ayat berikut?

Allah berkata dalam Al-Qur’an:
الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
«Orang-orang yang beriman dan yang tenang hati-hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuïlah bahawa dengan mengingati Allah ia akan menenangkan hati-hati» [Ar-Ra`d: 28]



Anda berhujah bahawa ia dibenarkan selagi tidak melalaikan. Tetapi tidakkah anda terlalai daripada ayat Allah di bawah ini?

Allah berkata dalam Al-Qur’an:
أُولَئِكَ الَّذِينَ لَعَنَهُمُ اللَّهُ فَأَصَمَّهُمْ وَأَعْمَى أَبْصَارَهُمْ * أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ أَمْ عَلَى قُلُوبٍ أَقْفَالُهَا
«Mereka itulah orang-orang yang Allah melaknat mereka, dan Dia memekakkan mereka dan membutakan penglihatan mereka. Tidakkah mereka meneliti Al-Qur’an? Atau terdapat di atas hati-hati mereka kunci-kuncinya?» [Muhammad: 23-24]



Tidakkah lagu dan muzik itu melalaikan anda daripada meneliti dan memahami Al-Qur’an? Sedangkan Allah menyuruh mengingati-Nya?

Allah berkata dalam Al-Qur’an:
وَاذْكُر رَّبَّكَ كَثِيرًا وَسَبِّحْ بِالْعَشِيِّ وَالإِبْكَارِ
«Dan ingatlah Tuan kamu banyak-banyak, dan bertasbihlah ketika petang dan pagi» [Ali `Imran: 41]



Jika anda hanya mendengar satu atau dua lagu sehari, yang mungkin memakan hanya lima hingga sepuluh minit, maka itu tidaklah menjadi suatu kesalahan. Namun, jika earphone anda sentiasa di telinga, dengan iPod atau mp3 player anda sentiasa di sisi, tidakkah itu melalaikan anda daripada-Nya?

Allah berkata dalam Al-Qur’an:
إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولًا
«Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan dan hati, setiap itu – terhadapnya – akan disoal» [Al-Isra’: 36]



Maka apakah jawapan anda terhadap soalan itu nanti?

WaLlahu a`lam.

Sunday, 15 May 2011

Adab Murid dengan Gurunya - Iman Al-Ghazali

1. Apabila bertemu dengan guru, berilah salam terlebih dahulu

2. Banyak diam di hadapan guru kecuali jika diminta untuk bersuara

3. Selalu menunjukkan tanda berpuas hati

4. Elakkan menyangkal kata-kata guru - berkata dengan bijakna

5. Elakkan berbisik dengan rakan di sebelah ketika guru sedang mengajar

6. Duduk dengan tenang dan beradab di hadapan guru

7. Guru berdiri, murid perlu berdiri - ikut kesesuaian

Saturday, 7 May 2011

Ketika Impian Tidak Tercapai

Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Seorang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada seorang mukmin yang lemah. Segala
sesuatu pasti ada kebaikannya. BERUSAHALAH UNTUK MERAIH APA YANG BERMANFAAT
bagimu, MINTALAH PERTOLONGAN KEPADA ALLAH dan JANGAN LEMAH. Jika menimpamu sesuatu perkara, jangan katakan 'seandainya aku lakukan itu dan ini', akan tetapi katakanlah,
QADRALLAHU WAMASYAA A FA'ALA
kerana ucapan 'seandainya' akan memberi peluang bagi syaitan...

Mencari kesucian

Perempuan yang suci islah perempuan yang dijaga oleh Allah,
tidak sedikitpun Allah membenarkan mana-mana lelaki
Menyentuh dirinya mahupun hatinya...
kerana Allah teramat mencintainya
tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki,
di mana Allah untuk menjaga kita??

Allah seperti melepaskan kita kepada seorang  manusia yang lebih banyak mengecewakan kita..

Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri kita supaya meninggalkan cinta lelaki
bermakna Allah mahu mengambil kita kembali dalam jagaan-Nya

Maka, mengapa ragu-ragu?

Kekuatan usah dirtunggu tapi harus dicari

Kita tak mampu lakukan semuanya

Kita mengharap, kita mengimpikan, kita membayangkan. Namun semuanya tidak bermakna jika tidak diizinkan oleh Allah kerana Dialah yang membenarkan segala apa pun  terjadi.

Kita mungkin tidak mendapatkan sesuatu kerana Allah telah menetapkan sesuatu untuk kita. Yang pasti sesuatu itu adalah sesuatu yang baik. Tidak dinafikan, kerana jika benar kita memberikan perhambaan kita kepada Allah dengan sepenuh-penuhnya, pasti sesuatu yang berlaku ke atas kita adalah sesuatu yang baik kerana, pertama, Allah akan memabantu kita kepada jalan yang lurus, kedua, kita mempunyai aqidah  juga iman yang kukuh, ampuh dan utuh untuk menghadapi segala cabaran.

Kadang-kala, kita mahu menjadi manusia yang hebat. Ketika hati penuh dengan pengharapan, tidak pula kita diberikan kehendak kita itu. Banyak sebabnya. Positif. Berpandangan positiflah kerana di sebalik setiap itu pasti ada hikmah yang besar!

Juga perlu diingat, apabila kita tidak mendapatkan sesuatu yang dikehndaki, ada beberapa faktor yang mendorong perkara itu berlaku, mungkin kerana Allah ingin mengajar kita bersabar atau mungkin diri kita ini belum layak menerimanya, atau kedua-duanya.Muhasabahlah diri untuk mengetahui jawapannya. Ambil feedback2 daripada sahabat2 atau ibubapa atau guru2 (org sekeliling) untuk mengetahui bagaimanakan cara untuk kita membaiki diri menjadi insan yang lebih cemerlang, gemilang terbilang dan mempunyai kemampuan untuk menjadi penyumbang kepada penyebaran dakwah islamiah serta penegakan kalimah "Lailahaillah' di atas muka bumi Allah ini!

Friday, 6 May 2011

The Muhammad (saw) whom I adore!

    It's awesome. Great. And I feel contempted. Believe me, if you know more about the sunnah of out beloved prophet Muhammad, it is then you will feel how much you adore him, miss him. It feels like you want to meet him whenever, even the time is brief. It is him, who you lead your life with - through his word, action and even when he said nothing about something, then, it is your guidance too. All praise to Allah, for Allah has bestowed the mankind for such noble man ever exist in the entire world.

But, i ever wonder. How many people today claim to love him, yet they don't follow him thoroughly. He taught us to lead our life in simple ways, simple paths but that doesn't mean what he had preached us is something simple to be taken care of. It is something to be known exactly how he taught us, not just base on what people said and be backed to him.

He taught us to abide what Allah and his messenger had said. He taught to put Allah beyond all things.He taught us to love each other.He taught us to live in peace. He taught us to care for each other. He taught us to be kind. And all of that, is the basis of what the prophet Muhammad had taught. But the question that comes upon is, how many moslem has done these? How many of them have taken Muhammad's life as the guidance towards their life - how they do their 'ibadah, manners and attitude.

The answer?... Ask our iman.

Aku perlukan ketenangan..

Ketenangan merupakan keperluan setiap insan. Ketenangan memberikan keharmonian, kedamaian dan keamanan kepada jiwa. Hatinya yang tenang menumbulkan sifat qanaah, syukur. Namun mencari ketengan bukan sesuatu yang mudah. Bukan hanya dicapai melalui impian kosong tanpa makna, tapi ia perlu disusuli dengan ibadah dan kemurnian jiwa.
Kuncinya..reda terhadap ketentuan Illahi, juga syukur kepada nikmat-Nya..

Moga Allah membantu kita mencari ketenangan dan kesejahteraan abadi!

Wednesday, 4 May 2011

Rezeki manusia tak pernah sama..

Saban hari selalu kita dengar kejayaan yang ditempa oleh sahabat-sahabat. Hati gembira kerana mereka menjadi seorang muslim yang berjaya.
Namun sebagai manusia, manusia yang masih tidak sempurna imannya, kadang-kala tertimbul juga secebis sifat kecemburuan. Bertanya seorang diri, ah~ ruginya aku tidak mendapatkannya!

Hakikat yang nyata, kita tak pernah rugi walaupun kita berusaha bersungguh untuk sesuatu tetapi tidak pula kita mendapatkan kejayaan yang diimpikan. Menempa kejayaan bukannya satu-satunya matlamat seorang mukim di dunia. Sama ada dia berjaya atau tidak, itu tidak penting. Yang penting ialah sejauh mana dia menjadikan usaha yang dilakukan itu ikhlas kerana Allah dan untuk fisabilillah dalam setiap hal.
Di akhirat, tidak pula kita ditanya,sebanyak mana kejayaan yang telah engkau dapat?
kita tidak ditanya soalan itu kerana kita tidak punya hak terhadap kejayaan yang kita peroleh kerana segala kejayaan hanya datang daripada Allah. Ia adalah hak Allah yang mutlak untuk memberikan kejayaan kepada manusia.

---
Namun, sekali lagi, ada perkara yang tidak dinafikan. kadang2 manusia mengeluh kerana kejayaan yang tidak pula dicapai walaupun telah berusaha dan mengorbankan banyak perkara. hakikatnya, pengorbanan dan usaha bukanlah yang memberi kejayaan. Tapi itu Allah!
Maka, jika kita tidak menerima kejayaan yang ingin diraih ingatlah, bahawa ia adalah sesuatu ketetapan yang telah Allah tetapkan ke atas diri kita dan sesungguhnya Dia mempunyai hak yang mutlak, nyata dan jelas.
Juga tidak lupa, jika doa kita untuk mencapai kejayaan itu tidak dimakbulkan, ingatlah bahawa Allah akan memberikannya pada masa hadapan atau di akhirat atau dianugerahi pahala kerana menjadi manusia yang merendah diri dan berdoa kepada tuhan-Nya. Itu kata Nabi saw.

Tuesday, 3 May 2011

CINTA KPD ALLAH : Sudah cukupkah kita?

Imam Ghazali mencatatkan:

1. Barangsiapa mengaku CINTA SYURGA, namun tidat TAAT, jelas dia berbohong

2. Siapa mengaku CINTA NABI SAW, namun tidak MENYUKAI ULAMA' DAN FUQARA', maka pengakuannya tidak benar

3. Lalu barangsiapa mengaku TAKUT AKAN NERAKA, tetapi tidak MENINGGALKAN MAKSIAT, tanda dia berdusta

4. Dan barangsiapa mengaku CINTA KEPADA ALLAH SWT, padahal dia mengeluh ketika ditimba musibah, maka pengakuannya bohong!